BTC USD 103,105 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden Berbalas Tembakan Di Sunway, Seorang Di Percayai Maut

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,281
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,281
Reaction score
7,467
Points
916
Awards
1
Sponsored Post

Penjenayah Di Syaki Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Bandar Sunway

20.08.2024 - Satu kejadian berbalas tembakan dilaporkan berlaku antara polis dan penjenayah di Bandar Sunway, Subang Jaya Selangor pada petang Selasa. Video mengenai insiden tersebut turut tular selepas ia dirakam oleh orang awam yang berada di menara berdekatan lokasi kejadian. Menurut info awal dikongsikan, insiden itu berlaku sekitar pukul 6.30 petang Selasa.

"Menakutkan, Macam dalam movie. Kes tembak menembak di Sunway petang tadi (Selasa). Waktu sekitar pukul 6.30 atau 7 petang ketika puncak orang tengah sesak balik kerja dan anak balik sekolah," kongsi Izura Mohamad Sobri yang memuat naik video berkenaan di Facebooknya.

Dalam pada itu, menurut laporan Buletin TV3, seorang penjenayah dipercayai warga asing dilaporkan ditembak mati di lokasi kejadian. Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.

 
Polis Sahkan Kejadian Tembakan Di Bandar Sunway

20.08.2024 - Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat Kuala Lumpur, petang tadi. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi Bernama berkata butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam masa terdekat. Difahamkan seorang lelaki warga asing disyaki penjenayah dipercayai ditembak mati dalam kejadian tersebut.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/716379
 
Maaf tanya…
Betul ke menjadi kesalahan kalau kita sebarkan gambar dan video jika ada kes2 serbuan/tangkapan/tembak dari pihak polis?

tak salah .. kalau ada undang2 macam tu, abis separuh wartawan dah duduk penjara 🤭
 




Polis tembak mati penjenayah warga Afrika

Subang Jaya: Polis menembak mati penjenayah yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun di kawasan PJS, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 petang tadi.

"Suspek ditembak mati oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Lelaki berkenaan dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati pasukan siasatan dan forensik berada di lokasi kejadian.

Turut dilihat ke lokasi adalah Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Artikel ➡️ Harian Metro
 
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register