BTC USD 37,549.3 Gold USD 1,797.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini Harga Langganan Twitch Untuk Pengguna Malaysia

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Platform penstriman permainan video Twitch, terkenal dengan jumlah pencipta kreatif, penstrimer, serta penonton yang ramai menjadikan ia platform kegemaran ramai. Terkini, Twitch dilaporkan akan memperkenalkan harga langganan tempatan mengikut kos hidup negara tertentu. Ini menimbulkan kemungkinan yang harga langganan akan berubah dan menjadi lebih murah.

Berita baiknya, Malaysia tersenarai dalam senarai negara yang terlibat dengan tawaran harga langganan tersebut. Namun, tawaran ini akan mula di negara Mexico dan Turki terlebih dahulu pada 20 Mei ini sebelum diikuti negara Asia dan lain-lain pada suku ketiga 2021.

Kata Twitch, walaupun harga mungkin diturunkan di beberapa negara, peningkatan bilangan pelanggan akan memberi pendapatan jangka panjang yang lebih baik. Secara asasnya, Twitch membuat pertaruhan pada bilangan pelanggan yang ingin menyertai dan menyokong penstrimer kegemaran mereka.

Seperti yang kita tahu, ramai penonton dan penstrimer di Malaysia lebih dikenali di Facebook Gaming dan YouTube. Adakah mereka akan beralih ke platform Twitch selepas tawaran langganan tempatan ini di perkenal nanti?

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Twitch Kemaskini Harga Langganan Di Malaysia - RM7.99 Sebulan

Twitch, salah satu perkhidmatan penstriman permainan popular di dunia yang dimiliki oleh Amazon, kini telah mengumumkan harga langganan baharu mereka untuk sejumlah negara, termasuk di Malaysia.

Untuk pasaran tempatan, Twitch menawarkan langganan mereka pada harga RM7.99 sebulan – yang mana menawarkan penjimatan besar berbanding sebelum ini pada harga $4.99 yang membawa kepada tukaran sekitar RM20.99.

Melalui langganan Twitch ini, ia menawarkan akses kepada sejumlah emotes yang boleh digunakan pada Twitch, lencana langganan pada profil, dan juga beberapa ciri lain, termasuk sokongan bebas iklan sekiranya ditetapkan oleh sesorang Twitch Partner.

Sumber asal https://aksiz.com/202160346/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register