BTC USD 78,995.0 Gold USD 2,685.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

Jangan Tafsir Al-Quran Ikut Selera Sendiri, Zaliha Bidas Pemuda PAS

13.09.2024 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa membidas perwakilan Pemuda PAS mentafsir ayat al-Quran mengikut selera sendiri, bukan berdasarkan konteks sewajarnya. Semalam, perwakilan Pemuda PAS Machang Mohd Sharif Mohd Azhari dilaporkan berkata kejadian lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, bulan lalu yang meragut nyawa seorang pelancong India ialah bala dari Allah. Menurutnya, kejadian lubang benam itu juga berpunca daripada pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur dan kesan yang dilakukan menteri Wilayah Persekutuan.

Memetik ayat daripada surah al-Ankabut, katanya, salah satu bala Allah adalah menenggelamkan manusia ke dalam bumi. Sharif bagaimanapun tidak menyebut menteri mana yang dimaksudkan dalam kenyataannya, namun KLCC dibina ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri keempat. Zaliha juga bertanya kepada Pemuda PAS adakah banjir besar yang melanda Kelantan sebelum ini juga bala dari Allah atas kesalahan pemimpinnya.

“Jika musibah berlaku terhadap diri sendiri atau negeri yang diperintah PAS, maka ia dikatakan ujian, tetapi jika musibah di negeri selainnya dikatakan bala pula? Janganlah (membuat) tafsiran itu sewenangnya mengikut selera sendiri. Cukup-cukuplah memperalatkan agama dalam memberi hujahan, katanya dalam catatan X.

Beliau turut menasihatkan Pemuda PAS belajar menjadi pembangkang lebih konstruktif kerana menuding jari dan mencari salah pihak lain bukan caranya untuk menyelesaikan masalah.​

1726217477289.png
marah dah zaliha lening.
 
Sponsored Post

Anak Lelaki Mangsa Tanah Jerlus Kembali Ke Malaysia Jalankan Ritual Terakhir Buat Ibu

30.09.2024 - Anak kepada wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu, kembali semula ke negara ini, baru-baru ini. M Suria, 25, anak kepada mangsa, G Vijayalakshmi, 48, melakukan upacara keagamaan dan penghormatan terakhir buat ibunya di lokasi tanah mendap itu. Mengikut tradisi Hindu, penyempurnaan tempoh 30 hari melibatkan beberapa ritual dan Suria kembali ke lokasi tersebut untuk melaksanakan upacara itu. Upacara yang dilakukan pada 23 September lepas turut dikongsikan menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @sarvaessrashbinrajappa pada Rabu lalu.

“Ammavukku iruthi mariyatai sekirar (penghormatan terakhir untuk ibu)," katanya menerusi video tersebut.

Klip itu menunjukkan Suria mencampakkan plastik yang berisi kalungan bunga ke dalam lubang sedalam lapan meter tersebut semasa upacara akhir. Momen menyentuh emosi itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meninggalkan komen tanda bersimpati atas nasib yang menimpa pemuda berkenaan.

"Inilah seorang anak yang sentiasa mentaati ibunya. Kita pun turut sedih atas kejadian tersebut," kata @Anak2 Mak Rose.
"Hati anak manda yang tidak sedih, jasad ibu entah ke mana, kematiannya tiada pusara, siapa pun tidak boleh tenang.
"Hanya kekuatan hati menguasai diri. Sabarlah ya, kita doakan yang baik-baik untuk ibu anda," tulis Alisha Ali rahat.

Untuk rekod, keluarga mangsa dilaporkan pulang ke India pada 7 September lalu selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan dan memasuki fasa 'search and recovery'.
1727701270415.png
 
Penutup Simen Masjid India Terbuka Di Tiup Angin, Ramai Panik Insiden 'Sinkhole' Berulang Lagi

06.10.2024 - Kebimbangan terhadap insiden tanah jerlus atau 'sinkhole' menyebabkan kematian seorang warga India di Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu nampaknya kini kembali menghantui rakyat Malaysia apabila tular sebuah video memaparkan keadaan jalan bahaya di sekitar kawasan sama baru-baru ini. Menerusi video dikongsikan di X @update11111 pada Jumaat, kelihatan penutup simen terbuka dan tertutup dipercayai ditiup angin di berhampiran kawasan kejadian tanah jerlus itu berlaku. Dalam video sama, kawasan jalan tersebut juga dipenuhi dengan gerai-gerai jualan dan beberapa orang awam.

Ia sekali gus menimbulkan ketakutan orang ramai kerana beranggapan bahawa insiden sama berkemungkinan boleh berulang lagi. Bagaimanapun, belum ada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku susulan kejadian tersebut setakat ini. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga masih belum mengluarkan kenyataan berhubung video terbabit. Sementara itu, rata-rata warganet membuat pelbagai spekulasi dan andaian bahawa perkara itu berlaku disebabkan tekanan bawah tanah yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan penutup simen tersebut boleh terangkat.

"Mungkin tekanan bawa tanah, awas boleh terjadi tanah jerlus lagi," komen @nur.
"Takutnya, tekanan air bawah tanah mesti deras, air mesti laju sampai bergerak-gerak batu itu ikut," kata @EqinEn.


Justeru, ramai menggesa pihak berwajib mengambil tindakan wajar bagi membendung perkara itu daripada melarat atau menyebabkan kecederaan.

 
tengok kerusi batu bentuk bintang tu mcm sama bentuk dgn yg ke jerlus.

dasyat juga tolakan drp bawah tu sampai teangkat batu tu

diorg takkan tak buat mcm relief valve utk lepaskan tekanan mcm tu

tapi Alhamdullillah batu tu pun mcm relif valve
kalau dia tak terangkat..lagi kuat tekanan tu build up
 
Laporan Siasatan Lubang Benam Masjid India Di Bentang Ke Jemaah Menteri, Kata Zaliha

14.10.2024 - Hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan laporan penilaian geo teknikal di kawasan sekitarnya kini dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi termasuk polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.

“Kerajaan sentiasa komited terhadap ketelusan yang dijalankan dalam siasatan dan lebih-lebih lagi yang melibatkan keselamatan awam, justeru hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi dengan koordinasi antara ketua polis Dang Wangi dan DBKL. Laporan penilaian geo teknikal pula melibatkan penemuan hasil daripada penggunaan teknologi seperti Radar Menembusi Tanah (GPR) dan Ujian Graviti Mikro untuk pastikan kestabilan tanah di kawasan berisiko termasuk kawasan daerah pusat perniagaan (CBD) Kuala Lumpur dan kajian ini membantu dalam mengenal pasti sekiranya masih ada kawasan yang mungkin terdedah kepada masalah lubang benam pada masa akan datang." katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan P Prabakaran (PH-Batu) yang ingin tahu kesediaan kerajaan dalam mendedahkan hasil penuh penyiasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India kepada umum. Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam 8m di Jalan Masjid India. Menjawab soalan asal Prabakaran mengenai status keselamatan terkini susulan insiden itu, Zaliha berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Task Force Khas (Pasukan Petugas Khas) yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif mendapati Jalan Masjid India kini disahkan selamat untuk semua bentuk aktiviti. Beliau berkata ia selepas mengambil kira pandangan kepakaran secara kolektif daripada pelbagai agensi termasuk polis, Bomba, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, serta pertubuhan profesional seperti Institusi Jurutera Malaysia dan Pertubuhan Geoteknikal Malaysia.

“Beberapa tindakan segera langkah pendek telah dilaksanakan iaitu audit integriti aset utiliti yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat utiliti di kawasan CBD, termasuklah Jalan Masjid India dengan pemetaan dan ujian integriti bawah tanah dijalankan bagi mengesan sebarang kelemahan pada aset-aset lama. Selain itu penggunaan teknologi seperti kaedah GPR dan Mackintosh Probe digunakan untuk menyiasat struktur tanah dengan ujian geofizik seperti graviti mikro dan Ground Settlement Monitoring turut digunakan untuk mengesan sebarang pergerakan tanah atau lohong bawah tanah." katanya.

Bagi tindakan jangka panjang pula, Zaliha berkata DBKL akan melaksanakan penyiasatan tanah mendalam melibatkan penggunaan teknik ‘Deep Boring’ serta ujian makmal untuk memastikan struktur tanah stabil, dengan laporan geoteknikal oleh jurutera bertauliah akan disediakan untuk kawasan dikenal pasti berisiko. Mengenai pampasan kepada ahli keluarga mendiang Vijaya Lakshmi, Zaliha berkata atas dasar keprihatinan, kerajaan melalui DBKL memberi sumbangan RM30,000 untuk membantu waris mangsa dalam meringankan beban mereka akibat tragedi itu.

“Keluarga mangsa juga menerima sumbangan daripada pihak swasta sebanyak RM10,000 yang merupakan tanggungjawab sosial untuk membantu keluarga mangsa trauma atas kehilangan orang tersayang. Menyentuh tentang pampasan, kerajaan tidak menghalang sekiranya keluarga mendiang mangsa hendak mengemukakan tuntutan melalui saluran perundangan terhadap agensi yang berkaitan." katanya.​

1728896659511.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register