BTC USD 38,717.2 Gold USD 1,802.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inkues Kematian Nora Anne Quoirin

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,599
Reaction score
13,592
Points
1,906
1611130154698.png


Keluarga Nora Anne fail semakan keputusan Mahkamah Koroner


Diterbitkan 20 Jan 2021, 3:42 pm



Keluarga Nora Anne Quoirin akan memfailkan cabaran undang-undang berhubung keputusan Mahkamah Koroner yang sebelum ini memutuskan bahawa kematian remaja Ireland-Perancis itu disebabkan oleh kecelakaan dan tidak melibatkan pihak ketiga.
Peguam mereka di Malaysia, Louise Azmi hari ini mengesahkan telah menerima arahan anak guamnya untuk mengemukakan permohonan semakan berkenaan.
"Ya," kata Louise ketika ditanya oleh Malaysiakini melalui telefon hari ini mengenai apakah keluarga itu ingin membatalkan keputusan Mahkamah Koroner Seremban.
Peguam itu juga mengesahkan bahawa pasukan undang-undang mereka sedang membuat persiapan untuk mengajukan semakan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Semalam, BBC News memetik ibu Nora Anne, Meabh Jaseprin Quoirin, mengatakan bahawa "inkues berkenaan adalah pertempuran yang harus diteruskan atas nama Nora".
Penyiar berita yang berpangkalan di United Kingdom itu melaporkan bahawa keluarga tersebut akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Malaysia untuk memeriksa kembali bukti dan merakam keputusan terbuka".

BBC juga melaporkan bahawa ibu bapa Nora Anne percaya bahawa anak mereka diculik.
Pada 4 Januari tahun ini, Mahkamah Koroner Seremban memutuskan bahawa kematian remaja itu disebabkan oleh kecelakaan.
Koroner Maimoonah Aid memutuskan bahawa tidak ada pihak ketiga yang terlibat dalam kematian Nora Anne pada bulan Ogos 2019, setelah dia hilang dari resort Dusun di Seremban.

“Selepas mendengar semua bukti yang relevan, saya memutuskan bahawa tiada sesiapa terlibat dalam kematian Nora Anne.
"Kemungkinan besar dia meninggal dunia kerana kecelakaan ketika keluar dari sora house (di Dusun Resort) seorang diri dan kemudian tersesat di kawasan kebun sawit tinggal," katanya semasa prosiding terbuka di Kompleks Mahkamah Seremban.

“Bagi saya untuk membuat spekulasi dan menganggap tindakan dan penglibatan pihak ketiga tanpa fakta yang dibuktikan adalah merupakan pelanggaran kepada tugas saya.
"Dengan ini inkuiri ini ditutup," katanya.

Sebanyak 47 saksi, termasuk ibu bapa remaja itu, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin, memberikan keterangan semasa prosiding inkues yang bermula pada 24 Ogos tahun lalu.

Prosiding juga disiarkan secara langsung dalam talian melalui portal rasmi badan kehakiman Malaysia melalui YouTube dan Facebook, dan dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah resort di Pantai dekat Seremban.
Setelah pencarian besar-besaran, mayatnya ditemui di dekat anak sungai di jurang, yang terletak kira-kira 2.5km dari pusat peranginan tempat dia dan keluarganya tinggal, pada 13 Ogos 2019.

Laporan bedah siasat awal menyatakan bahawa kematian remaja kurang upaya itu tidak mempunyai unsur jenayah, Dan menyatakan bahawa dia mati akibat pendarahan gastrousus kerana kelaparan dan tekanan yang berpanjangan.


 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,098
Reaction score
5,127
Points
721

Permohonan semakan keluarga Nora Anne Rabu ini​


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 16 Jun untuk memutuskan permohonan semakan keluarga Nora Anne Quoirin terhadap keputusan Mahkamah Koroner bahawa kematian remaja perempuan Perancis-Ireland itu adalah disebabkan oleh peristiwa malang atau nahas.


Peguam keluarga itu, Louise Azmi ketika dihubungi, berkata Hakim Azizul Azmi Adnan akan memberikan keputusan pada jam 5 petang.


Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini.


Pada 4 Januari lalu, Koroner Maimoonah Aid memutuskan bahawa tidak ada individu lain yang terbabit dalam kes kematian remaja berusia 15 tahun itu dan menyifatkan insiden tersebut sebagai satu peristiwa malang.

Sejumlah 48 saksi termasuk ibu bapa remaja itu, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin, memberikan keterangan pada prosiding inkues yang bermula pada 24 Ogos tahun lalu.


Nora Anne didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas beliau serta keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai, Seremban dan 10 hari kemudian, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah kira-kira 2.5 kilometer daripada pusat peranginan tersebut susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berwajib.


Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya, tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan usus disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan. – BERNAMA
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,599
Reaction score
13,592
Points
1,906
Pada 4 Januari tahun ini, Mahkamah Koroner Seremban memutuskan bahawa kematian remaja itu disebabkan oleh kecelakaan.

1623839237662.png


Keputusan terbuka - Mahkamah batal punca kematian Nora Anne sebab nahas​



Diterbitkan 16 Jun 2021, 5:59 pm

Dikemaskini 6:01 pm



Keputusan Mahkamah Koroner berkaitan punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin dua tahun yang lalu telah dibatalkan hari ini.
Mahkamah Tinggi Seremban petang ini menggantikan punca kematian remaja itu pada 2019 dengan keputusan terbuka.
Pada 4 Januari tahun ini, Mahkamah Koroner Seremban memutuskan bahawa kematian remaja itu disebabkan oleh kecelakaan (misadventure).


Hari ini ditetapkan untuk keputusan dalam permohonan semakan kehakiman oleh keluarga mendiang terhadap keputusan Mahkamah Koroner itu.

Koroner Maimoonah Aid memutuskan bahawa tidak ada pihak ketiga yang terlibat dalam kematian Nora Anne pada bulan Ogos 2019, setelah dia hilang dari resort Dusun di Seremban.

Nora Anne dan keluarganya telah mendaftar menginap di resort itu pada 3 Ogos 2019. Remaja berusia 15 tahun itu hilang pada keesokan harinya.

Setelah pencarian besar-besaran, mayatnya ditemui di dekat anak sungai di jurang, yang terletak kira-kira 2.5km dari pusat peranginan tempat dia dan keluarganya tinggal, pada 13 Ogos 2019.

Laporan bedah siasat awal menyatakan bahawa kematian remaja kurang upaya itu tidak mempunyai unsur jenayah, Dan menyatakan bahawa dia mati akibat pendarahan gastrousus kerana kelaparan dan tekanan yang berpanjangan.

Bawah peruntukan undang-undang, mahkamah koroner dapat membuat keputusan mengenai punca kematian seseorang dengan keputusan terbuka (open verdict), kecelakaan (misadventure), kematian semula jadi, kematian disebabkan oleh orang, atau orang yang tidak diketahui, pembunuhan atau bunuh diri.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,422
Reaction score
13,634
Points
2,376

16hmnora_1623848825.jpg

Kematian Nora Anne bukan sebab nahas


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memutuskan kematian remaja perempuan Perancis-Ireland, Nora Anne Quoirin, dua tahun lalu, bukan disebabkan oleh peristiwa malang atau nahas (misadventure).

Sebaliknya, Hakim Azizul Azmi Adnan menggantikan punca kematian remaja itu dengan keputusan terbuka dan membatalkan keputusan Mahkamah Koroner pada 4 Januari lalu.

Sebelum ini, Koroner Maimoonah Aid, memutuskan bahawa kematian Nora Anne Quoirin adalah disebabkan nahas.

Maimoonah dalam keputusan inkues remaja itu berkata, selepas mendengar semua keterangan, beliau mendapati tiada pembabitan pihak ketiga dalam kes berkenaan dan kematian mangsa bukan berpunca daripada unsur jenayah.

Terdahulu, Azizul dalam penghakimannya yang disampaikan menerusi prosiding dalam talian, berkata mahkamah koroner silap dalam membuat keputusan misadventure.

Katanya, adalah sangat sukar untuk seseorang dengan keadaan fizikal seperti Nora Anne untuk meninggalkan tempat tinggal itu sendiri.

"Untuk mangsa berada di tempat di mana mayatnya ditemui, Nora Anne perlu melalui kawasan sungai berbatu, menaiki dan menuruni kawasan curam.

"Kawasan itu sememangnya mencabar bagi individu yang memiliki keadaan fizikal sempurna dan mempunyai persiapan peralatan," katanya.

Mahkamah mendapati adalah sangat tidak mungkin untuk Nora Anne mengemudi laluan sama dengan hanya berkaki ayam.

Katanya, masalah keseimbangan dan koordinasi badan selain keadaan mangsa yang cepat letih, mahkamah berpendapat bahawa kematian Nora Anne bukan disebabkan oleh kecelakaan.

"Nora Anne adalah seorang remaja yang pemalu, tidak mempunyai rasa ingin tahu dan tidak suka dengan pengembaraan serta sangat bergantung secara emosi dengan kedua ibu bapanya," katanya.

"Dengan bukti di hadapan mahkamah, saya dapati keputusan misadventure perlu dibatalkan demi kepentingan keadilan dan mengembalikan keputusan terbuka," katanya.

Katanya, mahkamah mengucapkan takziah kepada keluarga Quoirin.

"Anda datang ke Malaysia untuk percutian keluarga namun dilanda tragedi yang sukar untuk difahami oleh ramai.

"Kami harap proses ini, dalam cara tertentu dapat membantu anda menuju ke arah penyembuhan," katanya.

Sejumlah 48 saksi termasuk ibu bapa remaja itu, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin, memberikan keterangan pada prosiding inkues yang bermula pada 24 Ogos tahun lalu.

Nora Anne didapati hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas beliau serta keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai, Seremban dan 10 hari kemudian, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah kira-kira 2.5 kilometer daripada pusat peranginan tersebut susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berwajib.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya, tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan usus disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register