Instagram Sedang Disiasat Oleh EU Berkaitan Kendalian Data Pengguna Bawah Umur

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,552
Reaction score
3,689
Points
236
Laman sosial popular milik Facebook, Instagram kini sedang disiasat oleh pihak EU.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland (DPC) itu dibuat selepas dakwaan oleh seorang saintis data dari Amerika Syarikat bernama David Stier yang percaya bahawa lebih daripada 5 juta pengguna akaun Instagram bawah umur 18 tahun telah didedahkan.

Secara khususnya, pihak DCP sedang menyiasat 2 perkara terhadap Facebook dan Instagram. Pertama adalah bagaimana Facebook memproses data kanak-kanak di platfom Instagram. Kedua pula adalah berkaitan tetapan pada profail dan akaun pengguna kanak-kanak Instagram.

Sebelum ini dalam tahun 2019 lalu, David Stier telah mendedahkan kecacatan yang terdapat dalam platfom Instagram yang mana boleh menyebabkan data peribadi pengguna bawah umur terdedah kepada umum.

Berikutan siasatan yang dibuat ke atas mereka, pihak Instagram telah respon dan berkata mereka memberikan kerjasama kepada pihak penyiasat.

“We’ve always been clear that when people choose to set up a business account on Instagram, the contact information they shared would be publicly displayed. That’s very different to exposing people’s information. We’re in close contact with the IDPC and we’re cooperating with their inquiries,” Instagram.

Screenshot-3095.jpg


Sumber asal https://www.businessinsider.com/fac...allegedly-exposed-data-underage-users-2020-10
 
Top
Log in Register