BTC USD 97,113.1 Gold USD 2,934.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inspektor polis kekal bebas tuduhan ambil dadah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,652
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,652
Reaction score
6,737
Points
881
Awards
1
Inspektor polis kekal bebas tuduhan ambil dadah

A view of the sea
ROSLAN (dua, kiri) bersama peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris ketika ditemui di hadapan Mahkamah Tinggi, Seremban. FOTO Ahmad Hasbi.
Seremban: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan Inspektor polis atas pertuduhan mengambil dadah, empat tahun lalu.

Dalam prosiding yang dijalankan secara penstriman video itu, Hakim Datuk Rohani membuat keputusan berkenaan selepas menolak rayuan pihak pendakwaan berhubung kes terhadap Roslan Sam, 44.

"Setelah meneliti semua surat cara yang difailkan dalam membuat rayuan dan selepas menimbang hujahan dikemukakan, saya memutuskan rayuan perayu adalah ditolak.


"Justeru itu, keputusan diberi oleh Mahkamah Majistret pada 6 November tahun lalu adalah dikekalkan. Saya berpuas hati dengan dapatan dan keputusan yang dibuat dan tidak bercadang mengubah atau memindanya," katanya.

Terdahulu, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap pegawai yang bertugas di Bahagian Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan itu pada 16 November tahun lalu.

Pada November 2023, media melaporkan Roslan Sam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mengambil dadah, empat tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Roslan didakwa mengguna dan memberikan kepada dirinya dadah berbahaya iaitu sejenis Ketamin, Emphatamin, Methamphetamin, Methylenedioxy–Emphatamin dan Methylenedioxy Methamphetamin.

Kesalahan dilakukan pada 3 pagi, 27 September 2020 di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi dan tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Disiarkan pada: October 8, 2024 @ 11:49am
 
Back
Top
Log in Register