Instagram Mula Saring Kandungan Yang Di Kesan Telah Di Manipulasi

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,882
Reaction score
2,330
Points
236
Pada Ogos tahun lalu, Instagram mengumumkan akan mula menyaring kandungan yang dipercayai telah dimanipulasi. Ini adalah langkah mereka untuk menentang penularan maklumat palsu, di mana mereka telah mencipta sebuah ciri dengan kerjasama 54 rakan pemeriksa fakta di dalam 42 jenis bahasa. Tetapi hanya beberapa hari lalu kandungan pertama yang disaring akhirnya ditemui lengkap dengan sebab mengapa ia dikategorikan sebagai palsu.

Gambar yang dimuatnaik oleh akaun mixsociety_ telah dimanipulasi menggunakan perisian bagi menunjukkan permukaan bumi berwarna-warni. Oleh sebab itu apabila ia diakses, pengguna akan hanya dapat melihat amaran dari Instagram bahawa imej mengandungi maklumat palsu. Tindakan Instagram ini mungkin akan menerima reaksi negatif dari pengguna kerana ramai pengguna mereka menggunakan aplikasi seperti VSCO dan Photoshop untuk mengubah gambar yang diambil.



Sumber asal https://petapixel.com/2020/01/13/instagram-is-now-hiding-photoshopped-photos/
 
Sponsored Post

Zulkarnine

Super Active Member
Joined
May 30, 2007
Messages
7,563
Reaction score
133
Points
73
Bagus juga....boleh la upload video Azmin dengan Haziq.... baru boleh tau asli atau palsu...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register