BTC USD 37,712.3 Gold USD 1,797.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inkues Kematian Nora Anne Quoirin

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,504
Reaction score
2,573
Points
201
Ada kemungkinan tak yg makpak dia sendiri yg tinggalkan anak nya di dlm utan? :unsure:
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201
Anjing bomba kesan bau Nora Anne
| | 14 September 2020
824539.jpg

Nora Anne
A
A


SEREMBAN - Mahkamah Koroner semalam dimaklumkan dua ekor anjing milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya mengesan bau remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin yang hilang pada 4 Ogos 2019 di beberapa lokasi berhampiran The Dusun Resort.

Saksi ke-16 prosiding inkues bagi menentukan punca kematian gadis itu, penyelia operasi Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Pegawai Kanan 1 Bomba, Fadzil Arshad, 52, berkata, anjing jenis Labrador dan Border Collie, baka dari United Kingdom berjaya mengesan bau pertama Nora Anne kira-kira 100 meter dari tingkap vila penginapan gadis berkenaan pada 5 Ogos 2019.
Beliau berkata, ia disusuli dengan kejayaan pengesanan bau Nora Anne di saliran air berbatu dan kolam ternakan ikan, tidak jauh dari vila berkenaan pada sebelah petang hari yang sama.
"Pada 6 Ogos, unit kami sambung pencarian di kawasan saliran air berbatu menggunakan anjing yang sama dan anjing telah menarik kuat dan melepasi tandas terbiar dan kemudian menggigit botol mineral yang ditemui berkemungkinan milik Nora Anne.
"Kedua-dua anjing kemudian melepasi longkang konkrit dan terus ke saliran air dan memberi reaksi kuat di jeram berbatu. Penemuan ini telah saya maklumkan kepada pegawai atasan Mohamad Idris," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Maimoonah Aid pada prosiding yang memasuki hari kesembilan semalam.
Fadzil berkata, usaha mengesan Nora Anne diteruskan pada keesokannya dengan tertumpu di lokasi jeram berbatu dan kedua-dua anjing masih memberikan reaksi sama serta tidak mahu ke mana-mana.
"Jika dibawa ke seberang, dia akan tetap patah balik ke jeram berbatu," katanya.
Beliau berkata, pada hari berikutnya yang merupakan hari keempat sejak mula dipanggil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan itu pada 5 Ogos, mereka telah diminta untuk menunjukkan lokasi penemuan bau itu kepada polis.

"Selepas itu, khidmat kami tidak lagi diperlukan dan tugas kami sampai di situ saja," katanya.
Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Norhafiza Haron yang bertindak sebagai Pegawai Pengendali Inkues fungsi kedua-dua anjing berkenaan, Fadzil berkata: "Ia dilatih untuk mengesan orang hilang dan sesat di hutan".
Sementara itu, saksi ke-17, Pegawai Tinggi Bomba, P Ravi, 50, dari Unit K9 JBPM, Jalan Klang Lama, pula memberitahu mahkamah pasukannya hanya menyertai operasi SAR berkenaan pada 10 Ogos selepas dipanggil membantu Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada 9 Ogos.
"Kami membawa anjing baka Inggeris Spinger Spaniel atau ESS yang dilatih untuk mengesan mayat. Saya melaporkan diri kepada Komander Operasi Ahmad Mukhlis Moktar dan diberikan taklimat kawasan pencarian pada 9 pagi, 10 Ogos.
"Kami melakukan pengesanan bermula dari sebuah kuil Hindu menuju ke loji air, lokasi dikatakan orang hilang mandi.
"Sepanjang bermula hingga sampai ke tempat yang kami berhenti, tiada sebarang reaksi positif daripada anjing. Kami diminta kesan body jika ada di kawasan itu," katanya dan menambah khidmat pasukannya diperlukan sehari saja bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang.
Terdahulu, saksi ke-15 Lans Koperal Sylvester Kirinus, 31, yang bertugas di Unit K9, Bukit Aman berkata anjing jenis German Shepherd yang digunakan pada malam 4 Ogos hari pertama Nora Anne dilaporkan hilang gagal menemui sebarang petunjuk.
Hasil carian kali kedua dan ketiga masing-masing pada 9 dan 10 Ogos, turut gagal, katanya.
Prosiding inkues akan bersambung pada 2 Oktober depan dengan dua saksi dari unit K9 JBPM akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Sebelum ini, prosiding telah berlangsung selama dua minggu bermula 24 Ogos hingga 27 Ogos dan kemudian bersambung semula dari 1 hingga 4 September.
Seramai 64 saksi akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan dan setakat ini seramai 17 saksi telah dipanggil.
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan di Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.
Pada 13 Ogos, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berwajib.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja berkenaan yang juga golongan istimewa tidak menunjukkan unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan. - Bernama
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Inkues Nora Anne Di Tangguh, Saksi Kontak Rapat Pesakit COVID-19

19.10.2020 - Seremban, Prosiding inkues bagi menentukan kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban terpaksa ditangguh selepas seorang saksi didapati merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19. Peguam kepada keluarga remaja itu, S. Sakthyvell ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pemohonan penangguhan itu dibuat oleh pasukan pengendali inkues, pagi ini.

Beliau berkata bagaimanapun, prosiding itu akan diteruskan seperti biasa esok dengan saksi akan memberi keterangan menerusi aplikasi Zoom.

"Saya hanya mendapat pemakluman mengenai perkara itu pada 5.30 pagi tadi oleh penolong pendaftar mahkamah...tetapi dimaklumkan saksi berkenaan telah dikuarantin dan telah jalankan ujian calitan serta masih menunggu keputusan. Saksi itu yang kontak rapat dengan pesakit juga telah membuat satu mesyuarat dengan pihak pengendali inkues minggu lepas. Sekarang, kami sedang menunggu keputusan, kalau positif mungkin pihak pengendali terpaksa buat ujian calitan. Itulah alasan pihak pengendali kerana mereka juga baru tahu saksi merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 semalam," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata mahkamah juga memaklumkan bahawa sebarang perkembangan prosiding akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Esok, seramai tiga saksi daripada Polis Diraja Malaysia akan memberi keterangan menerusi Zoom. Prosiding inkues berkenaan berlangsung di hadapan Koroner Maimoonah Aid dan setakat ini, seramai 19 saksi telah dipanggil.

Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.

Pada 13 Ogos, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berwajib.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja berkenaan yang juga golongan istimewa tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891357
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201
Saksi tidak pasti jasad dijumpainya milik Nora Anne
| | 21 Oktober 2020
859361.jpg

Yue Fatt selepas menghadiri proses prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban hari ini. - Foto Bernama
A
A


SEREMBAN - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa pada awalnya dia tidak dapat memastikan jasad manusia yang ditemukannya ialah Nora Anne Quoirin memandangkan kedudukannya yang agak jauh dari mayat itu.

Saksi awam Chong Yue Fatt, 57, yang merupakan individu pertama ternampak mayat remaja tersebut pada hari ke-10 operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne berkata, ketika terlihat jasad itu, dia telah menjerit dengan kuat bagi memaklumkan ahli lain dalam kumpulannya tentang penemuan berkenaan.
“Sebaik menjumpai mayat itu, kami semua cuba membuat panggilan telefon kepada pihak berkuasa, namun gagal kerana tiada liputan. Justeru, kami menyuruh seorang lelaki India dalam kumpulan kami agar keluar dari kawasan tersebut dan memberitahu bapanya bagi memanggil pihak bomba ke lokasi.
“Semasa menunggu kedatangan pihak berkuasa, kami saling mengingati ahli kumpulan agar tidak mendekati mayat supaya tidak mencemarkan dan merosakkan bukti. Kami menunggu agak lama, sekitar satu hingga dua jam,” kata saksi ke-28 itu dalam bahasa Mandarin.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Maimoonah Aid bagi menentukan punca kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis itu memasuki hari ke-12 hari ini.
Menurut Yue Fatt, mayat remaja tersebut yang ditemukan kira-kira 50 meter dari sebuah pondok yang sebelum itu dilalui oleh kumpulan pencari berkenaan berada dalam keadaan terbaring di atas batu seolah-olah sedang tidur.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nuralis Mat yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues mengenai barangan yang ada di pondok, peniaga kasut itu berkata: “Saya nampak bekas makanan seperti Maggi dan botol minuman.”
Ketika ditanya oleh koroner mengenai siapa yang membuat keputusan tentang kawasan pencarian, Yue Fatt berkata, pencarian di kawasan tersebut dilakukan selepas dicadangkan oleh rakannya bernama Chan yang memberitahu dia telah mendapatkan tilikan daripada seorang sami di Thailand dalam usaha mengesan Nora Anne.

“Sami itu memberitahu Chan agar mencari mangsa di tempat yang ada sungai," katanya.
Sementara itu, saksi ke-29, Muhammad Firdaus Kamarudin, 35, berkata, dia ternampak seorang perempuan berambut panjang berwarna perang, bertubuh sederhana dan berkulit putih sedang mandi di tepi sungai di kawasan berkenaan pada 4 Ogos.
“Ketika itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja di Loji Air Gunung Berembun dengan menaiki motosikal sekitar 7 malam dan saya hanya melihat sepintas lalu perempuan tidak berbaju sedang mandi membelakangkan saya,” katanya.
Operator Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) itu berkata, meskipun keadaan semakin gelap, dia dapat melihat kelibat perempuan berkenaan dengan jelas selain memberitahu mahkamah aktiviti mandi-manda di kawasan tersebut adalah perkara biasa yang dilakukan oleh penginap di resort berkenaan.
Muhammad Firdaus berkata, dia memaklumkan perkara itu kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) dua hari kemudian sebaik mengetahui berita mengenai kehilangan seorang remaja di kawasan berkenaan.
Terdahulu, dua saksi iaitu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris, 52, dan Pegawai Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Faizal Ahmad, 40, masing-masing sebagai saksi ke-26 dan 27, dipanggil memberi keterangan.
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.
Prosiding inkues bersambung esok. - Bernama
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,622
Reaction score
13,605
Points
1,906

(22 Oktober 2020) Penstriman Langsung Prosiding Siasatan Kes Kematian Nora Anne Quoirin
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,622
Reaction score
13,605
Points
1,906
DSP Hazizi berkata e-mel berkenaan disedari tidak lagi wujud selepas semakan dibuat pada 14 Sept lepas .

1603354285560.png


Inkues Nora Anne: IP e-mel minta wang tebusan telah dipadam, kata saksi
Diterbitkan Hari ini 3:56 pm


Mahkamah Koroner di Seremban diberitahu bahawa e-mel menuntut wang tebusan yang diterima keluarga Nora Anne Quoirin pada 7 Ogos 2019, telah dipadamkan.

Saksi polis, DSP Hazizi Abd Samad, 42, dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman berkata e-mel berkenaan disedari tidak lagi wujud selepas semakan dibuat pada 14 Sept lepas setelah alamat e-mel berkenaan diperoleh pada 11 Sept 2020.

"Dalam siasatan melibatkan e-mel ini ada dua bahagian utama, yang pertama ialah kandungan dan kedua header. Tugas saya sebagai penganalisa e-mel ini, kita lebih melihat kepada header kerana ia mengandungi maklumat bagaimana sesuatu e-mel dihantar, maklumat pelayar dan juga alamat IP (Internet Protokol).

"Pada 14 Sept 2020 saya telah buat semakan terhadap e-mel '[email protected]' iaitu mungkin suspek melalui laman web ‘email checker’ dengan ia menunjukkan e-mel tersebut telah dipadamkan," katanya ketika memberi keterangan.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Maimoonah Aid bagi menentukan punca kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis itu memasuki hari ke-13, hari ini.
Menurut Hazizi, berdasarkan pengalamannya selama 14 tahun di bahagian jenayah siber, kandungan e-mel berkenaan merupakan salah satu sifat scammer selain siasatan tidak menjumpai IP sebenar pengirim.

Katanya, memandangkan e-mel berkenaan yang didaftarkan di bawah Microsoft Cooperation, hanya syarikat berkenaan yang mengetahui alamat sebenar e-mel dan tarikh ia dicipta dan alamat IP hotmail itu adalah kepunyaan Microsoft.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat yang bertindak sebagai pegawai pengendali mengenai kesimpulan yang dapat dibuat mengenai e-mel berkenaan, Hazizi berkata: "pada pandangan saya, alamat IP e-mel berkenaan hanya Microsoft sahaja yang mengetahui."

Menjawab soalan peguam kepada keluarga Nora Anne, S. Sakthyvell sama ada polis boleh mendapatkan maklumat daripada Microsoft, Hazizi berkata ia boleh dilakukan dengan menggunakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan Amerika Syarikat.

Sakthyvell: Bermakna hanya pihak Microsoft saja yang tahu maklumat terperinci siapa pemilik e-mel ini?
Hazizi: Pihak Microsoft menyimpan segala rekod daripada permulaan e-mel diwujudkan, transaksi penghantarannya dan bila ia padamkan’. Jadi, mungkin pemiliknya bagi pendapat saya pula, disebabkan hotmail bersifat terbuka, sesiapa sahaja boleh mendaftar dengan sebarang identiti.
Ditanya Sakthyvell sama ada boleh sesuatu e-mel itu dicipta di negara ini, namun menggunakan alamat IP dari United Kingdom atau Amerika Syarikat, dan Hazizi menjawab ia boleh dilakukan.

Terdahulu, dua saksi iaitu seorang pekerja pengiklanan M Magendran, 39, dan Pegawai Penyiasat Mata Wang Kripto Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik, JSJK Bukit Aman, Inspektor Nur Adli Md Saari, 36, yang masing-masing merupakan saksi ke-30 dan 31, dipanggil memberi keterangan.

Nur Adli ketika memberi keterangan memaklumkan mahkamah bahawa nombor e-dompet yang tertera di dalam e-mel berkenaan menuntut bayaran berjumlah dua bitcoin dan dikesan bersifat scammer.
Katanya, polis telah mendepositkan sebanyak RM100 pada 13 Ogos tahun lepas dan semakan ke atas e-dompet berkenaan mendapati ia aktif pada 12 dan 13 Ogos dengan transaksi kemasukan wang dan pemindahan wang ke dalam pelbagai akaun lain bertujuan menyukarkan pihak berkuasa mengesan.

"E-dompet yang digunakan selari dengan teknik yang digunakan oleh scammer," katanya.

Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60 km di selatan ibu negara.

Pada 13 Ogos 2019, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 km dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berwajib.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja berkenaan yang juga golongan istimewa tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan.

Prosiding inkues bersambung esok.
- Bernama

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,198
Reaction score
1,975
Points
201
IP e-mel minta wang tebusan dipadam
| | 22 Oktober 2020

Pekerja pengiklanan M. Magendran, 39, merupakan saksi ke-30, yang dipanggil memberi keterangan pada prosiding inkues bagi menentukan punca kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner hari ini.
A
A
SEREMBAN - Mahkamah Koroner di sini diberitahu bahawa e-mel menuntut wang tebusan yang diterima keluarga Nora Anne Quoirin pada 7 Ogos 2019 telah dipadamkan.


Saksi polis, Deputi Superintendan Hazizi Abd Samad, 42, dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman berkata, e-mel berkenaan disedari tidak lagi wujud selepas semakan dibuat pada 14 September lepas setelah alamat e-mel berkenaan diperolehi pada 11 September 2020.

"Dalam siasatan melibatkan e-mel ini ada dua bahagian utama, yang pertama ialah kandungan dan kedua header. Tugas saya sebagai penganalisa e-mel ini, kita lebih melihat kepada header kerana ia mengandungi maklumat bagaimana sesuatu e-mel dihantar, maklumat pelayar dan juga alamat IP (Internet Protokol).


"Pada 14 September 2020 saya telah buat semakan terhadap e-mel '[email protected]' iaitu mungkin suspek melalui laman web ‘email checker’ dengan ia menunjukkan e-mel tersebut telah dipadamkan," katanya ketika memberi keterangan.

Prosiding inkues di hadapan Koroner Maimoonah Aid bagi menentukan punca kematian remaja perempuan warga Ireland-Perancis itu memasuki hari ke-13, semalam.

Menurut Hazizi, berdasarkan pengalamannya selama 14 tahun di bahagian jenayah siber, kandungan e-mel berkenaan merupakan salah satu sifat scammer selain siasatan tidak menjumpai IP sebenar pengirim.

Katanya, memandangkan e-mel berkenaan yang didaftarkan di bawah Microsoft Cooperation, hanya syarikat berkenaan yang mengetahui alamat sebenar e-mel dan tarikh ia dicipta dan alamat IP hotmail itu adalah kepunyaan Microsoft.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Nuralis Mat yang bertindak sebagai pegawai pengendali mengenai kesimpulan yang dapat dibuat mengenai e-mel berkenaan, Hazizi berkata: "pada pandangan saya, alamat IP e-mel berkenaan hanya Microsoft sahaja yang mengetahui."

Menjawab soalan peguam kepada keluarga Nora Anne, S Sakthyvell sama ada polis boleh mendapatkan maklumat daripada Microsoft, Hazizi berkata ia boleh dilakukan dengan menggunakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan Amerika Syarikat.

Sakthyvell: Bermakna hanya pihak Microsoft saja yang tahu maklumat terperinci siapa pemilik e-mel ini?

Hazizi: Pihak Microsoft menyimpan segala rekod daripada permulaan e-mel diwujudkan, transaksi penghantarannya dan bila ia padamkan’. Jadi, mungkin pemiliknya bagi pendapat saya pula, disebabkan hotmail bersifat terbuka, sesiapa sahaja boleh mendaftar dengan sebarang identiti.

Ditanya Sakthyvell sama ada boleh sesuatu e-mel itu dicipta di negara ini, namun menggunakan alamat IP dari United Kingdom atau Amerika Syarikat, dan Hazizi menjawab ia boleh dilakukan.

Terdahulu, dua saksi iaitu seorang pekerja pengiklanan M Magendran, 39, dan Pegawai Penyiasat Mata Wang Kripto Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik, JSJK Bukit Aman, Inspektor Nur Adli Md Saari, 36, yang masing-masing merupakan saksi ke-30 dan 31, dipanggil memberi keterangan.

Nur Adli ketika memberi keterangan memaklumkan mahkamah bahawa nombor e-dompet yang tertera di dalam e-mel berkenaan menuntut bayaran berjumlah dua bitcoin dan dikesan bersifat scammer.

Katanya, polis telah mendepositkan sebanyak RM100 pada 13 Ogos tahun lepas dan semakan ke atas e-dompet berkenaan mendapati ia aktif pada 12 dan 13 Ogos dengan transaksi kemasukan wang dan pemindahan wang ke dalam pelbagai akaun lain bertujuan menyukarkan pihak berkuasa mengesan.

"E-dompet yang digunakan selari dengan teknik yang digunakan oleh scammer," katanya.

Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60km di selatan ibu negara.

Pada 13 Ogos 2019, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5km dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berwajib.

Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja berkenaan yang juga golongan istimewa tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan.

Prosiding inkues bersambung hari ini. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106470/BERITA/Mahkamah/IP-e-mel-minta-wang-tebusan-dipadam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

samad

Fun Poster
Joined
Dec 26, 2005
Messages
926
Reaction score
109
Points
23
ini semua dusta, mak bapak dia bersalah kerana leka atau lalai samada sengaja atau tidak.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register