BTC USD 58,573.6 Gold USD 1,797.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insiden 30 Ogos perbuatan biadap, kata SPR

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan perbuatan memijak gambar Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan pemimpin negara pada Khamis lalu sebagai "perbuatan biadap, tidak bertamadun dan tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang bersopan santun."

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya memandang serius perbuatan memijak gambar pemimpin-pemimpin negara termasuk gambar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof pada Himpunan Janji Bersih seperti yang dilaporkan oleh pihak media termasuk dalam Internet.

"Bagi SPR, perbuatan itu adalah perbuatan biadap, tidak bertamadun dan tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang bersopan santun," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kamaruddin berkata, bagi SPR, penambahbaikan proses pilihan raya tidak akan dapat dilakukan dengan cara tidak bertamadun dan biadap.

"Banyak perkara baru yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah hasil daripada perbincangan, perundingan, perjumpaan SPR bersama parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan juga melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan bukannya melalui perhimpunan dan perbuatan memijak gambar.

"alahan SPR melihat, perbuatan pihak penganjur perhimpunan itu adalah bertujuan mendidik golongan muda untuk berkelakuan biadap," kata beliau.

Ini kali pertama SPR secara rasmi dan terbuka mengulas perkembangan tersebut yang berlaku pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka.

Katanya, SPR menyambut baik langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera ke atas individu-individu yang terlibat.

Malah katanya, ia juga bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang boleh mencemarkan dan menjejaskan imej SPR.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register