Inspektor polis sertai konvoi motosikal maut

Recommended Brokers


Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
671
Reaction score
112
Points
23

KEMALANGAN yang mengorbankan inspektor di Pekan, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca.

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
[email protected]

PEGAWAI polis yang menyertai Konvoi Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat Kelas B (KAMMB) maut akibat kemalangan di Kilometer 51, Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, hari ini.

Kejadian pada 11.05 pagi itu menyebabkan mangsa, Inspektor Muhammad Hilmie Quzaimi Rosli, 26, yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Trafik di Bachok, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, mangsa menunggang motosikal Honda CBX 750 dari Kuantan menuju ke Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa bergesel dengan motosikal di hadapannya yang ditunggangi jurulatih Maktab Teknik PDRM Bakri yang berpangkat Sarjan.

“Pergeselan menyebabkan mangsa jatuh ke laluan bertentangan dan dilanggar Perodua Kancil yang dipandu lelaki berusia 73 tahun dari arah Segamat, yang tidak sempat mengelak,” katanya, hari ini.

Kamarulzaman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala sarjan dan pemandu Perodua Kancil tidak cedera.

Katanya, kejadian berlaku di jalan raya yang sedang dinaik taraf dan mempunyai satu lorong dua hala.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 3:54 PM


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, luaran dan alam


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan luaran




Sempat ucap selamat hari lahir kepada ibu



BERNAMA

INSPEKTOR polis yang maut ketika menyertai konvoi motosikal di Pekan, Pahang, semalam, sempat menelefon ibunya dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya malam Selasa lalu.

Inspektor Muhammad Hilmie Quzaimi Rosli, 26, yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Trafik di Bachok, Kelantan, yang menyertai Konvoi Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat Kelas B (KAMMB) maut akibat kemalangan di Kilometer 51, Jalan Kuantan-Segamat, 11.05 pagi itu.

Ibunya, Ruziah Jaini berasa terkilan kerana tidak dapat melayan perbualan anak sulungnya itu menerusi panggilan telefon bimbit.
“Dia mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kelahiran tetapi saya tidak dapat melayan sepenuhnya kerana terlalu lama berbual.

“Arwah tetap mahu berbual dan berulang-ulang kali minta saya doakan untuk dirinya,” katanya penuh hiba kepada Bernama.
Wanita itu tidak menduga perbualan bersama anak sulungnya itu adalah kali terakhir.

Sementara itu, nenek Allahyarham, Fatimah @ Hamidah Kalam, 75, mengakui amat terkejut sejurus menerima berita kematian cucu keenamnya itu.

Malah katanya, seluruh keluarga amat terasa kehilangan Muhammad Hilmie, yang baru menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jun lalu.

“Allahyarham tinggal bersama kami sejak bersekolah darjah satu. Sebelum ini dia sudah bekerja swasta dan bergaji lumayan tetapi berhenti kerana amat meminati kerjaya kepolisian,” ujarnya.

Menurut Fatimah, Muhammad Hilmie yang baru berkahwin dengan Norliyana Nordin, Ogos lalu memang rapat dengan keluarga serta seorang yang amat bertanggungjawab.

Tambahnya, kali terakhir mereka bertemu pada cuti Depavali yang lalu.

Dia juga membiayai enam adik-adiknya yang masih belajar dan bersekolah.

Jenazah Muhammad Hilmie selamat dikebumikan pada 11.15 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Air Tawar 1.

Jenazah Allahyarham yang siap dikafankan dibawa dengan kenderaan jenazah Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang dari Hospital Pekan pada 6 petang dan tiba pada 9.43 malam di rumah datuknya, Mohd Ani @ Jaini Md Deris di Felda berkenaan.

Hampir 200 penduduk menghadiri majlis pengebumian tersebut termasuk wakil Komandan Maktab PDRM Bakri Inspektor Mazlan Adam, serta anggota PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang dan Kota Tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019 @ 8:21 AM

 
Sponsored Post

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
671
Reaction score
112
Points
23
Innalillah...

Patutlah masa aku lalu semalam nampak kancil tgh towing
Jln ni mmg bahaya org bwk kenderaan laju2...bas ngan lori pun laju

Klu time hujan lebat air bertakung atas jln
Waktu hujan ngan malam pandangan kurang jelas dinasihatkan bwk slow
Sbb jln masih lg under construction...jln dia agak keliru...cat pun xda ats jln
Org2 yg x biasa lalu jln ni hati2
 

mcdonat

Fun Poster
Joined
Nov 3, 2017
Messages
317
Reaction score
27
Points
20
Innalillah...

Patutlah masa aku lalu semalam nampak kancil tgh towing
Jln ni mmg bahaya org bwk kenderaan laju2...bas ngan lori pun laju

Klu time hujan lebat air bertakung atas jln
Waktu hujan ngan malam pandangan kurang jelas dinasihatkan bwk slow
Sbb jln masih lg under construction...jln dia agak keliru...cat pun xda ats jln
Org2 yg x biasa lalu jln ni hati2
laju atau 60km/j, kalau tetiba dari lorong sebelah masuk ke lorong bertentangan,mana sempat nak brek buat apa2
 

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,871
Reaction score
506
Points
161
Innalillahiwainnailaihirajiun...

Memang tiap hari tengok ada yg pejawat awam sekarang memang ramai yg bawak motor cara tak bijak...aku tengok lagi teruk lagi dari orang kebanyakan cuma sebab nak kejar punch card...laju tu bukan maknanya cepat dan cekap...

Kerap nampak kat Yap kwan Seng,Semarak...yg masuk jalan kementah la yg nampak ribut semacam...bawak laju,tapi kerap lajak...

Kena ingat,motor tu pinjam jer selagi belum langsai utang morgage kat Aeon/kedai...
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
671
Reaction score
112
Points
23
laju atau 60km/j, kalau tetiba dari lorong sebelah masuk ke lorong bertentangan,mana sempat nak brek buat apa2
Yg dlm berita ni x tahulah laju ke x...masa aku lalu dah lps eksiden
Aku selalu guna jln ni mmg kebanyakan kenderaan bwk laju2

Aku pun bwk laju gak lah :LOL:...tp 100 je biasalah kete lama
Itupun berdesup kete2 duk motong...lori ngan bas pun blh tahan

Sebelum ni jln ni mmg agak bahaya sbb jd mcm keliru dia ada letak banyak kon2 sbg divider...dgn garisan cat kuning klu silap ikut masuk line sebelah ngan sempitnya lg

Tp skrg ni tahan skit sbb dah ada bahagian jln yg dah siap
 

damaiG

Active+ Member
Joined
Jul 14, 2011
Messages
3,061
Reaction score
35
Points
40
innalillah mmg risiko bawa motor. klu jatuh sendiri insyaallah kurang impak dia. biasa mati sebab kene gilis atau kene palang besi kiri jalan tu. muda lagi dah jadi pegawai tu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register