Inkues baharu kes Adib dibuka: KPN

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,502
Reaction score
11,571
Points
1,906
dah tok abah x nk tukar. Nk buat mcm mana
tu masalahnya

sebab atas tanggungjawab dia sekarang ni utk menggerakkan kes Adib ni utk terus berjalan atau standstill.

dia ada suggest utk dibuat inkues kedua, saja nak melegalise saksi saksi kata tak nampak Adib dipukul, utk overturn keputusan inkues
pastu yg Hamzah Zainuddin kata nak caj under rusuhan, tu pun atas bahu Hamid Bador ni utk menggerakkan kertas siasatan dan hantar kertas siasatan ni pada AG

Pendek kata, atas bahu dia sekarang. bukan atas bahu menteri

jadinya, he's got to go.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,129
Reaction score
463
Points
91
tu masalahnya

sebab atas tanggungjawab dia sekarang ni utk menggerakkan kes Adib ni utk terus berjalan atau standstill.

dia ada suggest utk dibuat inkues kedua, saja nak melegalise saksi saksi kata tak nampak Adib dipukul, utk overturn keputusan inkues
pastu yg Hamzah Zainuddin kata nak caj under rusuhan, tu pun atas bahu Hamid Bador ni utk menggerakkan kertas siasatan dan hantar kertas siasatan ni pada AG

Pendek kata, atas bahu dia sekarang. bukan atas bahu menteri

jadinya, he's got to go.
org politik skrg bkn blh pakai. kebanyakkan sampah. kn bahagia klo org politik x de kt malaysia nie
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,502
Reaction score
11,571
Points
1,906
Alhamdulillah, semalam saya merasmikan majlis pelancaran buku Fotobiografi Allahyarham Muhammad Adib yang ditulis sendiri oleh adik Allahyarham, iaitu Siti Aishah Muhammad Kassim. Majlis ini dihadiri oleh keluarga Allahyarham, pihak bomba dan NGO-NGO yang telah bersama berjuang dalam kes ini sejak awalnya lagi.

Buku ini menceritakan tentang pengalaman masa kecil Aishah dibesarkan bersama Adib dan karekter Adib semasa kecil dan bagaimana membentuk peribadinya untuk berkhidmat demi negara.
Aishah juga menyentuh kegemaran Adib tentang makanan dan sikapnya terhadap keluarga dan sahabat handai. Juga Aishah melihat bagaimana impak tragedi kepada dirinya terutamanya di hari peristiwa. Dalam buku ini juga dimasukkan koleksi gambar-gambar yang tersimpan dalam telefon bimbit Adib yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini.

Tahniah kepada penulis iaitu Siti Aishah Mohd Kassim dan penerbit yang bertungkus-lumus menyiapkan buku ini. Saya yakin, bukan sahaja penulis dan keluarga sahaja, tetapi seluruh keluarga besar pihak Bomba, penjawat awam dan rakyat Malaysia akan berasa dekat dengan keperibadian Allahyarham apabila membaca buku ini nanti.

Walaupun Adib kita sudah tidak ada, tetapi diharapkan semangat beliau akan bersama-sama mengalir untuk kita semua terus berjuang menuntut keadilan. Saya harap juga buku ini akan menjadi simbolik kepada satu sejarah besar dalam negara ini apabila seorang penjawat awam dibunuh hanya kerana mahu menjalankan tugas menyelamat tetapi kematiannya sehingga sekarang tidak terbela.

Buku ini boleh dibeli melalui Ibu pejabat ISMA atau pegawai pemasaran syarikat Piri Reis. Untuk maklumat lanjut tentang buku ini, anda boleh menghubungi Encik Muhamad Kamarul Busu 0199696178. Jualan secara online kepada orang awam akan dibuka tidak lama lagi.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
8 Oktober 2020

#KeadilanBuatAdib
#Justice4Adib

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,502
Reaction score
11,571
Points
1,906
Menerima kunjungan ayah dan adik arwah Adib di pejabat Isma hari ini. Turut hadir beberapa orang pegawai bomba termasuk rakan setugas karib arwah, selain beberapa orang aktivis Islam.

Mahkamah koroner telah pun memutuskan bahawa kematian arwah Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah. Malangnya masa berlalu dan masih tiada nampak pembelaan terhadapnya akan berlaku dengan apa jua bentuk yang selayaknya.

Nyawa manusia ada harganya di sisi Allah .... tidak kira siapa pun dia. Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya memainkan peranan yang pro aktif bagi menghentikan jenayah terhadap petugas keselamatan seperti arwah Adib dari berulang kepada orang lain pula.

Kepada pihak berwajib, ingatlah;
- Jawatan adalah amanah yang akan dihisab.
- Jangan beri ruang kepada persaksian palsu.
- Jangan biarkan penjenayah ketawa kerana masih bebas sedangkan keluarga Adib menangis siang dan malam
- Jagalah kebajikan keluarga arwah Adib sebaiknya samada pampasan, pencen, sokongan moral dan sebagainya.

Moga Allah mengurniakan syurga buat arwah Adib dan kesabaran buat ahli keluarganya.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
Prosiding Komital Keluarga Adib - AGC Kekal Wakili Tommy Thomas

25.11.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Peguam Negara (AGC) akan terus mewakili Tommy Thomas dalam rayuan berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terhadap bekas peguam negara itu. Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata pendirian itu dibuat AGC susulan representasi yang dikemukakan oleh pihaknya sebelum ini.

Representasi itu bagi mendapatkan pendirian terkini AGC berikutan pertukaran peguam negara pada 6 Mac lepas, sama ada masih berdiri teguh di belakang tingkah laku Thomas selaku bekas peguam negara, khususnya berkenaan kenyataan media yang menjadi subjek perkara prosiding menghina mahkamah, ataupun AGC menjarakkan dirinya dengan tindakan Thomas tersebut.

Selain AGC, Thomas turut diwakili peguam Ambiga Sreenevasan dalam rayuan yang difailkan Mohd Kassim pada 11 Feb lepas, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Jan, yang membenarkan rayuan Thomas untuk mengetepikan prosiding komital itu.

Menurut Mohamed Haniff, Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Jan tahun depan untuk pendengaran rayuan tersebut. Dia juga berkata pihak AGC turut mengemukakan permohonan untuk memfailkan rayuan di luar tempoh masa berhubung isu bidang kuasa Mahkamah Koroner mendengar dan memutuskan prosiding komital.

"Mahkamah tetapkan 17 Dis ini untuk mendengar permohonan (AGC) untuk memfailkan rayuan di luar tempoh masa," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Mohd Kassim memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas pada 16 Julai tahun lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, atas dakwaan menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Mahkamah Koroner membenarkan permohonan itu dan Thomas kemudiannya menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Mahkamah Koroner telah terkhilaf ketika membenarkan prosiding komital dimulakan terhadap Thomas. Dalam permohonan itu, Mohd Kassim, 66, mendakwa Thomas telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April tahun lepas, berhubung punca kematian anaknya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama. Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552468
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,627
Reaction score
3,769
Points
236
Dua Tahun Nasib Adib Masih Belum Terbela - Bapa

29.11.2020 - Alor Setar. Biarpun semalam genap dua tahun tragedi hitam menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, keluarganya mengakui kematian Allahyarham yang masih belum terbela sering mengundang kesedihan kepada mereka. Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, dia terutama isteri, Asma Aziz, 52, masih menaruh harapan tinggi agar penjenayah yang menyebabkan kematian anak mereka itu dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

“Kerinduan dan kesedihan kami masih mendalam terhadap arwah. Bila rindu, hanya doa supaya kes ini segera menemui pengakhiran dan penjenayah dibawa ke muka pengadilan. Walaupun sudah dua tahun berlalu kami masih mengharap dan akan terus mengharap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Kassim yang juga seorang pesawah dari Kampung Tebengau, Kuala Kedah turut melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan susulan keputusan inkues kes Muhammad Adib sebelum ini.

“Sekarang kami masih menunggu apa tindakan pihak polis walaupun Mahkamah Koroner putuskan kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali. Bukan itu sahaja mahkamah juga merumuskan kegagalan polis dan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) mengawal rusuhan juga menjadi faktor kepada kematiannya.

“Peguam kami sudah minta polis segerakan siasatan tetapi sehingga sekarang kami masih menunggu,” katanya dengan nada sedih.

Bercerita lanjut, Mohd. Kassim memberitahu, walaupun terpaksa menunggu untuk tempoh lama keluarga akan berterusan berdoa dan berharap kematian anaknya akan mendapat pembelaan suatu hari nanti. Tambahnya, apabila perasaan rindu terhadap anak kedua daripa empat beradik itu, dia dan isteri akan menziarahi kubur Muhammad Adib.

“Selain itu gambar arwah jadi pengubat rindu di hati kami,” jelasnya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan. Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/inkuesadib
 
Sponsored Post
Top
Log in Register