BTC USD 103,195 Gold USD 3,243.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inilah 5 Sebab SEBENAR Kenapa Susah Nak Cari Jodoh - Walaupun Anda Baik & Mempunyai Personaliti Menarik!

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,623
Joined
Apr 15, 2012
Messages
42,623
Reaction score
4,481
Points
266
Awards
1
PIKAT LELAKI 1.jpg

Inilah 5 Sebab SEBENAR Kenapa Anda Susah Nak Cari Jodoh - Walaupun Anda Seorang Yang Baik & Mempunyai Personaliti Yang Menarik!


Setiap wanita mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga pada usia paling lewat pun 25 tahun.. Ini kerana pada usia ini kehidupan dah stabil serta dah berjaya mencapai impian untuk habiskan belajar, mendapat ijazah dan mendapat kerja..

Tapi malangnya tak semua wanita cukup bertuah untuk realisasikan impian ini.. Malah ada yang masih lagi single dan available walaupun usia hampir mencecah 30 tahun..

Ya, bukannya anda tidak pernah mencuba untuk mencapai impian ini TAPI impian ini sangat sukar untuk dilaksanakan.. Walaupun dah banyak kali mencuba dan bercinta tapi tak juga kesampaian hajat untuk ke jinjang pelamin..

Dengan usia yang semakin bertambah dari hari ke hari, ramai rakan sebaya yang dah kahwin.. Malah adik-adik anda pun juga dah selamat mendirikan rumah tangga.. Tapi anda masih setia dengan status bujang yang masih menunggu lamaran putera impian yang tak pasti wujud atau tidak..

Kadang-kadang pasti terbit perasaan cemburu dan kecewa dalam hati anda bila memikirkan kebahagiaan yang dikecapi oleh orang lain.. Ini kerana..

Nak kata mereka cantik.. Anda lebih cantik dari mereka..
Nak kata mereka baik.. Anda lebih baik dari mereka..
Nak kata mereka rajin.. Anda berkali-kali ganda lebih rajin dari mereka..
Nak kata mereka sopan.. Anda lebih sopan dari mereka seperti wanita melayu terakhir!

Habis tu kenapa orang lain yang biasa-biasa boleh jumpa jodoh dan hidup bahagia sedangkan anda yang LUAR BIASA ini masih bersendiri?

Ini antara 5 sebab SEBENAR mengapa anda masih gagal untuk mencari jodoh walaupun usia anda semakin meningkat..

#1 - Fobia Bercinta Kerana Pengalaman Masa Lalu

Jika anda pernah patah hati atau melihat penceraian ibu bapa, anda pasti akan mengalami fobia untuk bercinta.. Inilah punca anda tidak berminat untuk adakan hubungan serius dengan mana-mana lelaki..


#2 - Rasa Sangat Rendah Diri

Anda mungkin sering bandingkan diri anda dengan orang lain seolah-olah anda tidak secantik, sebaik, sesempurna mereka.. Ini menyebabkan anda berasa sangat malu dan tiada keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain..


#3 - Terlalu Pemalu & Takut Untuk Berkenalan Dengan Lelaki

Malu semenangnya sifat yang terbaik untuk seorang wanita tapi jika anda terlalu pemalu sehingga nak bertegur sapa dengan orang lain pun agak berat, ini membuatkan anda makin sukar dan lambat untuk bertemu jodoh..


#4 - Mempunyai Expectation Yang terlalu Tinggi

Setiap wanita pasti mahu yang terbaik untuk dirinya dan mahukan seorang jodoh yang sempurna seperti hero dalam drama TV walaupun diri sendiri tidaklah sempurna mana.. Ini menyukarkan anda untuk mencari jodoh yang menepati kriteria anda..


#5 - Takut Persaingan Dari Wanita Lain

Persaingan mendapatkan calon jodoh terbaik boleh membuatkan anda jadi tak tentu arah.. Tambah jika pesaing anda lebih cantik dan menarik berbanding anda.. Ini membuatkan anda lebih takut untuk bersaing mendapatkan jodoh..


42% daripada para wanita yang masih belum berkahwin pada hari ini tidak berjumpa jodoh kerana takut untuk mulakan langkah pertama bagi mengenali lelaki yang disukai.. Kebanyakannya takut dianggap perigi mencari timba serta takut tindakan ini hanya akan memalukan diri & keluarga sahaja..

Sebenarnya ia bukanlah satu masalah untuk anda kerana tanpa usaha untuk mengenali lelaki idaman anda, peratus anda akan berjodohan dengannya adalah 0.5%.. Anda hanya mampu mimpikannya pada malam hari dan mengharapkan angin sampaikan hasrat anda kepadanya.. Tapi ternyata ia hanyalah sia-sia..

Jadi jika suatu hari anda nanti bertemu dengan seorang lelaki yang sangat menepati ciri-ciri jodoh idaman anda, apakah tindakan pertama anda untuk mendekatinya:

A - Malu-malu tengok dari jauh sambil harap dia perasan
B - Hantar surat atau utusan untuk lebih mengenalinya
C - Terus bertegur sapa dengannya dengan cara yang paling sopan

Jika jawapan anda masih A.. maknanya sukar untuk anda bertemu jodoh..

Jika jawapan anda B atau C.. Ianya satu permulaan yang bagus untuk anda.. Kerana tanpa usaha sebegini si dia masih tak tahu pun kewujudan anda!

Seterusnya jika anda sudah rapat dengannya dan selesa dengannya, anda pasti mampu menawan hatinya jika anda benar-benar mengetahui 7 titik rahsia kelemahan para lelaki yang mampu membuatkan mereka mula serius jatuh cinta kepada anda dengan sangat mudah..

Rahsia inilah yang telah dibongkarkan dalam ebook yang bertajuk "Hi Hensem!" hasil penulisan motivator terkenal yang telah menulis pelbagai buku berkaitan motivasi dan psikologi, Dr HM Tuah Iskandar..

E-book ini merupakan ebook wajib untuk anda miliki kerana ia membongkarkan sepenuhnya dari A sampai Z cara 'halus' untuk anda menawan hati lelaki dengan lebih berkesan dan terus menghantui hati dan hidup mereka sehingga ke hujung nyawa..

Antara yang bakal anda pelajari dalam ebook ini ialah:

- Persediaan PENTING yang perlu ada sebelum anda mendekati bakal jodoh..
- Ciri-ciri lelaki yang perlu dielakkan dalam mencari cinta sejati..
- Cara MUDAH untuk menguasai psikologi para lelaki..
- 7 titik kelemahan lelaki yang membuatkannya mudah jatuh cinta..
- 3 amalan MUDAH untuk menawan hati lelaki tanpa mereka sedari..
- Petua-petua BERKESAN untuk serlahkan lagi keanggunan anda depan bakal jodoh..
- Cara TERBAIK untuk menguji keserasian anda dan bakal jodoh sebelum ke 'next level'..
- Contoh ayat-ayat memikat yang sopan dan BERKESAN untuk menarik perhatian lelaki..
- DAN banyak lagi ilmu TERBAIK untuk menawan hati lelaki!


Masa terbaik untuk anda mencari jodoh adalah semalam.. Tapi masa yang seterusnya terbaik adalah sekarang.. Inilah masa anda untuk ubah rasa kesunyian menjadi suatu yang lebih membahagiakan bila bertemu jodoh idaman anda..

Sia-sia jika anda miliki paras yang indah tapi tak mampu menawan hati sesiapa.. Dengan ebook "Hi Hensem!" ini, anda tidak perlu lagi pening memikirkan soal bagaimana nak menawan hati bakal putera idaman kerana ebook ini terbukti mampu membantu anda menawan hati mereka dengan cara yang paling "halus" dan sangat berkesan!

Jom pelajari cara TERBAIK untuk mula memikat hati para lelaki idaman dengan lebih mudah dan berkesan !

==> KLIK SINI <==
 
Sponsored Post

Sementara Menanti Jodoh​



Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Memang itulah hakikat satu penantian. Tertekan, tertanya-tanya, terfikir-fikir dan terngigau-ngigau. Kalau menunggu kawan kita untuk sama-sama ke kedai pun suatu yang cukup mencabar, apatah lagi menunggu jodoh yang belum pasti tiba.

Orang yang berada dalam fasa menunggu ini pula banyak peringkat. Ada yang peringkat rendah, iaitu budak-budak muda atau yang masih remaja. Ada yang sederhana iaitu anak muda di bangku Universiti. Ada juga yang peringkat tinggi iaitu yang sudah keluar Universiti, bekerjaya, meningkat usia, digelar ‘anak dara tua’ dan sebagainya. Itu semua merupakan fasa-fasa kehidupan.

Fasa menunggu calon atau jodoh ini pula, boleh jadi cepat dan boleh jadi lambat. Atau tidak kunjung tiba. Bergantung kepada Allah. Bukan kita. Jadi pada kali ini, tulisan ini bukanlah untuk memastikan jodoh anda segera tiba atau ditangguhkan ke satu-satu masa, melainkan sekadar berkongsi kata semangat tentang apa yang boleh anda buat dalam fasa penantian tersebut.

Jom kita semak senarai tentang perkara yang kita boleh lakukan sementara menanti jodoh;

Masa untuk Allah

Mungkin masa ini adalah masa anda dengan Allah. Kadang-kadang perkara ini nampak remeh, tapi sebenarnya banyak berlaku situasi di mana apabila sudah berkahwin, sudah kurang masa yang boleh diluang dengan Allah. Banyak faktor, di samping sudah punya teman di sisi 24 jam sehari, faktor kepenatan dengan tanggungjawab sebagai isteri dan lebih banyak memberi fokus pada suami juga menjadi sebab utama kurangnya masa dengan Allah.

Kalau sebelum kahwin gemar menangis malam-malam dengan Allah, selepas kahwin mungkin sukar. Bukan kerana tiada izin, tapi seringkali berpunca dari ‘lupa diri’. Jadi manfaatkan waktu bujang anda. Sewaktu masih bujang dan keseorangan, tanpa komitmen, eloklah dimanfaatkan masa tersebut dengan Allah seistimewa dan seakrab mungkin.

Membina personaliti diri

Membina personaliti diri bermaksud anda berusaha mengenal diri anda sendiri termasuk dari segi fizikal dan spiritual. Ramai orang yang tidak kenal dengan diri sendiri. Tidak tahu tentang bakat atau potensi diri sendiri. Katakan namanya Siti. Siti kurang cantik dari segi rupanya. Dari luar, Siti nampak pendiam dan murung. Tapi dengan kawan-kawan rapat, Siti cukup ramah dan pandai melawak.

Sebenarnya, itulah diri Siti. Siti ada potensi yang mana potensi itu mampu menonjolkan ‘siapa Siti’ yang sebenarnya. Tetapi mungkin kerana merasakan dirinya tidak cantik, Siti terikutkan dengan perasaan rendah diri. Tiada keyakinan diri. Tiada rasa ‘gah’ membawa imej diri sendiri, bahkan tidak tahu mencorak imej diri sendiri. Jadi, kenali diri anda. Berusaha ke arah membaiki diri dan memaksimakan kemampuan diri anda. Tonjolkan sisi lain diri anda yang anda rasa bakatnya perlu dicungkil.

Fokus pada kerjaya

Apabila jodoh anda belum tiba setelah anda berusaha, mungkin masa ini Allah tangguhkan dulu bagi anda membina kerjaya dan karier anda. Menganggur bukan maknanya tiada kerja atau tidak perlu buat kerja. Tambahan pula hari ini, ramai wanita bekerjaya dan ada karier. Samada di alam nyata mahupun di alam maya, mereka pasti ada karier masing-masing.

Maknanya, mereka ada benda yang sedang dan akan dibuat. Yang ini perlu diberi fokus dalam fasa menanti jodoh. Fikir tentang jodoh boleh, tetapi jangan sampai tiada kerja dan tiada karier. Bahkan sebenarnya, ramai orang tidak tahu bahawa tempoh menanti jodoh itu hakikatnya adalah tempoh yang Allah beri untuk kita bersedia.

Bahagiakan ibu bapa

Ibu bapa merupakan individu yang melahirkan dan membesarkan kita semua. Jadi sebagai anak, apabila anda sudah berkerjaya dan mempunyai kemampuan, maka tiba masanya anda membalas balik jasa-jasa mereka selagi mereka masih hidup. Benar, anda tidak mungkin dapat membalas semua jasa-jasa mereka. Tetapi sebagai anak, anda harus berusaha membahagiakan mereka.

Selagi mereka masih ada, ambillah peluang untuk membantu mereka. Jangan sampai apabila mereka sudah tiada, masa tu baru kita hendak cari mereka. Menyesal kemudian tiada guna. Sementara masih bujang dan keseorangan, taburlah bakti kepada mereka kerana apabila anda berkahwin mungkin tanggungjawab anda bertambah. Jadi masa dengan ibu bapa anda akan sedikit terhad dan berkurangan.

Kesimpulan

Ini hanya beberapa saranan dan cadangan daripada kami tentang apa yang boleh anda perbuat sementara menanti jodoh. Mungkin anda sendiri ada perkara-perkara lain yang anda boleh tambah sebagai perkara yang boleh anda lakukan sementara belum berkahwin. Tidak kisah apa sahaja yang anda lakukan, carilah aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan positif bagi mengisi masa bujang anda. Semoga anda dipermudahkan urusan dan bertemu jodoh!

Jom pelajari cara TERBAIK untuk mula memikat hati para lelaki idaman dengan lebih mudah dan berkesan !

==> KLIK SINI <==
 

Lewat Jodoh Sebab 'Duit'


Realiti perkahwinan sebenar amatlah berbeza berbanding apa yang bermain di fikiran mereka yang masih 'single'. Saya bukan seorang pakar rumah tangga tetapi berasa terpanggil untuk berkongsi beberapa realiti dengan mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan atau yang masih bujang.
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia. Makhluk Allah SWT diciptakan berpasang-pasangan seperti firman-Nya yang bermaksud:
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan semuanya baik daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka mahupun daripada apa-apa yang mereka tidak ketahui." (Surah Yasin, ayat 36)

Konteks ‘duit’ dalam soal perkahwinan

Dalam konsep perkahwinan, duit memainkan peranan yang sangat penting. Malah disebabkan duit juga boleh menyebabkan sesetengah pasangan itu bercerai berai. Exco Kerajaan Negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata berdasarkan statistik Mahkamah Syariah Perak, sebanyak 2578 kes penceraian dilaporkan pada tahun 2016. Punca utama perceraian adalah disebabkan oleh beban kewangan.

Pasangan yang akan mendirikan rumah tangga pasti akan mengimpikan sebuah kebahagiaan dengan pasangan tercinta. Namun disebabkan kemiskinan, ianya akan menghadkan banyak perkara dan mungkin akan menghancurkan sebuah kebahagiaan itu. Segala-galanya akan menjadi terhad.

Malah disebabkan ‘duit’ juga tidak dinafikan ada yang mengimpikan seorang calon isteri dan suami yang berharta. Ianya tidak dilarang sama sekali tetapi sebaik-baik pilihan adalah berlandaskan agama kerana harta akan lenyap pada bila-bila sahaja tanpa kita ketahui.

Rasulullah SAW juga menyeru agar memilih pasangan hidup yang setara dalam agama dan statusnya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menjelaskan bahawa aspek agama menjadi unsur terpenting berbanding aspek yang lain. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW agar seorang lelaki itu memilih wanita yang mengamalkan agama Islam bagi menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Pernikahan bukanlah untuk mengejar keseronokan dan kepuasan sahaja tetapi untuk memburu redha dan pahala Allah. Pendamping yang baik dan solehah bakal membantu seorang lelaki itu mendekatkan diri kepada Allah, bukanlah sebaliknya

Duit dipandang seperti 'raja'

Pada zaman sekarang, semua orang mahukan duit bahkan setiap urusan juga memerlukan duit. Meskipun duit bukan segala-galanya tetapi segalanya memerlukan duit. Malah hanya disebabkan sekeping kertas ada yang bermusuh sesama sendiri. Ada yang senang menjadi susah malah ada yang lapang menjadi sempit.

Ramai pasangan terutama kaum wanita mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang 'gah' sehingga sanggup berhabis berpuluh-puluh ribu demi sebuah kepuasan. Tengok kawan-kawan ada photobooth di hari perkahwinan, mereka pun mahu juga.

Walhal simpanan sendiri pun tidak cukup sampai sanggup ikat perut. Tambahan pula, ada yang hanya memikirkan tentang kos kenduri semata-mata sedangkan kos selepas kenduri adalah jauh lebih besar yang harus diutamakan.

Malangnya, ada pasangan yang belum berkahwin terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka hanya disebabkan duit yang belum mencukupi. Bagi yang sudah bertunang pula, apabila masih tidak berkemampuan dari segi kewangan tempoh pertunangan juga terpaksa dipanjangkan.

Adakah semua ini berpunca dari duit? Jawapannya TIDAK. Nafsu kita yang membuatkan kepingan kertas ini menghantui kehidupan kita.

Kelewatan jodoh disebabkan oleh 'duit'

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". Surah An-Nuur: ayat 32

Anas bin Malik memberitahu, Rasulullah SAW pernah menyuruh pemuda supaya berkahwin apabila mereka mampu dan melarang keras hidup membujang. Baginda menyatakan, sikap mahu membujang bertentangan dengan prinsip Islam.

Namun, berdasarkan statistik, faktor paling utama lewat jodoh adalah berpunca dari masalah kewangan. Tambahan pula, perempuan zaman sekarang masing-masing berlumba-lumba untuk meletakkan wang hantaran yang tinggi dan menganjurkan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang (Harian Metro).

Selain itu, hasil kajian daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati lebih daripada 56 peratus responden lelaki yang berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin. Kaji selidik ini dibuat melalui Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5). Hasil kajian ini boleh dilihat seperti dalam rujukan.

Sebanyak 56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin

Duit dan hantaran

Apabila dikaitkan tentang soal hantaran pula, sudah tentulah lelaki yang menjadi ‘mangsa’ kerana mereka perlu mengumpul duit hantaran yang telah ditetapkan oleh pihak keluarga wanita. Ada yang tidak mampu tetapi dek kerana keinginan untuk mengahwini pilihan hati sangat tinggi sehingga sanggup berhutang dengan pihak bank. Malah ada yang lebih parah lagi apabila melibatkan ‘ah long’.

Namun dalam soal hantaran, ianya perlulah tepat agar tidak terlalu rendah sehingga tidak mencerminkan kasih sayang seorang suami kepada isteri atau tidak terlalu tinggi sehingga menyusahkan pihak pengantin lelaki. Meminjam kata-kata masyhur, ‘permudahkanlah tetapi jangan ambil mudah.’

Kesimpulan

Islam sangat menggalakkan umatnya untuk bersederhana. Berbelanjalah mengikut kemampuan. Justeru ingin saya tegaskan di sini, duit bukan segala-galanya. Jangan disebabkan duit seseorang itu merana.

Jom pelajari cara TERBAIK untuk mula memikat hati para lelaki idaman dengan lebih mudah dan berkesan !

==> KLIK SINI <==
 

Bagaimana Mahu 'Move On' Selepas Putus Cinta?​


Putus cinta merupakan satu pengalaman yang memeritkan bagi orang yang bercinta. Zaman remaja dan alam percintaan memang tidak dapat dipisahkan. Ia seakan suatu perkara ‘wajib’ yang perlu dilalui oleh golongan ini. Walaupun banyak tegahan telah dinyatakan bahawa dalam ajaran Islam, tiada percintaan sebelum pernikahan, namun masih ramai anak muda tidak mengambil peduli akan hal tersebut.

Melainkan jika seseorang itu ingin mengenali hati budi seseorang disertai dengan niat untuk mengahwininya, maka ianya dibolehkan. Sekiranya hubungan keduanya direstui oleh kedua belah keluarga, mereka masih perlu menjaga batas pergaulan agar tidak berlebih-lebihan dan melanggar syariat.

Putus cinta​

“Bagaimana saya ingin meneruskan hidup tanpa dia?”

“Saya dah cuba lupakan dia, tetapi tak berjaya…”


Ini adalah antara persoalan yang biasa kita dengar apabila seseorang putus cinta. Bagaimana kita mahu ubati rasa kecewa itu agar ianya tidak memakan diri? Ini adalah 7 tips untuk ‘Move On’ bagi mereka yang pernah ditinggalkan atau dikecewakan oleh pasangan.

1. Terima kenyataan​

Perkara pertama yang anda mesti buat ialah menerima kenyataan. Ramai orang yang tidak dapat menerima kenyataan apabila mereka sudah putus cinta. Bahkan, berita-berita tentang kejadian bunuh diri dari dalam dan luar negara juga sering kedengaran akibat gagal dalam percintaan. Fikirlah dengan akal yang waras dan jangan sesekali rela mati disebabkan cinta. Bak seperti kata lirik lagu di bawah:

“Tak sanggup ku dibohongi, Ku rela dijemput Ilahi, Kerana dia ku sanggup pergi, Hanya di sana kekal dan abadi” - Aiman Tino

Berusahalah untuk menerima kenyataan bahawa mungkin ada perkara yang lebih baik akan berlaku pada masa depan. Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 216)


2. Penuhi waktu dengan perkara berfaedah​

Inilah waktu yang terbaik untuk anda mencari dan mencipta hobi serta minat baru yang berfaedah agar tidak larut terkenangkan perkara lepas. Sertailah aktiviti dalam komuniti perumahan atau masjid. Contohnya mendengar ceramah motivasi, menghadiri kelas menjahit, memanah atau bersedekah kepada orang miskin.

3. Hindari perkara/ benda yang boleh ingatkan kembali kepada si dia​

Saya rasa ini mungkin merupakan perkara yang paling susah untuk anda lakukan. Namun percayalah, ianya akan menjadi seperti ‘alah bisa tegal biasa’. Lama-kelamaan, pasti segalanya akan berjalan dengan lancar dan anda akan melupakan si dia. Yakinlah bahawa Allah S.W.T. mempunyai perancangan yang lebih baik untuk anda nanti.

4. Berkongsi luahan hati​

Berkongsilah kisah anda dengan ahli keluarga dan sahabat yang boleh dipercayai. Ia mungkin boleh membantu anda melegakan perasaan anda. Jangan pendam perasaan sendirian. Jika anda malu untuk berkongsi kepada ahli keluarga dan kenalan rapat, anda juga boleh berjumpa dengan pakar-pakar kaunseling yang diiktiraf.

Mereka sudah biasa dengan kes-kes sebegini dan tahu macam mana untuk berhadapan dengan anda. Mungkin ada tips dan petua yang bakal dikongsikan nanti. Silakan menangis jika perlu untuk melegakan perasaan, tetapi elakkan bersedih dalam tempoh yang panjang. Paling penting, bantulah diri sendiri untuk keluar dari penderitaan.

5. Elakkan dengar lagu jiwang​

Sebaiknya elakkan mendengar lagu yang sedih, hiba atau sebarang lagu yang mengingatkan diri anda dengan si dia. Mendengar lagu-lagu sebegini akan mengundang perasaan sedih yang meleret-leret menyebabkan anda susah untuk move on daripada si dia.

Gantikan dengan lagu bermotivasi untuk lebih positif atau lebih baik gantikan lagu yang sering kita dengar dengan irama berbentuk selawat Nabi S.A.W. ataupun zikrullah. Ia lebih memberi ketenangan hati kepada anda.

6. Mengembara (Travel)​

Mengembara adalah salah satu cara terbaik membina keyakinan diri dan bermuhasabah terhadap nikmat yang telah kita perolehi. Betapa ramai mereka di luar sana yang bernasib lebih malang, tetapi tetap bersemangat menjalani kehidupan. Berjalan dan perhatikanlah betapa luasnya rahmat Allah S.W.T. pada hamba-Nya.

Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Luqman yang bermaksud:

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal berlayar di laut dengan nikmat kurniaan Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.”

(Surah Luqman: Ayat 31)


7. Mohon kekuatan daripada Allah S.W.T.​

Setelah anda melakukan tips-tips di atas, akhir sekali bertawakal (serah urusan setelah usaha) kepada Allah S.W.T. Mohonlah kepada Allah S.W.T. agar memberikan kesabaran dan kekuatan kepada diri anda untuk melupakan si dia serta meneruskan kehidupan anda. Kesedihan daripada hubungan yang terputus di pertengahan jalan ini hanyalah sementara. Anggaplah ia sebagai suatu proses kehidupan untuk menjadikan diri anda lebih matang dalam segala tindakan, sikap, perilaku, kawalan emosi dan sebagainya.

Justeru itu, bagi mereka yang mengalami hal seumpama ini berdoalah agar dibukakan pintu hati untuk melihat hikmah pada setiap kejadian. Kawallah pemikiran kita untuk berfikir dengan lebih positif terhadap segala perkara yang berlaku ke atas diri.

Jom pelajari cara TERBAIK untuk mula memikat hati para lelaki idaman dengan lebih mudah dan berkesan !

==> KLIK SINI <==
 

HIKMAH DISEBALIK KEGAGALANMU MENIKAH DENGAN SI DIA​



Setiap manusia dituntut agar bersikap reda dengan setiap takdir yang sudah tertulis buat mereka. Reda juga membawa maksud apabila seseorang itu mampu melepaskan sesuatu sama ada yang mereka sukai mahupun sesuatu yang mereka tidak sukai. Namun ‘sesuatu’ untuk dilepaskan itu adalah perkara yang berat untuk dilakukan.

Bersikap reda dalam setiap kegagalan juga merupakan perkara yang dituntut. Kegagalan yang terjadi juga boleh dikaitkan dengan kehidupan seseorang. Malah yang menyedihkan lagi apabila seseorang itu gagal dalam meneruskan hubungan mereka ke arah sebuah perkahwinan.

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap kegagalan itu ada hikmah disebaliknya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui hikmah disebalik kegagalanmu menikah dengan si dia.

1) MUNGKIN DIA BUKAN YANG TERBAIK UNTUKMU​

Mencintai seseorang merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan. Baru kenal sehari dua pun sudah boleh buat seseorang itu jatuh cinta. Namun sejauh mana seseorang itu dapat mengenal hati budi pasangannya kalau sebegitu mudah mereka mengungkapkan rasa cinta?

Tidak dinafikan juga masih ada mereka di luar sana yang bernasib baik. Hanya melalui perkenalan yang singkat itu jugalah jodoh mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin. Namun sebaliknya pula bagi mereka yang tidak bernasib baik.

Apa yang harus anda ingat adalah pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin insan tersebut masih bukan yang terbaik untukmu. Baik buruk seseorang itu hanya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu, selalu yakin bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya.

2) MUNGKIN ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK MENIKAH​

Pernikahan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Syarat nikah bukan hanya berdasarkan cinta semata-mata malah meliputi pelbagai aspek lain. Sejurus bergelar seorang isteri/suami, tanggungjawab dan bebanan juga sudah berubah. Malah makin bertambah pula tanggungjawab yang harus dipikul.

Seorang lelaki harus bersedia dalam memikul tanggungjawab mereka sebagai seorang suami. Manakala seorang perempuan pula harus bersedia dalam memikul tanggungjawab mereka sebagai seorang isteri. Malah bukan itu juga, mereka juga harus persiapkan diri untuk menjadi seorang ibu atau ayah kepada anak-anak mereka nanti.

Justeru, bagaimana persediaan anda dari segi itu? Ada kalanya hubungan itu gagal menuju ke arah sebuah perkahwinan adalah disebabkan tahap persediaan mereka untuk menikah masih belum mencukupi. Persediaan merangkumi aspek fizikal, mental dah rohani. Dari segi persediaan itu mungkin anda belum bersedia, disebabkan itu jugalah perkahwinan itu tidak dapat diteruskan. Allah lebih mengetahui akan persiapan hamba-Nya supaya kelak mereka sendiri yang tidak menyesal dengan keputusan yang diambil.

Sentiasa memperbaiki diri dengan mendalami ilmu tentang rumah tangga sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

3) UJIAN UNTUK KEIMANAN DAN KETAKWAANMU​

“Allah tidak adil”…

“Allah telah mengecewakan saya”….

“Aku kecewa pada Allah”….


Ada segelintir antara kita apabila ditimpa dengan sesuatu dugaan, mereka akan berasa marah, kecewa dan hilang keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Walhal ujian yang diturunkan baru sedikit berbanding orang lain yang lagi besar dugaannya. Melalui ujian yang diturunkan ini jugalah Allah mahu menguji tahap keimanan seseorang terhadap-Nya.

4) MENGAJARMU ERTI KESABARAN DAN KEIKHLASAN​

Sabar dan ikhlas adalah sesuatu yang nampak mudah tetapi sukar untuk diamalkan. Ianya adalah sesuatu yang berkait dengan ‘jiwa’. Dari zaman para nabi lagi Allah mengajarkan cara sabar dan ikhlas kepada nabi-nabiNya dengan pelbagai cara. Ada yang Allah uji dengan harta benda, ada juga yang Allah uji dengan mengirimkan orang-orang zalim kepada mereka. Malah ada yang diuji dengan penyakit dan sebagainya.

Namun bagaimana pula dengan tahap kesabaran apabila seseorang itu diuji dengan putus cinta?

KESIMPULAN​

Apa yang dapat kami simpulkan di sini adalah, jangan sesekali berduka dengan setiap kegagalanmu terutama dalam sebuah hubungan cinta. Hal ini adalah kerana setiap ujian yang menimpa diri anda pasti ada hikmahnya sama ada tersirat mahupun tersurat.

Jom pelajari cara TERBAIK untuk mula memikat hati para lelaki idaman dengan lebih mudah dan berkesan !

==> KLIK SINI <==
 

Kalau Dah Ada Calon, Jangan Tangguh Pernikahan!​


Pernah tak dengar lagu nyanyian kumpulan Sweet Charity yang popular pada zaman 80an dahulu, “Jangan tunggu lama-lama”? Antara liriknya yang bersahaja:

“Jangan fikir lama-lama,

Nanti lama-lama dia diambil orang”


Ungkapan lagu itu sebenarnya memberi satu mesej yang penuh makna. Mesej yang cuba disampaikan dari lagu itu adalah sebagai peringatan kepada para lelaki di luar sana yang sudah mempunyai pasangan untuk tidak melewatkan pernikahan mereka agar kekasihnya itu tidak diambil orang. Meskipun lagu itu sudah berlegar di corong radio kira-kira sejak 20 tahun lalu, masyarakat masih lagi tidak mengambil mesejnya kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Malah Islam sendiri menyeru umatnya untuk mempercepatkan perkahwinan. Ianya bukan bimbang kekasih diambil orang tetapi kerana itu adalah salah satu tuntutan agama. Perkahwinan juga dipercayai dapat menjauhkan manusia dari maksiat. Statistik yang ada juga menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia berkahwin di usia yang semakin lewat. Laporan yang diperolehi dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia menjelaskan rata-rata penduduk memilih untuk berkahwin pada umur lewat 20-an berbanding pada umur awal 20-an pada tahun 1980-an. Apa yang mengejutkan pada tahun 2021, statistik bagi kes perceraian pula yang semakin meningkat.

Punca-Punca Perkahwinan Ditangguhkan​

Seperti soal selidik yang telah dijalankan oleh Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, statistik menunjukkan banyak sebab mengapa perkahwinan ditangguhkan. Malah antara punca-punca yang dinyatakan juga sama sahaja baik di kalangan wanita mahupun lelaki.

Pendidikan​

Salah satu faktor revolusi ini adalah kerana pendidikan. Kalau dibandingkan dengan zaman mak ayah kita, majoriti orang muda kini memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka sehingga ke peringkat universiti. Jadi mereka perlu menunggu sehingga habis belajar. Selepas habis belajar, baru mereka akan fikir soal kahwin. Kebiasaannya, purata umur setiap orang yang habis pengajian tinggi dalam lingkungan umur 23 - 25 tahun.

Sesudah mereka tamat belajar, barulah mereka akan fikir soal pekerjaan dan mereka akan memikirkan soal wang ringgit sebelum menamatkan zaman bujang.

Peluang Pekerjaan​

Seperti yang dinyatakan pada point di atas, rata-rata penduduk memberi alasan untuk membina kerjaya mereka terlebih dahulu sebelum mereka memikirkan soal kahwin. Dengan bekerja, mereka mempunyai sumber pendapatan sendiri yang membolehkan mereka berdikari tanpa perlu bergantung kepada keluarga mahupun pasangan.

Malah ada yang memilih untuk bekerja dahulu bagi mereka menyelesaikan komitmen seperti pinjaman pendidikan dengan agensi-agensi yang terlibat semasa mereka belajar dahulu. Ini adalah kerana selepas berkahwin, komitmen mereka akan semakin bertambah kerana melibatkan komitmen-komitmen lain seperti rumah, kereta dan anak-anak.

Tanggungjawab Terhadap Keluarga​

Ada di antara lelaki dan wanita terutama bagi mereka yang berstatus anak sulung, mereka terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana masih mempunyai tanggungjawab untuk menyara atau membantu keluarga. Lebih-lebih lagi sekiranya kedua ibu bapa mereka sudah tidak mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi. Merekalah yang menjadi tulang belakang keluarga untuk meringankan beban keluarga. Namun apabila adik-beradik mereka telah menamatkan persekolahan, barulah mereka boleh memikirkan tentang perkahwinan.

Harapan Yang Tinggi Tentang Perkahwinan​

Perkahwinan juga akan tertangguh sekiranya individu tersebut, baik lelaki mahupun wanita, mempunyai jangkaan-jangkaan yang terlalu tinggi tentang perkahwinan. Misalnya, seorang wanita mengidamkan sebuah perkahwinan yang gah yang menelan belanja ribuan ringgit. Tambah merisaukan, ramai pasangan masa kini seolah-olah berlumba untuk mengadakan majlis resepsi yang mewah sehingga menjadi ikutan dalam masyarakat terutamanya bagi mereka yang berkemampuan.

Apabila kita terlalu meletakkan jangkaan yang hebat atau high expectation dalam perkahwinan, sudah tentu banyak masa yang diperlukan untuk kita menjayakan konsep seperti yang kita idamkan.

Kewangan​

Dalam satu kajian, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengenal pasti tiga sebab utama seseorang melambatkan perkahwinan dan kekal hidup membujang sehingga hari tua. Antara salah satu faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian tersebut ialah kewangan yang kurang stabil. Ada pasangan yang belum berkahwin terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka hanya disebabkan sumber kewangan yang belum mencukupi.

Ini kerana komitmen sebelum dan selepas berkahwin akan berbeza malah semakin bertambah terutama bagi kaum lelaki. Mereka perlu menyediakan tempat tinggal, makan dan minum kepada isteri dan anak-anak mereka. Bagi yang sudah bertunang pula, apabila masih tidak berkemampuan dari segi kewangan, tempoh pertunangan juga terpaksa dipanjangkan.

Kesan Perkahwinan Yang Ditangguhkan​

Satu daripada kesan atau akibat dari fenomena kahwin lewat ini ialah masalah ketidaksuburan. Berita Harian melaporkan, kira-kira 690,000 orang iaitu 6.4 peratus daripada wanita negara ini mengalami masalah ketidaksuburan dan memerlukan rawatan fertiliti. Kadar kesuburan jumlah Malaysia telah menunjukkan penurunan bagi kelahiran anak daripada 2.1 ke 1.7 anak bagi setiap perempuan berumur 15-49 tahun pada 2019. Ini menunjukkan bahawa purata bilangan bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan sepanjang tempoh kesuburannya tidak mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada angka ini menurut Ketua Pengarah LPPKN dalam laporan tersebut ialah penangguhan umur perkahwinan wanita (hingga 23 tahun) yang menjadi kecenderungan dalam masyarakat negara ini. Pakar sosiologi merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, jumlah bujang senja pada tahun 2020 mungkin lebih tinggi memandangkan trend berkahwin lewat semakin menjadi kebiasaan dan sudah diterima masyarakat berbanding 20 tahun dahulu.

Walau apapun, berkahwin awal ataupun lambat, semuanya bergantung kepada pilihan hidup masing-masing. Tidak perlu menuding jari pada mana-mana pihak sekiranya situasi sebegini berlaku dalam kalangan ahli keluarga mahupun kenalan rapat.

Jom pelajari cara TERBAIK untuk mula memikat hati para lelaki idaman dengan lebih mudah dan berkesan !

==> KLIK SINI <==
 

Pahit Manis Hubungan Jarak Jauh​



Usia yang semakin meningkat dewasa terutama bagi mereka yang mencapai 20-an adalah salah satu fasa yang penuh mencabar. Malah pada ketika ini juga mereka sedang membina hidup dan pada masa yang sama memberi fokus pada cinta. Ianya seperti perkara biasa yang harus dititikberatkan bagi mereka yang sedang melalui fasa ini.

Namun ianya akan lebih mencabar bagi mereka yang memilih untuk bercinta melalui hubungan jarak jauh. Ini mungkin disebabkan oleh faktor tersendiri misalnya sedang menyambung pengajian tinggi ataupun mereka sudah mula bekerja yang menyebabkan faktor jarak menghalang mereka. Hal ini membuatkan masing-masing sudah komited pada gaya hidup sendiri dan sukar untuk bertemu. Ia dianggap sukar bagi sesetengah pihak kerana hubungan ini memerlukan tahap kesetiaan yang tinggi dan kepercayaan sepenuhnya antara satu sama lain.

Faktor usia, kewangan dan kesetiaan sering menjadi cabaran besar dalam menjalinkan perhubungan jarak jauh pada usia muda ini. Tambahan pula, hubungan jarak jauh pada masa kini seolah-olah sudah menjadi seperti sebuah trend untuk anak muda zaman sekarang. Bagi yang tabah untuk mengharunginya mungkin perhubungan boleh sampai ke jenjang pelamin namun jika tidak tabah mengharunginya pasti ia boleh terhenti di tengah jalan.

Artikel kali ini kami akan merungkaikan kemanisan dan juga cabaran bercinta jarak jauh pada usia muda.

Kebaikan​

Jaga batas pergaulan​

Ianya tidak ada salah untuk seseorang itu memulakan hubungan jarak jauh tetapi mestilah selari dengan batas yang telah ditetapkan oleh Islam. Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (iaitu tiada hubungan mahram atau hubungan suami isteri).

Ini kerana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara kedua-duanya hanya kepada keperluan (bukan kebebasan).

Lebih menghargai si dia​

Apabila berjauhan anda akan lebih menghargai pasangan anda terutama ketika berpeluang berhubung melalui telefon apatah lagi bertemu. Apabila anda dan si dia saling menghargai antara satu sama lain, ianya sekaligus akan mendidik diri untuk setia dan percaya antara satu sama lain. Malah perasaan sayang dan rindu juga semakin bercambah membuatkan hubungan kian erat.

Mengenali dirinya​

Percaya atau tidak, apabila jarang bertemu bukan rasa rindu saja yang kian menebal malah anda semakin mengenali peribadi pasangan. Anda boleh melihat bagaimana si dia berkelakuan dan mengenali karakternya apabila berjauhan.

Pupuk sifat sabar​

Berjauhan dapat menanam sifat sabar dalam diri apabila kebanyakan perkara terutama komunikasi bakal menguji kesabaran. Malah sebagai umat Islam juga, kita digalakkan untuk sentiasa bersabar. Kita bukan sahaja dituntut bersabar ketika menghadapi ujian sahaja, bahkan juga dalam memerangi hawa nafsu.

Ada masa untuk diri sendiri​

Bila tidak selalu berjumpa, anda ada masa untuk diri sendiri lantas boleh juga fokus pada perkembangan diri sendiri. Pensyarah Kanan dan Pakar Psikologi Kanak-kanak Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya Dr Noor Aishah Rosli berkata, masih ramai tidak memahami keperluan masa untuk diri sendiri dan mengabaikan rutin itu yang hakikatnya mempunyai implikasi besar terhadap kesejahteraan mental individu.

Belajar jujur dan setia​

Lokasi yang jauh boleh memupuk sifat setia untuk satu jalinan yang sah. Apabila anda memilih untuk menjalin hubungan cinta jarak jauh, ianya bukan tiket untuk anda berlaku curang dengan pasangan. Kejujuran adalah perlu dalam setiap hubungan kerana ia boleh dijadikan pengukur selama manakah hubungan itu mampu bertahan.

Jujur dalam Islam bukan hanya dalam percakapan, tetapi termasuklah apa yang difikirkan dan juga perbuatan. Allah SWT juga telah berfirman di dalam Surah An-Najm yang bermaksud:

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”

(Surah An-Najm: Ayat 4-5)


Cabaran​

Salah faham​

Apabila hanya berkomunikasi melalui teks, ia boleh menimbulkan salah faham dan salah komunikasi yang boleh mengeruhkan hubungan. Sudah jadi adat dalam hubungan, ada kesudahan yang menyedihkan berlaku jika terdapat salah faham. Normal jika kita katakan pasangan yang berjauhan akan selalu 'break' dan kemudian hubungan itu boleh terjalin kembali hanya disebabkan ‘salah faham’.

Selalu rindu​

Berjauhan membuatkan perasaan rindu pada si dia dan hari anda pun boleh jadi tidak ceria. Kajian membuktikan bahawa menanggung rasa rindu mampu memberi impak buruk kepada kesihatan mental seseorang.

Scientific American mendapati berjauhan daripada orang tersayang boleh memicu rasa kebimbangan melampau, kemurungan dan gangguan tidur. Meskipun rasa rindu itu normal, namun sebagai orang Islam, kita masih perlu mengawal perasaan itu. Menerusi ciapan Ustaz Bakhtiar Fitri di Twitter miliknya, minat dan rindu seseorang itu tidak salah kerana ia fitrah manusia. Namun, jangan sampai obses hingga minat dan rindu yang membawa kepada 'zina' hati. Tambah beliau lagi, jika rindu, berdoa agar Allah SWT jaga dan berharap Allah SWT permudahkan urusan perkahwinan. Jangan jadikan rindu sebagai alasan untuk berbual dan berjumpa. Takut berlaku 'zina' hati dan akhirnya membawa kepada 'zina' kemaluan.

Tidak percaya​

Bila berjauhan dan kurang kepercayaan anda akan sering merasa curiga terhadap si dia dan selalu dibelenggu perasaan takut sekiranya si dia akan curang. Kepercayaan dalam sebuah perhubungan sangatlah penting. Disebabkan oleh perhubungan jarak jauh, faktor kepercayaan menjadi perkara utama dalam setiap percintaan. Jika rasa percaya pada pasangan sudah hilang, maka sebuah perhubungan yang dibina akan musnah.

Lagi banyak godaan​

Selalunya orang yang bercinta jarak jauh akan selalu berhadapan dengan lebih banyak dugaan dan godaan persekitaran. Ini kerana anda akan berasa keseorangan setiap kali melihat pasangan lain keluar bersama. Namun itulah yang dikatakan ujian bercinta jarak jauh sekaligus menjadikan anda individu kuat dalam menghadapi apa jua cabaran.

Jom pelajari cara TERBAIK untuk mula memikat hati para lelaki idaman dengan lebih mudah dan berkesan !

==> KLIK SINI <==
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register