Inkues baharu kes Adib dibuka: KPN

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,341
Reaction score
10,300
Points
1,896
49830752_10219287488358403_8682845149908172800_n.jpg



Aidil Khalid
1d ·

Politikus sibuk bermain politik, berpecah dan tubuh parti lain, lagi dan lagi dan lagi. Parti yang telah lama tertubuh pula sibuk mempertahankan penjenayah koruptor sebagai bosskurrrr.
Kita sebagai rakyat marhaen kena jalan terus, jangan sibuk sangat dengan permainan kayangan orang-orang politik. Kita dah tengok macam mana politikus baik dari UMNO-PAS mahupun dari PH, yang sembang kencang sebelum berkuasa konon nak perjuangkan itu ini, tapi bila dah pegang kuasa, sejuta satu alasan dicipta untuk tidak lagi memperjuangkannya.
Gambar: semalam, pertemuan di Majlis Perundingan Melayu (MPM), briefing oleh barisan peguam kepada mantan Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, berkenaan kes Adib. Dokumen-dokumen, bukti-bukti, gambar-gambar, video-video, semua dikeluarkan dan ditunjukkan satu per satu.

1596966038288.png

1596966048039.png

1596966058590.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,341
Reaction score
10,300
Points
1,896
Aidil Khalid

8 min


Kita ambil dua kes.

Kes pertama: video yang tular baru-baru ini, mendedahkan premis-premis perjudian dan perniagaan haram berleluasa. Pihak polis memberikan jawapan melalui sidang media siang tadi, bahawa abang burger yang menularkan video tersebut akan disiasat di bawah seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen ini ialah berkenaan kesalahan menyebarkan fitnah dan mengaibkan. Dengan kata lain, bukannya aduan tentang berleluasanya maksiat dan jenayah itu yang diambil berat, tetapi sebaliknya bahkan pengadu itu pula yang akan disiasat atas tuduhan menyebarkan keaiban.

Kes kedua: apabila Mahkamah Koroner menyimpulkan secara tegas bahawa “kegagalan pasukan PDRM dan FRU ... telah turut menyumbang kepada kematian arwah Adib,” — pihak polis bukannya cuba untuk memperbaiki diri, sebaliknya telah cuba pula untuk mengubah naratif dan mengatakan kononnya Adib tidak dibunuh. Menjaga ‘nama baik’ PDRM lebih penting, dari mendapatkan keadilan untuk Adib. Justeru walaupun Mahkamah telah memutuskan, tetapi PDRM lebih sibuk cuba membersihkan namanya, berbanding berusaha mencari betul-betul siapakah yang telah membunuh Adib.

Kedua-dua keadaan ini sebenarnya menyerlahkan betapa pentingnya semak dan imbang terhadap sesuatu agensi yang mempunyai kuasa penguatkuasaan. Dan sesuatu agensi itu tidak boleh diharapkan untuk menyiasat salah laku di dalam agensinya sendiri, sebaliknya perlu diberikan kepada suatu agensi bebas untuk menyiasat dan menghukum salah laku yang berlaku dalam PDRM.

Maka sebab itu, sangat penting untuk disegerakan penubuhan dan penguatkuasaan IPCMC atau Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis. Sebelum ini rang undang-undang bagi menubuhkan IPCMC telah dibentangkan, tetapi kemudian ditangguhkan. Yang terakhir, Menteri Undang-Undang Takiyuddin mengatakan pada bulan Mac lalu ia akan dikaji semula, tapi saya tak pasti apakah perkembagan selepas itu.

Hakikatnya penubuhan IPCMC ini telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja sejak dari tahun 2005 lagi, untuk menaiktaraf khidmat polis agar bersih dari sebarang salah laku dan rasuah. Suruhanjaya Diraja yang mencadangkan itu pun bukan calang-calang, ia dipengerusikan oleh Mantan Ketua Hakim Tun Mohammed Dzaiddin dan turut dianggotai oleh mantan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar. Bahkan berikutan cadangan itu, seorang lagi mantan Ketua Hakim, Tun Salleh Abas telah merangka draf rang undang-undang IPCMC.

Tetapi sentimen di kalangan anggota-anggota PDRM pula, mereka menolaknya. Mereka rasakan ini satu usaha untuk mengongkong polis. Dan para politikus penunggang pula cuba menunggan sentimen ini, dengan memburuk-burukkan IPCMC, kononnya ia idea dan cadangan puak liberal (walhal kalau kita tengok nama-nama yang mencadangkannya seperti yang dah disebut di atas, kesemuanya orang-orang penuh berkaliber dan berwibawa). Pada saya sentimen seperti ini tak perlu dilayan sebenarnya. Teruskan sahaja tubuhkan IPCMC. Ingat lagi bagaimana sesetengah anggota PDRM cuba nak boikot filem ‘One Two Jaga’, hanya kerana filem itu mendedahkan realiti korupsi di kalangan sesetengah (bukan semua) anggota polis?

Anggota polis yang bersih tak perlu takut dengan IPCMC. Yang perlu takut cuma mereka yang korup sahaja.



View attachment 269013
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,341
Reaction score
10,300
Points
1,896
#JusticeForAdib
https://m.malaysiakini.com/news/537886

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) berhasrat mengemukakan 20 tuntutan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk menolak inkues kali kedua berhubung kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, berkata pihaknya sedang menunggu tarikh daripada pejabat perdana menteri untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

1597029658064.png


Pembela kemuka 20 tuntutan, tolak inkues kedua Adib




8 Aug 2020, 4:57 pm

Dikemaskini 2 hari lepas





Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) berhasrat mengemukakan 20 tuntutan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk menolak inkues kali kedua berhubung kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, berkata pihaknya sedang menunggu tarikh daripada pejabat perdana menteri untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, 20 tuntutan itu termasuk mendesak kerajaan membuka semula siasatan dan pendakwaan terhadap kes berprofil tinggi, menggubal akta khusus untuk tanah rizab Melayu, menyokong kempen beli barangan muslim dan mempertahankan Islam serta Raja-raja Melayu.

"Kita juga meminta supaya kerajaan Melayu Islam ini menaik taraf mahkamah syariah seperti mana mahkamah sivil.

"Isu babitkan kes-kes mahkamah berprofil tinggi, kita minta kerajaan meneruskan kembali dan bertindak seadil-adilnya.

"Kita juga menolak inkues kali kedua terhadap kes kematian Muhammad Adib," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya, memorandum tersebut akan diserahkan kepada perdana menteri dalam tempoh terdekat ini.

6cb2e0a0ecdd0774c2d45fd0efae9947.jpeg



Pada 4 Ogos lalu, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat berkata pihak polis mengesyorkan inkues kali kedua diadakan bagi mencari punca kematian Muhammad Adib.

Katanya, berdasarkan kertas siasatan pihak polis mengenai kematian anggota bomba itu yang dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara, 12 suspek telah dituduh di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan menyerang jentera bomba.

Menurut menteri dalam negeri itu, keputusan itu dibuat berdasarkan pengumpulan bukti yang ada bagi dikemukakan semula kepada pihak pendakwaan.

Sementara itu, Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar yang turut sama dalam sidang media itu berkata inkues kali kedua berhubung kematian Muhammad Adib bertentangan dengan prinsip perundangan negara.

"Dari sudut prosedur inkues ini telah dilakukan dan penerimaan dapatannya jelas.

"Jadi, kenyataan yang inginkan inkues kali kedua diadakan adalah tersasar daripada prinsip undang-undang.

"Dalam prosedur undang-undang, yang mana tak puas hati boleh buat semakan undang-undang dan bukannya inkues kali kedua," jelasnya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,341
Reaction score
10,300
Points
1,896
Lukman Sheriff
10m ·

Masuk akal tak?
Dalam rusuhan kes Adib, kereta bomba telah diserang perusuh yang meluap kemarahan. Akibatnya bomba tiada pilihan terpaksa berundur jauh.
Bomba2 yang terlibat tiada perlindungan dari polis dan takutkan keselamatan mereka. Riuk pikuk hingar bingar keadaan di luar kereta bomba. Ada perusuh yang berjaya mencabut tangga kereta bomba.

Bomba. sangat ketakutan sehingga berundur sambil pegang pintu supaya tidak dipaksa buka oleh perusuh. Ada yang baling benda/ topi keledar sampai cermin pecah.

Masuk akal ke apabila semua dalam keadaan panik cuba selamatkan diri, tiba2 arwah Adib sahaja keluar dan terjatuh? Dan ini disifatkan sebagai “accident”. Masuk akal tak?

Inilah naratif yang cuba diutarakan sekarang. Koroner jelas ini tak masuk akal. Kenapa kita hendak aniaya keluarga yang mahu menuntut keadilan kematian anak mereka?
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Bomba Menaruh Harapan Tinggi Cari Keadilan Kes Adib

27.08.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menaruh harapan yang tinggi terhadap usaha mencari keadilan anggotanya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini di peringkat Peguam Negara.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pada masa ini pihaknya sedang menunggu keputusan daripada pejabat berkenaan berhubung penemuan-penemuan dan kehakiman terakhir bagi mendapatkan keadilan sewajarnya dalam membela kematian arwah Adib.

“Kita berharap agar keadilan untuk Adib ini akan terus dituntut dan kita akan lihat hasil daripada perbincangan ataupun dari segi analisa yang dibuat oleh Peguam Negara. Kita menaruh harapan yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai harapan daripada pihaknya berhubung status kes arwah Muhammad Adib yang kini berada di peringkat Pejabat Peguam Negara.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Kajian Semula bagi menentukan sama ada keputusan inkues oleh Mahkamah Koroner yang memutuskan bahawa kes kematian Adib adalah akibat perbuatan jenayah boleh disokong sepenuhnya atau tidak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri abdul Hamid Bador pada 10 julai lalu memberitahu, pihaknya bercadang menyiasat semua aspek kes kematian Muhammad Adib yang menjadi perhatian negara pada akhir 2018.

Menurutnya, antara sebab cadangan itu ialah terdapat percanggahan pendapat oleh dua pakar patologi yang menjalankan bedah siasat.

Beliau turut memaklumkan sejak keputusan Mahkamah Koroner tahun lepas – yang memutuskan Muhammad Adib maut akibat perbuatan jenayah oleh “dua atau lebih orang yang tidak dikenali” – polis telah memanggil semula 31 saksi inkues dan 52 saksi baru.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/08/27/bomba-menaruh-harapan-tinggi-cari-keadilan-kes-adib/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
KPKT Jamin Akan Bela Kematian Adib Sebaik Mungkin

31.08.2020 - Kuala Lumpur, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dibela sebaik mungkin.

Menurut Timbalan Menterinya, Ismail Abd Muttalib perkara tersebut telah diserahkan kepada pihak polis, namun tidak mengulas lanjut berhubung isu itu.

"Apa yang mendukakan kita adalah Adib pergi meninggalkan kita dan itu satu pengorbanan yang besar.

"Kita sudah serahkan kepada pihak polis untuk buat siasatan semula," katanya ketika sidang media selepas sambutan Hari Kebangsaan peringkat KPKT tahun 2020 di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya hari ini.

Ismail berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini siasatan semula kes kematian Adib.

Pada 7 Ogos, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata PDRM mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian anggota bomba tersebut.

Abdul Hamid berkata ia berikutan terdapat saksi baru yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba itu.

Bagaimanapun langkah itu dibantah keluarga Adib yang menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan kegagalan dan kecuaian polis.

Ayahnya, Mohd Kassim Abdul Hamid juga mempersoal cadangan untuk mendakwa 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang berkaitan perhimpunan haram.

Dalam pada itu, Ismail enggan mengulas lanjut apabila ditanya adakah pihak polis ada bertemu dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membincangkan perkara tersebut.

"Saya tak boleh komen sebab kita tak nak campur hal-hal yang berkaitan KDN (Kementerian Dalam Negeri), polis sebab dia ada bidang masing-masing.

"Kita tak menentukan siapa yang salah, tapi penyiasatan dan juga mahkamah akan menentukan.

"Kita akan pastikan Adib dibela sebaik mungkin," katanya lagi.

Untuk rekod, Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/540765
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,341
Reaction score
10,300
Points
1,896
Kematian Adib: PDRM cadang kaji semula laporan patologi

Muhammad Adib Mohd Kassim

Muhammad Adib Mohd Kassim


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji semula laporan patologi berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, cadangan itu berikutan pihaknya gagal menemui bukti baharu yang boleh mengenal pasti individu terbabit dalam kes berkenaan.
"Kita telah pun mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara supaya laporan patologi dapat dikaji semula.

"Jabatan Peguam Negara pada dasarnya bersetuju satu jawatankuasa ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengkaji laporan patologi itu," katanya ketika diwawancara pada program bual bicara Malaysia Prihatin: Keamanan dan Keselamatan Rakyat bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang disiarkan di TV1 RTM, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya jawatankuasa itu masih lagi tidak berpuas hati selepas kajian semula dibuat pihaknya tiada jalan lain selain mengesyorkan inkues kali kedua.
"Di pihak PDRM, saya memberi jaminan saya tidak ada apa-apa kepentingan untuk melindungi kepentingan politik sesiapa pun namun kita mahu bertindak di atas fakta untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

"Tidak ada apa-apa agenda yang tersirat, tidak baik dalam kes ini. Kita beri jaminan siasatan yang sebaiknya," katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2020 @ 11:53 PM



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,341
Reaction score
10,300
Points
1,896
saya tak percaya lah dengan KPN Hamid Bador ni, banyak politik lak...
 

Mystycque

Fun Poster
Joined
Aug 8, 2012
Messages
980
Reaction score
64
Points
20
Sial la PAS ni..dah ada kuasa pun tak buat apa apa.dulu sembang lebat
 
Sponsored Post
Top
Log in Register