BTC USD 25,738.7 Gold USD 1,959.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden cermin kereta pecah dipercayai akibat permainan lato-lato

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,998
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,998
Reaction score
588
Points
121
Insiden cermin kereta pecah dipercayai akibat permainan lato-lato.

Cermin kereta pecah kerana lato-lato
FB_IMG_1675591333220.jpg
FB_IMG_1675591337256.jpg
FB_IMG_1675591339894.jpg

PETALING JAYA – Seorang pemilik kenderaan berang apabila cermin keretanya pecah didakwa akibat permainan lato-lato dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Insiden tersebut tular di media sosial Facebook selepas orang ramai berkongsi tangkap layar hantaran seorang pemilik akaun dikenali sebagai Tiniey Zatiey.

“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato, lepas kena cermin kereta aku, lari tinggal. Aku dah tengok televisyen litar tertutup (CCTV), harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.

“Main lepas itu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Kepada ibu ayah yang bagi anak main sampai pecah kereta aku, lato-lato warna putih tinggal di kereta aku,” katanya pada hantaran tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Guar Chempedak, Kedah sewaktu pemilik kenderaan meletakkan kereta di tempat letak kenderaan.

Dalam pada itu, orang ramai memberikan reaksi marah selain ada yang meminta permainan tersebut diharamkan.

“Sepatutnya negara kita kena haramkan lato-lato ni, bahaya. Negara luar lain tidak dibenarkan main lato-lato,” kata Wan Iredwan.

“Permainan paling tidak berfaedah. Perilaku main lato-lato tak ubah macam anak jin main guli atas siling. Bikin bising saja malam-malam,” marah Shuk Shah Shah.

“Allah, macam manalah kalau itu satu-satunya kenderaan mencari rezeki bawa keluarga berlindung daripada hujan panas. Dah kena keluarkan kos tukar cermin,” kata Myra Dessert. – KOSMO! ONLINE
 
Top
Log in Register