Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 65,206
Top Poster #4
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,206
- Reaction score
- 7,159
- Points
- 916
- Awards
- 1
Instragram telah memperkenalkan ciri Profile Card baharu bertujuan untuk membolehkan pengguna berkongsi profil dengan cara yang lebih menyeronokkan dan kreatif. Ia direka khusus bagi memudahkan pengguna lain mengikuti anda berdasarkan minat yang sama. Pada masa sama berfungsi sebagai ‘kad digital’ yang memudahkan lagi untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan dan kenalan baharu.
Dalam erti kata mudah, pengguna kini tidak perlu bersusah payah menaip semata-mata untuk mencari sesuatu akaun profil. Sebaliknya boleh ditemui dengan mudah menggunakan Profile Card baharu ini yang juga membolehkan carian dibuat dengan hanya mengimbas kod QR disediakan. Seperti diperlihatkan dalam contoh diatas, Profile Card ini menampilkan dua paparan berbeza yang terdiri dengan satu bahagian bersama kod kod QR yang boleh diimbas. Sementara itu satu lagi bahagian memaparkan gambar profil bersama biografi dan lagu pilihan sekiranya telah ditetapkan sebelum ini.
Turut difahamkan bahawa kod QR tadi boleh disesuaikan ikut keperluan masing-masing. Pilihan platform perkongsian juga dilihat pelbagai sama ada boleh dikongsikan ke WhatsApp, Threads, Messenger, X, Facebook dan juga Snapchat.
Sumber asal https://www.zdnet.com/article/turn-your-instagram-profile-into-digital-business-card-heres-how/