BTC USD 94,876.7 Gold USD 3,312.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden Letupan Bom Di Sungai Golok Jejas Pergerakan Di Sempadan

combat13

Active+ Member
Messages
4,060
Joined
Dec 18, 2007
Messages
4,060
Reaction score
146
Points
33
e7c511e5d1e4ea8f916ec4e7bb9bc10067d0194d20a66

ad61cc18bf29a2015d6b690a1f0ab31467d01937dfe77


Insiden letupan bom dan tembakan di Sungai Golok, selatan Thailand, tiga hari lepas memberi kesan ketara terhadap pergerakan penduduk di sempadan Malaysia-Thailand, khususnya melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini.

Tinjauan Bernama mendapati sejak semalam, terdapat penurunan perjalanan merentas sempadan serta aktiviti perdagangan, sekali gus memberi impak kepada ekonomi tempatan.

Penduduk tempatan, Mohsein Karim, 53, berkata walaupun keadaan di sempadan kini lebih tenang, orang ramai tetap berhati-hati untuk masuk ke wilayah selatan Thailand itu.

Dia yang merupakan pengusaha motosikal tambang turut terjejas pendapatan akibat insiden itu dan berharap situasi kembali pulih dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Thailand dapat menjamin keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

“Sejak kejadian, hampir tiada pelancong Malaysia memasuki Thailand. Yang ada sekarang hanyalah rakyat Thailand yang mahu pulang ke negara mereka.

“Saya tidak pasti sebab utama penurunan ini, tetapi jelas kejadian letupan bom dan tembakan tempoh hari memberi kesan besar kepada penduduk di sempadan kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, seorang rakyat Thailand Mairina Ayohsea, 22, berkata insiden letupan bom bukan perkara luar biasa, terutama ketika bulan Ramadan.

Dia yang berasal dari wilayah Yala berkata daerah tempat tinggalnya juga mengalami kejadian serupa sehari selepas insiden di Sungai Golok dengan tiga orang terkorban.

“Sebagai rakyat wilayah selatan Thailand, saya sentiasa mendoakan keamanan dapat dikecapi sepenuhnya. Kami tidak lagi sanggup berhadapan dengan letupan bom dan tembakan yang tidak mengenal mangsa,” katanya yang kini dalam perancangan mencari pekerjaan di Kelantan.

 
Sponsored Post

Pelajar di sempadan Sungai Golok diminta tinggal di asrama

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

FADHLINA pada sidang media selepas Program Jaulah Ramadan KPM di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Kota Bharu: Kementerian Pendidikan (KPM) mengingatkan pelajar Malaysia yang menetap di Golok, Thailand supaya tinggal di asrama, selain sentiasa mengutamakan aspek keselamatan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ia susulan kejadian letupan dan tembakan yang berlaku di sempadan hingga mengorbankan dua orang, malam tadi.

"Soal keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kita dan kita bekerjasama dengan polis bagi mendapatkan maklumat.

"Susulan insiden letupan dan tembakan yang berlaku malam tadi, kita sebenarnya sudah mengambil langkah awal kerana kebanyakan pelajar sudah berada di dua asrama di sekolah di Rantau Panjang, selain ada yang tinggal bersama saudara mara di sini.

"Saya juga yakin JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) sudah mengambil langkah susulan dan kita berharap mereka yang tinggal di asrama supaya terus berada dalam premis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Pada masa sama, ia memudahkan untuk kita membuat pemantauan. Saya juga meminta ibu bapa berbincang dengan JPN sekiranya ada di kalangan mereka mahu tinggal di asrama kerana keadaan sekarang tidak selamat untuk rentas sempadan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jaulah Ramadan KPM di Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina turut memaklumkan pihaknya sedang mengkaji murid sekolah rendah yang tinggal di Golok untuk ditempatkan di asrama sekolah di Rantau Panjang.

Bagaimanapun katanya, ia masih di peringkat kajian dan pihaknya akan membincangkan perkara itu secara terperinci.

Terdahulu media melaporkan, dua sukarelawan pertahanan maut manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok, malam tadi.

Serangan berlaku kira-kira jam 7.10 malam waktu tempatan (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah itu berbuka puasa.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata insiden berlaku di sepanjang jalan Sungai Golok-Sungai Padi, berhampiran pasar raya Big C yang sering dikunjungi rakyat Malaysia.

Disiarkan pada: March 9, 2025 @ 7:39pm
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register