"Inkues" Kematian Nora Anne Quoirin, Jasad Di Tuntut Keluarga

Recommended Brokers


Latest Threads

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
26,801
Reaction score
553
Points
113
#INFOKINI | Keluarga sahkan mayat yang ditemui adalah remaja Nora Anne Quoirin.
Proses bedah siasat ke atas mayat Nora Anne akan dilakukan pada 10 pagi esok. - Ketua Polis Negeri Sembilan

Sumber: BERNAMA
kes baru plak .. punca kejadian
 
Sponsored Post

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,062
Reaction score
183
Points
63
selalu kes pembunuhan si pelaku adalah org terdekat dgn mangsa.
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,356
Reaction score
1,753
Points
168
Location
Singapore
"The body found by rescuers searching for Nora Anne Quoirin was located on a steep slope by a stream not far from a waterfall. It was the same waterfall the 15-year-old teenager had told her family she was excited to visit when they arrived at The Dusun resort, according to British newspaper Daily Mail. The report said this bit of information was told to them by one of the volunteer searchers."

Bits from https://www.nst.com.my/news/nation/2019/08/512592/volunteer-body-found-near-waterfall-nora-was-excited-visit
 

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,497
Reaction score
449
Points
83
Location
Setapk,K.L.
Kalau boleh jauhkan dari sekitaran ygmacam ni...tersorok,sunyi,tak ada keselamatan lengkap...

Pasal nafsu iblis,sex orang sanggup buat apa saja...

memang kena jaga anak perempuan lebihrapi,selain bekalan agama dan taqwa,lengkapkan keselamatan secukupnya...
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,356
Reaction score
1,753
Points
168
Location
Singapore
Kronologi Kehilangan Nora Anne Quoirin

3/08/2019 - Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, NS bersama keluarganya untuk bercuti.
4/08/2019 - Remaja yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya pukul 8 pagi.
4/08/2019 - Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja itu.
4/08/2019 - Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) IPK Negeri Sembilan.
5/08/2019 - Polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill.
5/08/2019 - Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam OPS mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.
5/08/2019 - OPS SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
5/08/2019 - Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam OPS SAR remaja itu.
6/08/2019 - OPS SAR masuk hari 3, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
7/08/2019 - Polis telah merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne.
7/08/2019 - OPS SAR masuk hari 4, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
8/08/2019 - OPS SAR masuk hari 5, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
8/08/2019 - OPS SAR mengesan Nora Anne diketuai Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).
8/08/2019 - Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan Nora Anne.
8/08/2019 - Rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja dimainkan melalui pembesar suara sepanjang SAR.
9/08/2019 - OPS SAR masuk hari 6, diperkuatkan dengan kehadiran pasukan elit PDRM iaitu Komando VAT69 dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota.
9/08/2019 - Sembilan dron diguna dalam OPS SAR kesan Nora Anne.
9/08/2019 - Penduduk mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai selepas solat Jumaat bagi dipermudahkan OPS SAR kesan Nora Anne.
10/08/2019 - OPS SAR masuk hari 7, skala pencarian Nora Anne dikecilkan dari 6 kilometer (km) radius kepada 4 km radius dari lokasi kejadian.
10/08/2019 - Masyarakat Orang Asli sedia membantu mencari Nora Anne menggunakan kaedah tradisional berdasarkan kepercayaan mereka.
10/08/2019 - Keluarga Nora Anne hargai usaha petugas SAR korbankan cuti Aidiladha cari anak mereka.
11/08/2019 - OPS SAR masuk hari 8, KP Negeri Sembilan berkata polis buka hotline 0111-2285058 bagi orang ramai salur maklumat.
11/08/2019 - OPS SAR Nora Anne mendapat bantuan daripada kumpulan pendaki sukarelawan.
12/08/2019 - OPS SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
12/08/2019 - Keluarga Nora Anne tawar ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat salur maklumat bantu kesan Nora Anne.
12/08/2019 - Pasukan polis Ireland, England, Perancis berada di negara itu membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.
12/08/2019 - Sekumpulan lima pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh menawarkan diri membantu OPS SAR.
12/08/2019 - Pengamal media dipelawa untuk menyertai OPS SAR kesan Nora Anne buat pertama kalinya.
13/08/2019 - OPS SAR masuk hari 10, polis menemui mayat wanita berkulit putih yang ditemui pada 1.57tgh kira-kira 2.5km dari resort The Dusun.
13/08/2019 (8.55 malam) - Polis sahkan mayat yang ditemui adalah Nora Anne selepas ahli keluarga remaja itu membuat pengecaman.

Proses bedah siasat akan dilakukan pada 14.08.2019.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register