Inkues baharu kes Adib dibuka: KPN

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Seramai 115 saksi telah dirakam keterangan dan satu inkues baharu dibuka terhadap kes Allahyarham Adib


Inkues baharu kes Adib dibuka: KPN
| | 7 Ogos 2020




1596770060749.png

Abdul Hamid Bador - Foto Bernama


KUALA LUMPUR- Seramai 115 saksi telah dirakam keterangan dan satu inkues baharu dibuka terhadap kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Terdahulu keluarga Allahyarham tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan untuk membuka semula kertas siasatan dengan pertuduhan lebih ringan ke atas suspek yang didakwa mengakibatkan kematian anggota bomba tersebut.

Bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, mereka sekeluarga mengetahui cadangan untuk mendakwa semula 12 suspek menyebabkan kematian anak lelakinya itu seperti dibangkitkan dalam Sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.
AKAN MENYUSUL


 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,505
Reaction score
1,755
Points
206
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Seramai 115 saksi telah dirakam keterangan dan satu inkues baharu dibuka terhadap kes Allahyarham Adib


Inkues baharu kes Adib dibuka: KPN
| | 7 Ogos 2020




View attachment 268123
Abdul Hamid Bador - Foto Bernama


KUALA LUMPUR- Seramai 115 saksi telah dirakam keterangan dan satu inkues baharu dibuka terhadap kes Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Terdahulu keluarga Allahyarham tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan untuk membuka semula kertas siasatan dengan pertuduhan lebih ringan ke atas suspek yang didakwa mengakibatkan kematian anggota bomba tersebut.

Bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, mereka sekeluarga mengetahui cadangan untuk mendakwa semula 12 suspek menyebabkan kematian anak lelakinya itu seperti dibangkitkan dalam Sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.
AKAN MENYUSUL


xpaham la ccm
inkues ni bukak baru untuk cari ape? mcm sblm ni inkues nak tau sama ada adib mati kemalangan atau dibunuh kan?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
xpaham la ccm
inkues ni bukak baru untuk cari ape? mcm sblm ni inkues nak tau sama ada adib mati kemalangan atau dibunuh kan?
tu la tn akecema, saya pun tak fhm. sepatutnya kena buat rayuan/semakan kehakiman pada keputusan terdahulu. masalahnya masa dah luput/expired dah utk buat rayuan/semakan kehakiman tu
kenapa la jadi aneh mcm ni, ke KPN berusaha nak ubah keputusan inkues baru ni dengan buat yg baru?


ni prosedur baru ke apa?


entah la tn akecema, bertabah la
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
kita ulang balik rujuk pendapat peguam peguam



ni dari peguam Aidil khalid yg tak bersetuju dengan menteri Dalam Negeri

1.

Ketua Polis Negara masih berdegil nak jaja cerita kononnya arwah Adib bukan mati dibunuh, tapi kemalangan, atas sebab kononnya “tiada saksi yang nampak arwah Adib dibunuh”.

Di bawah undang-undang jenayah, hanya kerana tiada orang nampak, bukan bermaksud jenayah itu tidak dilakukan.

Saya ambil contoh kes pembunuhan yang masyhur, Sosilawati. Dalam kes itu, bukan sahaja tidak ada saksi yang nampak Sosilawati dibunuh, bahkan mayat Sosilawati pun sampai ke sudah tidak dapat ditemui. Tetapi polis dalam kes itu menyiasat bukti-bukti sampingan (circumstantial evidence), atau dalam istilah fiqh, bukti qarinah, dan akhirnya pelakunya berjaya didakwa dan disabitkan.

Takkan saya nak kena syarahkan kepada Ketua Polis Negara apa itu circumstantial evidence, baru PDRM nak akur dengan keputusan Inkues?

Benda ni benda asas.

Kalau dibaca Alasan Penghakiman Mahkamah Koroner setebal 52 halaman, Hakim dah jelaskan dengan penuh panjang lebar, bahawa walaupun tiada saksi yang nempak secara terus Adib dibunuh; tetapi bukti-bukti ‘circumstantial’ terlalu banyak untuk merumuskan bahawa Adib sememang telah dibunuh.

Dalam hiruk-pikuk rusuhan di Kuil tersebut, tiga orang saksi nampak seseorang dikerumuni, sambil disepak-terajang. Salah seorang daripadanya kata, apabila dia datang dekat, dia nampak dengan mata kepala bahawa orang yang dikerumuni itu adalah arwah Adib (walaupun dia tidak nampak kejadian ketika mana Adib dipukul). Ini juga disokong dengan keterangan daripada saksi pakar Patologi, Prof Shaharum, yang membuat kajian forensik, bahawa memang jelas ada kesan Adib ditarik keluar dari van, diseret, dan kemudian dipukul. Ini disokong lagi oleh rakaman video yang menunjukkan para perusuh menyerang kenderaan Bomba. Juga disokong lagi oleh keterangan Ketua Balai Bomba Subang Jaya dan pegawai IJN, yang mengesahkan bahawa ketika dia melawat Adib di IJN, Adib ada memaklumkan kepadanya bahawa dia ditarik dan dipukul.

Kesemua bukti-bukti ini, walaupun bukan bukti “ada orang nampak”, tetapi adalah bukti-bukti “circumstantial” yang sangat kukuh.

Saya bukan nak persoalkan kenapa PDRM tak jumpa-jumpa lagi pembunuh Adib, tidak, bukan itu yang saya maksudkan.

PDRM perlu terus menyiasat, dan kalau tak jumpa, terus lagi menyiasat dan mencari siapakah pembunuhnya. Tetapi jangan sesekali nafikan dan ubah jalan cerita, seolah-oleh Adib tidak dibunuh; hanya semata-mata untuk menutup kegagalan pihak polis mencari pembunuhnya.

Kita faham tidak semua kes jenayah akan berjaya diselesaikan. Jika tidak berjaya cari pembunuhnya, maka kes ini perlu terus jadi kes yang tidak diselesaikan, tetapi jangan nafikan hakikat bahawa arwah mati diabunuh. Ini yang kita bantah.

Contohnya seperti pembunuhan tokoh korporat Maarof Zakaria di tahun 40an dulu (sila google bagi yang tak tahu). Sampai hari ini pembunuhnya masih belum ditemui, tetapi tiada siapa yang menyangkal bahawa dia mati dibunuh, walaupun pembunuhnya tidak ditemui.

Kita juga jangan lupa bahawa dalam Alasan Penghakiman setebal 52 muka surat, selain mengesahkan bahawa Adib mati dibunuh, Hakim Koroner juga telah menegaskan bahawa pihak Polis telah melakukan kesalahan: “saya juga membuat dapatan bahawa kematian arwah ini turut disumbangkan oleh kegagalan pasukan PDRM dan FRU mengawal rusuhan dan memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pasukan bomba yang dianggotai arwah Adib yang hadir ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.”

Maka Ketua Polis Negara tidak harus cuba menutup kebenaran-kebenaran ini.

* ”Kalau kau ada bukti sangat, silalah bagi dekat PDRM” — jawapan saya, ini bukan soal ada bukti atau tak ada bukti. Hakikatnya semua bukti itu telah tersedia ada dalam Alasan Kehakiman dan ekshibit-ekshibit Mahkamah, tetapi masalahnya PDRM tak kaji dan teliti, dan kemudian mudah-mudah tukar naratif kata Adib kemungkinan bukan dibunuh.

1596771647792.png







2.

KEMATIAN ADIB, TOMMY THOMAS DAN PEGUAM NEGARA IDRUS HARUN — ANTARA KEADILAN DAN TUNGGANGAN

Ramai yang komplen bahawa penerangan Tn Lukman Sheriff berkenaan isu ini sukar difahami.

Jadi di sini saya cuba terangkan semudah yang boleh. Tulisan ini agak panjang, tapi harap dapat bersabar, sebab isu dan kronologinya juga memang agak panjang. Harap dapat membacanya perlahan-lahan, dan rujuk silang setiap rujukan yang dikepilkan (gambar dan juga pautan). Nanti jika rajin, saya lukiskan pula, supaya mudah faham. Tapi untuk setakat ini, tulisan ini dahulu saya sajikan. Untuk yang malas baca panjang-panjang, boleh langsung skip ke perenggan 12 dan ke atas.

1. Selepas Adib cedera parah dan kemudian meninggal dunia dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, pihak kuil cuba untuk menggambarkan kononnya Adib meninggal bukan kerana dipukul, tetapi kerana kemalangan dilanggar kenderaan Bomba. Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/badan-bertindak-kuil-dakwa-adi…

2. Sedangkan siasatan polis telah secara terang mengatakan bahawa ia disiasat sebagai kes bunuh. Rujuk: http://www.astroawani.com/…/muhammad-adib-tidak-dilanggar-3… dan https://www.bharian.com.my/…/polis-klasifikasikan-kematian-…

3. Atas alasan kononnya terdapat keraguan terhadap punca sebenar kematian arwah Adib — sama ada dibunuh pelampau Hindu atau kemalangan dilanggar kenderaan — maka Tommy Thomas selaku Peguam Negara waktu itu telah menggunakan kuasanya untuk menubuhkan Mahkamah Koroner bagi menjalankan prosiding inkues. Prosiding inkues ini adalah bagi menyiasat punca sebenar kematian arwah Adib. Rujuk: https://www.bharian.com.my/…/inkues-akan-tentukan-punca-kem…

4. Ramai orang pada waktu itu mempersoalkan kenapa perlunya adakan inkues, sedangkan siasatan polis telah secara jelas mengklasifikasikan sebagai kes bunuh, justeru seharusnya para pembunuhnya langsung saja ditangkap dan dituduh di Mahkamah. Ramai yang mengesyaki bahawa keputusan untuk mengadakan inkues adalah sebagai satu helah untuk melewat-lewatkan pembunuh dari ditangkap, dan langkah untuk menukar jalan cerita, daripada Adib dibunuh kepada naratif Adib kemalangan dilanggar.

5. Prosiding inkues berjalan lancar di Mahkamah Koroner, sehingga kepada hari ke 36 inkues, di mana kita dikejutkan bahawa Tommy Thomas telah memberikan arahan agar Peguam Syazlin Mansor (yang mewakili Kementerian KPKT, Jabatan Bomba dan waris arwah Adib), disingkirkan daripada mewakili KPKT dan Bomba. Perkara ini berlaku kerana Syazlin Mansor telah memanggil saksi pakar Prof Dr. Shahrom Abd Wahid, yang memberikan keterangan dan bukti-bukti saintifik bahawa Adib bukannya mati kemalangan dilanggar, tetapi dipukul. Rujuk: https://www.malaysiakini.com/letters/477951

6. Penyingkiran Peguam Syazlin Mansor di tengah-tengah perbicaraan inkues kematian arwah Adib ini telah menyebabkan ramai pihak mempertikaikan integriti Tommy Thomas. Ia menguatkan syak bahawa inkues cuma hendak dijadikan alasan kononnya arwah Adib tidak mati dibunuh. Antara yang membangkitkan bantahan, termasuklah UMNO dan PAS yang pada ketika itu adalah masih dalam kem pembangkang. PAS diwakili Takiyuddin Hassan (sebelum menjadi Menteri Undang-Undang PN) dalam satu sidang media pada 29 Mei 2019 telah menegaskan bahawa “evidence dah cukup” untuk kes bunuh, maka kenapa perlu inkues lagi. Takiyuddin Hassan juga telah mendesak agar Tommy Thomas disingkir dari jawatan Peguam Negara. [Rujuk Video yang dilampirkan] https://www.thestartv.com/v/sack-ag-over-adib-inquest-say-u…

7. Berikutan itu, keluarga arwah Adib telah memfailkan satu permohonan hina Mahkamah terhadap Tommy Thomas, atas dakwaan bahawa Tommy Thomas telah campur tangan dan kacaug-ganggu prosiding inkues. Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/…/Bapa-Adib-fail-permohonan-…

8. Pada 27.08.2019, Hakim Mahkamah Koroner telah membenarkan permohonan keluarga arwah Adib untuk memulakan prosiding hina Mahkamah terhadap Tommy Thomas. Dalam alasan penghakimannya, Hakim tersebut menyatakan bahawa “adalah amat tidak wajar dan menyalahi prinsip perundangan inkues serta subjudis bagi AG untuk mengambil keududukan mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam inkues yang sedang berlangsung... [P]elakuan AG yang sedemikian itu telah ‘scandalaized prosiding inkues tersebut. Inkues berkenaan boleh sahaja ditanggap (perceived) sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses ‘rubber stamping’ sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh AG.” Justeru “atas imbangan kebarangkalian” Hakim telah memutuskan bahawa terdapat bukti prima facie “bahwa AG (iaitu Tommy Thomas) telah melakukan penghinaan terhadap Mahkamah.” Rujuk: https://www.facebook.com/1245669741/posts/10221574382569329/

9. Keputusan tersebut telah diraikan oleh ramai pihak, dan menjadi asas tambahan kepada kedua-dua UMNO dan PAS pada waktu itu sebagai pembangkang untuk menuntut agar Tommy Thomas segera disingkirkan.

10. Tommy Thomas pula telah merayu terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Tinggi, dan setelah rayuannya didengar, Mahkamah Tinggi telah mengakas keputusan Hakim Mahkamah Koroner tersebut. Justeru, dapatan-dapatan Hakim Mahkamah Koroner telah kini diketepikan (set aside). https://www.facebook.com/1245669741/posts/10222910373408265/

11. Keluarga arwah Adib telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner berkenaan dapatan prima facie penghinaan Mahkamah oleh Tommy Thomas. Rayuan ini masih berjalan sehingga kini.

12. Dalam masa sama, ribut politik melanda, dan kerajaan PH tumbang digantikan kerajaan PN. Di dalam kerajaan PN itu terdapat UMNO dan PAS, yang dahulunya ketika masih pembangkang begitu lantang mempertikaikan tindak tanduk Tommy Thomas sebagai menghina Mahkamah. Atas pembentukan kerajaan baharu PN, Peguam Negara baharu juga telah dilantik, iaitu Idrus Harun, di mana ramai pihak termasuk keluarga dan waris arwah Adib mengharapkan akan dapat memberikan sinar baharu keadilan untuk Adib. Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/…/Keluarga-Adib-letak-harapa…

13. Memandangkan Peguam Negara baharu telah dilantik, maka keluarga arwah Adib telah menulis representasi kepada Peguam Negara baharu, melalui peguamnya Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates, bagi mendapatkan pengesahan pendirian Peguam Negara baharu, sama ada masih berdiri teguh di atas tindak tanduk Tommy Thomas sebelum ini (i.e. menyingkir peguam Syazlin Mansor, campur tangan dan mengacau-ganggu proses inkues, yang menjadi asas dakwaan hina Mahkamah terhadap Tommy); ataukah Peguam Negara baharu kini ingin menjarakkan dirinya daripada tindak tanduk Tommy Thomas sebelum ini, memandangkan kerajaan kini diwakili oleh UMNO dan PAS yang begitu kritikal terhadap Tommy Thomas? Rujuk Gambar Kedua Posting ini dan pautan: https://www.bharian.com.my/…/prosiding-komital-bapa-adib-ha…

14. Peguam Negara baharu telah tidak membalas surat representasi keluarga arwah Adib tersebut untuk satu tempoh yang agak lama. Dan apabila akhirnya dibalas, Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahwa ia akan masih mewakili Tommy Thomas dalam rayuan di Mahkamah Rayuan melawan keluarga arwah Adib dalam prosiding komital tersebut. Justeru secara ringkasnya, Peguam Negara baharu di bawah kerajaan PN telah mengambil pendirian untuk menyokong dan berdiri di belakang tindakan Tommy Thomas sebelum ini (walaupun dahulu ketika masih pembangkang mereka mempersoalkan dan kritikal terhadap tingkah laku Tommy). Rujuk Gambar Ketiga Posting ini.

15. Ada yang cuba hendak memberikan justifikasi dan memberikan alasan bahawa kononnya Jabatan Peguam Negara “terpaksa” mengambil pendirian tersebut, bukan untuk mempertahankan Tommy tetapi untuk mempertahankan Jabatan Peguam Negara. Tetapi cubaan memutar belit fakta ini adalah sama sekali tidak berasas, kerana intipati kes hina Mahkamah adalah terhadap Tommy Thomas, dan bukan terhadap Jabatan Peguam Negara. Justeru Jabatan Peguam Negara boleh pada bila-bila masa sahaja menjarakkan dirinya daripada menyokong dan mewakili Tommy, dan pada ketika itu Tommy akan perlu untuk melantik peguam peribadi. Rujuk Gambar Keempat dan Kelima posting ini.

16. Amatlah malang, kerana walaupun setelah berlaku perubahan tampuk pimpinan negara, dan Tommy Thomas disingkirkan serta digantikan dengan Peguam Negara baharu, tetapi ternyata Peguam Negara baharu masih mengekalkan pendirian, keputusan dan tindak tanduk lama Tommy Thomas dahulu. Justeru terserah kepada kita kini, untuk menilai secara adil dan munasabah: adakah mereka yang dahulunya begitu lantang memperjuangkan keadilan untuk arwah Adib, benar-benar memperjuangkannya demi keadilan, ataukah sekadar menunggangnya untuk kepentingan politik, dan setelah mereka dapat apa yang mereka kehendaki, maka kuda tunggangan itu pun mereka tinggalkan?





 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
peguam Zainur Rijal baru ni juga tak bersetuju

43557785_10214218782207137_859174096934535168_n.jpg



Zainul Rijal Abu Bakar
2h ·

Penjelasan Menteri Dalam Negeri mengenai kes Allahyarham Mohd Adib Kasim di Parlimen semalam tidak dapat diterima. Beliau sepatutnya memberi penjelasan tentang dapatan yang dibuat oleh Koroner. Koroner telah menemukan fakta bahawa Allahyarham Mohd Adib meninggal dunia kerana perbuatan jenayah. Hal inilah yang perlu diulas. Nak tuduh orang lain atas kesalahan merusuh bukan isunya.

Membuat satu lagi inquest? Janggal betul kenyataan ini. Ia akan membuka pelbagai ruang lain kalau tak setuju dengan satu inquest buat inquest lagi.... bila nak selesai? Betulkah proses undang-undang dibuat dengan memulakan inquest baharu?



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
Siri : 2231

KENYATAAN & PENJELASAN HAMZAH ZAINUDDIN DI DEWAN RAKYAT BERHUBUNG ISU SIASATAN KEMATIAN ALLAHYARHAM ADIB ADALAH JANGGAL & TIDAK MEMUASKAN PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

Siri : 2231

KENYATAAN & PENJELASAN HAMZAH ZAINUDDIN DI DEWAN RAKYAT BERHUBUNG ISU SIASATAN KEMATIAN ALLAHYARHAM ADIB ADALAH JANGGAL & TIDAK MEMUASKAN PRINSIP KEDAULATAN UNDANG-UNDANG !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada 04.04.2020 MALAYSIAKINI bertajuk "Hamzah: Polis syor inkues baru kematian Adib, dakwa 12 suspek" telah memetik Kenyataan Menteri Dalam Negeri HAMZAH ZAINUDDIN di Dewan Rakyat berkaitan isu siasatan kes kematian Allahyarham ADIB, pasca keputusan MAHKAMAH INKUES bertarikh 27.09.2020 seperti berikut :

"Berdasarkan kertas siasatan pihak polis mengenai kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara, 12 orang suspek telah dituduh bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, kata Hamzah Zainuddin.

Menurut menteri dalam negeri, keputusan itu dibuat berdasarkan pengumpulan bukti-bukti yang ada bagi mengemukakan semula kepada pihak pendakwaan.

“Kertas siasatan telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai baru-baru ini dengan cadangan-cadangan seperti berikut;

“Pertama menuduh 12 orang suspek di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang merusuh dan menyerang jentera bomba.


“Kedua, mengadakan inkues semula untuk siasatan lanjut jika dipersetujui AG di bawah peruntukan Seksyen 339 (2) Kanun Prosedur Jenayah,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi KDN.:
(Link Laporan MALAYSIAKINI 04.08.2020 : https://www.malaysiakini.com/news/537310)

2. Bagi saya bukan sahaja kenyataan penjelasan HAMZAH ZAINUDDIN itu JANGGAL dan ANEH, malah TIIDAK MEMUASKAN prinsip KEDAULATAN UNDANG-UNDANG atas alasan-akasan yang dihuraikan dalam Video yang dirakam dan dimuat naik di bawah.

3. Saya sesungguhnya SYORKAN agar Peguam Negara TS IDRUS HARUN akan dengan serta merta mengeluarkan satu Kenyataan Rasmi yang LENGKAP dan MENYELURUH berhubung isu siasatan kes kematian Allahyarham ADIB ini, memandangkan sudah hampir DUA (2) TAHUN berlalu sejak kematian Allahyarham ADIB pada 17.11.2018, dan sudah hampir SATU (1) TAHUN berlalu sejak Keputusan MAHKAMAH INKUES pada 27.09.2019, namun kesemua pihak yang terbabit samada Kementerian Dalam Negeri, pihak POLIS dan pihak Pejabat Peguam Negara masih belum memuktamadkan isu ini !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

(Sila lihat Siri : 1766, 1768, 1780, 1782, 1788, 1813, 1814, 1818, 1832, 1840, 1916, 1960, 2023, 2075, 2166, 2178, 2183 & 2201) - Allahyarham ADIB/Permohonan Pengkomitan oleh keluarga Allahyarham ADIB vs TOMMY THOMAS





 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,758
Reaction score
10,348
Points
1,896
peguam Lukman Sheriff juga tak bersetuju

11951132_10152925831687820_316804164238166495_n.jpg



Lukman Sheriff
2h ·

Very disappointed and oppose this. This is baffling. What new evidence is there? Since day one, the police has maintained the same position. A finding of fact has then been made and we should respect that finding of fact. I can understand if it’s difficult to find the killer but it’s a separate issue to challenge the finding of facts without new evidence. It was clear that due to the nature of injury the accident is not possible and was ruled out. There was no witness who can identify the perpetrators. That is the role of the police.
Much to be done here.



 

pelitaminyak

Active Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,142
Reaction score
555
Points
81
Pening dah kes ni, dulu masa ph, kpn sama juga masa sekarang, cuma beza peguam negara je,

Satu soalan ....... Kuil tu dah dirobohkan ke belum?
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,521
Reaction score
699
Points
121
Pening dah kes ni, dulu masa ph, kpn sama juga masa sekarang, cuma beza peguam negara je,

Satu soalan ....... Kuil tu dah dirobohkan ke belum?
berani kt msia nk roboh kuil?!!

roboh sejid brani kot
 
Sponsored Post
Top
Log in Register