"Inkues" Kematian Nora Anne Quoirin, Jasad Di Tuntut Keluarga

Recommended Brokers


Poll : CariGold new board 2019

  • Fonts terlampau besar, boleh kecilkan sedikit

    Votes: 17 19.8%
  • Warna terlampau terang

    Votes: 8 9.3%
  • Sidebar besar agak mengganggu

    Votes: 38 44.2%
  • Sangat berminat dengan theme baru ini

    Votes: 24 27.9%
  • Serius, tak minat langsung

    Votes: 25 29.1%

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,264
Reaction score
1,739
Points
168
Location
West Malaysia
06.08.2019 - Nilai, Kehilangan remaja perempuan warga Ireland yang dikenali sebagai Nora Anne Quoirin, sejak semalam di resort The Dusun di sini bukan sahaja menimbulkan minat kalangan pengamal media baik tempatan mahupun antarabangsa, bahkan turut menimbulkan tanda tanya.

Pelbagai persoalan membelenggu penduduk setempat yang hairan dengan kemampuan remaja berusia 15 tahun itu, yang juga anak istimewa, untuk berada jauh daripada resort tersebut selain menyifatkan ia adalah pertama kali berlaku di kawasan resort berkenaan.

"Kes orang hilang di resort ini adalah kali pertama kerana sebelum ini kalau dengar pendaki Gunung Berembun hilang, ia kes biasa. Sepatutnya kalau dia anak istimewa, tak jauh dia boleh pergi," kata Tok Batin Kampung Kolam Air Pantai Ali Ngongor, 56, kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang turut menyertai operasi mencari remaja itu berkata, adalah mustahil mangsa mampu mendaki hutan yang tebal di situ dalam keadaan dirinya yang sebegitu, apatah lagi bertahan dalam tempoh yang agak lama.

"Tetapi tak mustahil juga ada unsur mistik. Resort ini memang tak ada pemantau, semuanya atas risiko sendiri," katanya.

The Dusun yang terletak 16 kilometer (km) dari bandar Seremban adalah resort alam semula jadi persendirian yang bermula dengan sebuah dusun durian sebelum ditanam dengan pelbagai jenis pokok dan dibangunkan sebagai resort dan dibuka kepada orang ramai pada 2009 bermula dengan dua chalet.

Mohd. Syawaluddin Mohd. Zin yang bekerja dengan agensi media antarabangsa berkata, berita kehilangan Nora Anne menarik minat masyarakat luar untuk mengetahui perkembangannya.

"Apatah lagi dia merupakan anak istimewa," katanya ringkas dan memaklumkan dia perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke sini untuk membuat liputan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata, setakat ini kekuatan anggota mencari dan menyelamat remaja itu telah meningkat kepada 168 berbanding 159 anggota, pagi tadi.

"Satu unit Senoi Praak turut telah digerakkan dalam SAR ini dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya sambil menambah bahawa kawasan pencarian kini diperluaskan meliputi 12 km dari resort berkenaan.



Berita asal http://bernama.com/bm/news.php?id=1753954
 
Last edited:
Sponsored Post

kedaibiasa

Active Member
Joined
Oct 8, 2009
Messages
1,235
Reaction score
2
Points
38
alaa kesian nya. hutan malaysia ni dah la tebal dan mudah sesat
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,264
Reaction score
1,739
Points
168
Location
West Malaysia
Siapa Kata Nora Anne Di Culik?, Ketua Polis

06.08.2019 - Negeri Sembilan, Siasatan awal polis terhadap kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Nilai sejak pagi Ahad, tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop menegaskan orang ramai termasuk media tempatan mahupun luar negara diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Jelasnya, setakat ini kehilangan mangsa masih dikategorikan sebagai kes Orang Hilang (OH) dan siasatan pihak polis di lokasi terakhir mangsa berada iaitu di bilik penginapan resort berkenaan mendapati tiada sebarang kesan mencurigakan.

Tegasnya lagi, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan remaja itu dilarikan seperti yang dilaporkan media antarabangsa dengan memetik sumber dari polis Malaysia.

“Setakat jam 7 petang, kami telah mengarahkan 171 orang pegawai dan anggota untuk menjalankan siasatan dan juga pencarian di kawasan yang kami jangkakan mangsa ini berada.

“Setakat ini, kami masih mengklasifikasikan kes sebagai Orang Hilang.

“Tiada elemen atau unsur jenayah setakat ini dan kami masih menyiasat kes ini sebagai Orang Hilang. Kami memberikan tumpuan pada pencarian Orang Hilang,” kata Mohamad.

BACA: Radius pencarian remaja Ireland yang hilang, Nora Anne diperluas dengan bantuan Orang Asli

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Gerakan Balai Polis Pantai, Nilai malam Isnin.

Mengulas lanjut, pihaknya menolak dakwaan media asing yang mendakwa mangsa diculik atau dilarikan pihak tertentu.

Malah katanya, berdasarkan keterangan adik mangsa, remaja perempuan tersebut dipercayai keluar sendiri melalui tingkap berdasarkan elemen tingkap yang terbuka pada pagi hari kejadian.

Sehingga jam 7 petang tadi, pihaknya telah meluaskan kawasan pencarian kepada 8.09 hektar dan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih menemui jalan buntu ekoran tiada sebarang petunjuk berkaitan kedudukan remaja berkenaan.

Bagaimanapun ujarnya, pihak polis percaya remaja itu masih berada di kawasan berhampiran dan keanggotaan yang ditambah kepada 171 dengan bantuan sebuah helikopter dari Pasukan Gerakan Unit Udara (PGUU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipecahkan kepada empat zon.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan mangsa untuk terus tampil ke balai polis berhampiran dan bukan menokok tambah maklumat sehingga menjejaskan proses penyiasatan.



Berita asal http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siapa-kata-nora-anne-diculik-ketua-polis-negeri-sembilan-214264
 

halfwit

Fun Poster
Joined
Sep 14, 2009
Messages
707
Reaction score
68
Points
16
Seremban banyak kaum apa?

Mystik kepala bu-toh. Ni mesti kena culik ngan set2 melanin terlajak pastu dirogol dan ditanam dalam hutan.

Kimak betul la.
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,036
Reaction score
30
Points
48
Location
EURO/JAPAN
hari ahad baru pergi jolobu lalu pantai...beli petai rambutan duku...
situ ada kg org asli, ada tempat2 dia la...
 

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,665
Reaction score
635
Points
113
Seremban banyak kaum apa?

Mystik kepala bu-toh. Ni mesti kena culik ngan set2 melanin terlajak pastu dirogol dan ditanam dalam hutan.

Kimak betul la.
Konfiden sembang....
 

LIGAN

Fun Poster
Joined
Dec 15, 2011
Messages
763
Reaction score
45
Points
0
kalau bab2 bunuh pastu tanam...kan memang ada kes kat rantau aritu...kes kuil lama dalam estet tue...pun boleh diterima jugak motif nie...
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
39,955
Reaction score
827
Points
113
muka pic bawah tuh... igt muka org tua...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register