BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,902.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden Berbalas Tembakan Di Sunway, Seorang Di Percayai Maut

Insiden Tembakan Di Tempat Terbuka, Polis Ambil Kira Keselamatan Orang Awam - Saifuddin

22.08.2024 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa insiden berbalas tembakan antara polis dan penjenayah di Jalan PJS 9/1 Subang Jaya, Selangor Selasa lalu bukan satu tindakan melulu. Beliau pada masa sama menegaskan, tindakan itu sudah diambil kira khususnya daripada aspek keselamatan orang awam dan sentiasa memastikan tahap profesionalisme yang tinggi ketika kejadian. Mengulas lanjut, beliau membuktikan kececakapan anggota polis ketika menangkap suspek apabila tidak berlaku sebarang kecederaan melibatkan orang awam pada waktu itu.

2872116.jpg


Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mempertimbangkan usaha untuk melaksanakan penggiliran kakitangan membabitkan agensi kerajaan di bawah bidang kuasanya dengan lebih kerap. Saifuddin berkata, walaupun berkali-kali memberi penegasan dalam menentang rasuah namun kes tersebut dilihat masih berlaku di negara ini. Saifuddin berkata, pihaknya telah mengambil maklum saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar ketua jabatan agensi kerajaan melaksanakan penggiliran kakitangan secara berkala bagi mengelak kes salah laku dalam kalangan penjawat awam. Katanya, sistem penggiliran akan dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan risiko kesalahan disiplin.

"Kita akan lihat aspek penempatan. Ia tidak bermakna pegawai yang berkhidmat lama di sebuah agensi terdedah kepada kes itu. Tetapi, ini adalah satu bentuk pentadbiran dan pengurusan," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian susulan penahanan lima pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa lalu selepas didapati terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing tanpa pemeriksaan.

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2024...ambil-kira-keselamatan-orang-awam---saifuddin
 
Sponsored Post

"Insiden berbalas tembakan antara polis dan penjenayah di Jalan PJS 9/1 Subang Jaya, Selangor Selasa lalu bukan satu tindakan melulu. Beliau pada masa sama menegaskan, tindakan itu sudah diambil kira khususnya daripada aspek keselamatan orang awam dan sentiasa memastikan tahap profesionalisme yang tinggi"

lain kali buat PC dan iklankan kat akhbar tarikh, masa dan tempat penjenayah yang akan ditembak .. supaya orang awam takder lalu kat situ .. terima kasih 🤭
 
"Insiden berbalas tembakan antara polis dan penjenayah di Jalan PJS 9/1 Subang Jaya, Selangor Selasa lalu bukan satu tindakan melulu. Beliau pada masa sama menegaskan, tindakan itu sudah diambil kira khususnya daripada aspek keselamatan orang awam dan sentiasa memastikan tahap profesionalisme yang tinggi"

lain kali buat PC dan iklankan kat akhbar tarikh, masa dan tempat penjenayah yang akan ditembak .. supaya orang awam takder lalu kat situ .. terima kasih 🤭
Tu dh mcm filem mn boleh 😂😂
 
Tolong tukar ketua balai dan pengarah imigresen negeri semua 2 tahun sekali.. Kalau terlalu lama duduk satu kawasan senang nak rasuah
Ada satu organisasi bawah kerajaan ni dah lama gunapakai cara ni.
Setiap manager dalam satu brunch akan kena rotate untuk setiap beberapa tahun.
Kenapa yang lain tak follow?
 
dari dulu kita panggil SB je secara majmuk .. tu si Sohai xder kerja lain, nak try masuk DIG pastu IG terus konon, orang panggil tukar jabatan xnak .. dah kawtim 🤭

boleh D11 operasi tangkap ketum kalo proses depan mata dia? :p
Sblm merdeka ke Sblm mabok?
Tak penah dgr org panggil jsj sb...
Skop tugas pun lain2...

Mmg keje Sohai la jenayah...
Tak penah SB buat pc kes tembak penyamun...

Kan dah marking maksudnya mmg projek jenayah la...
Bkn baru jumpe dpn mate terus tembak...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register