Inspektor mengaku tak salah rasuah RM10,000

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,065
Reaction score
1,719
Points
151
Inspektor mengaku tak salah rasuah RM10,000
SHAH ALAM: Seorang Inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan RM10,000 dua tahun lalu.

Mohd. Aimi Mahjuddin,35, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rozilah Salleh selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Aimi yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang didakwa menerima suapan RM10,000 daripada seorang individu berusia 46 tahun sebagai dorongan mengurangkan jumlah pertuduhan atas kesalahan memiliki barang curi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jamek Bistro, Taman Sentosa Villa pada 22 Mei 2018, pukul 9.10 malam.

Mohd. Aimi didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak melebihi lima kali ganda daripada nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Tertuduh dari Kedah itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menerima wang tunai RM10,000 dengan tiada balasan daripada seorang individu yang mana kamu tahu ada kaitan dengan tugas rasmi.

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tuan Attfina Tuan Kamaluddin menawarkan wang jaminan RM13,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili Peguam Mohd. Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dan anak guamnya sentiasa memberi kerjasama apabila dipanggil SPRM sejak 2018.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri ke SPRM Selangor setiap awal bulan.

Tertuduh juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dari tempoh satu bulan bermula hari ini walaupun telah tamat tempoh dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 17 November hadapan. – UTUSAN
 
Top
Log in Register