BTC USD 35,588.5 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini formula PAS tangani kemelut Umno-BERSATU

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,635
Reaction score
2,423
Points
201

Ini formula PAS tangani kemelut Umno-BERSATU​

April 5, 2021
IMG-20210405-WA0030-696x391.jpg

KUALA LUMPUR: PAS dan Umno pernah berbalah dan bertembung selama 60 tahun bukan sahaja dalam pilihan raya, bahkan juga di peringkat kampung, kenduri kendara, hatta di masjid pernah berlaku solat dua imam.

Advertisement

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden berkata, tetapi kini keduanya boleh duduk sekali dan kebanyakan kerajaan negeri pula dipimpin bersama PAS, Umno dan BERSATU.

Demikian itu yakininya, PAS pasti dapat membawa Umno dan BERSATU untuk akhirnya mempertautkan kembali hubungan yang seperti adik-beradik demi kepentingan agama Islam, rakyat dan negara ini.

“Apalah sangat kalau setakat 22 bulan ataupun dua tiga tahun ini? Kami (PAS) sangat optimis dan yakin walaupun (Umno-BERSATU) tak geng, tapi selepas ini akan jadi geng dan boleh berkawan insya-Allah,” ujarnya.

Beliau membicarakan topik “Antara PN dan MN: Mana Satu Pilihan PAS?” pada Sinar Live yang dihoskan oleh wartawan Sinar Harian, Raziatul Hanum A Rajak @ Atan secara atas talian kelmarin dahulu.

“Dalam adik-beradik ini ada masa dia terasa hati, ada masa dia duduk boleh bincang baik balik. Jadi itu biasalah dalam berkawan, kalau sebut tak terasa hati langsung, tak kecewa langsung, mustahil, mesti ada perasaan yang terguris.

“Tapi kita masih lagi menganggap itu adik kita, itu abang kita. Jadi macam mana pun, mak ayah pesan dah hangpa jangan duduk berkelahi adik-beradik. Hangpamesti hidup pakat elok, ha, orang Kedah kata kan.

So, bila jumpa masa mati, masa kenduri kahwin, mesti akan duduk sekali adik-beradik. Nak cari tempat lain tak ada, ini darah daging kita. Jadi walaupun ada perbezaan ada pertelingkahan dari segi sedikit sebanyak perbezaan pendapat, adik-beradik tetap adik-beradik. Air dicincang tak akan putus,” katanya.

Akui beliau, awal dahulu hubungan PAS-Umno itu sememangnya mengejutkan akar umbi masing-masing yang sukar menerima, tetapi dengan penerangan dan kefahaman diberi, kedua pihak komited hingga melahirkan Muafakat Nasional (MN).

Malah perkara tersebut menurutnya, dapat dilihat pada siri-siri PRK yang berlangsung di mana jentera PAS turut bersungguh-sungguh membantu gerak kerja dan memenangkan semua calon Umno dan BN di seluruh negara.

Katanya, jika dahulu PAS dan Umno berkelahi, tetapi apabila keduanya bermuafakat, ia telah turut disambut oleh rakyat tidak berparti sekalipun yang ternyata gembira dan bersama mendukung ikatan tersebut.

So, kalau ini indikator yang diberi oleh rakyat di bawah, ahli akar umbi di bawah juga memberikan signal begini, kenapa kita nak meleraikan perkara yang sudah semakin baik ini?

“Ya di situ PAS menjadi orang tengah, PAS menjadi jambatan. Umno masih bersetuju untuk bersama PAS. BERSATU masih bersetuju untuk bersama PAS. Maka PAS faham dirinya menjadi pihak yang duduk di tengah-tengah, mendamaikan dua sahabat yang sedang berbalah.

“Itu tugas dan peranan PAS sekarang ini. Dan tugas ini tidak mudah dan tidak senang. Ianya melalui ranjau jalan yang berduri, dan PAS perlu melalui jalan tersebut,” tegasnya mengajak melihat bahawa ahli bawahan dan rakyat juga mahu melihat BERSATU bersama dengan PAS dan Umno.

Tambah beliau, kombinasi ketiga-tiga parti itu sedang mengikat di peringkat kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga ke kampung-kampung termasuk dari kumpulan Penggerak Komuniti Negara yang keluar dari PKR.

Oleh itu disimpulkan beliau, model hubungan yang sama sangat sepatutnya boleh diadakan di peringkat Persekutuan dan ketegangan berlaku adalah lumrah, namun dapat dikendurkan untuk semua pihak ini dapat bersama.

Mengulas terdapatnya suara pimpinan parti yang boleh membawa kepada perpisahan itu, beliau mengingatkan betapa suara besar rakyat tidak berparti mahukan ketiga-tiga parti tunjang Melayu-Islam itu bersama.

Bahkan katanya, suara pemimpin sedemikian tidak mampu menutup semua pintu kerjasama yang bukan sahaja di dukung rakyat, tetapi juga dari institusi Melayu-Islam termasuk institusi Raja-raja.

Pun demikian ujarnya, adalah menjadi hak pimpinan parti masing-masing dalam mengemudi parti mereka bagi menarik kepercayaan ahli dan tiada pihak luar berhak mengatakan kelayakan ketua itu memimpin partinya.

“Tak boleh, itu rumah tangga dia. Dia walaupun adik-beradik, tapi dia dah ada suami, dia dah ada isteri. Tak akan senang-senang kita nak kata isteri ini tak sesuai dengan dia. Mana boleh dia dah berumah tangga dah. Jadi dia selesailah hal rumah tangga dia.

“Dan bagi saya yang ada hari ini tidak ada masalah, teruskan, hanya sedikit perbezaan sahaja, tidak banyak pun, tidak besar pun perbezaan ini. Jadi, ketepikan yang sedikit itu, dan sama-sama duduk berbincang, terus insyaAllah kita akan membina Muafakat dan perpaduan. Akhirnya impak kepada rakyat dan juga negara itu sendiri,” katanya.

Kerana itu jelas beliau, PAS dalam situasi ini tetap mengambil pendirian menangani skop yang lebih besar melibatkan penyatuan dan perpaduan ummah hingga mengekang pandemik COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi negara.

Hal tersebut yakininya, bukan sahaja akan menjadi jalan keluar kepada kemelut yang berlaku, malah akan menjadi penilaian rakyat terhadap ‘track record’kemampuan menerajui tampuk pemerintahan kerajaan.

Malah secara khusus, PAS sendiri ujarnya, kekal membawa rekod bersih tanpa ada dakwaan rasuah dan kes mahkamah termasuk pencapaian sebagai Kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah. – HARAKAHDAILY 5/4/2021
 
Sponsored Post

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,274
Reaction score
783
Points
81
pas masih bersama umno, ini fakta
pas masih bersama bersatu, ini fakta

dlm pru 15, umno dan bersatu adalah musuh, itu jelas.. dah dimuktamatkan, kalau rasa pas nak jd musuh umno dalam pru15 rasanya pas tahu apa nak buat.. sgt mudah.. biar rakyat yg tentukan di pru..

hadap pru dgn situasi yg ada ni dulu, lepas pru15 nanti pas fikir la cara mana pun kalau nak umno dan bersatu bersama ye..
 

miehensem

Legendary Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
15,865
Reaction score
1,572
Points
191
pas masih bersama umno, ini fakta
pas masih bersama bersatu, ini fakta

dlm pru 15, umno dan bersatu adalah musuh, itu jelas.. dah dimuktamatkan, kalau rasa pas nak jd musuh umno dalam pru15 rasanya pas tahu apa nak buat.. sgt mudah.. biar rakyat yg tentukan di pru..

hadap pru dgn situasi yg ada ni dulu, lepas pru15 nanti pas fikir la cara mana pun kalau nak umno dan bersatu bersama ye..

pas masih bersama umno ni benar.. tetapi hanya pimpinan MN diperingkat negeri saja.. mcm di selangor
pas masih bersama bersatu ini pun benar.. tapi hanya diperingkat tertinggi kedua2 parti saja.. mcm dalam PN..

so nak hadapi PRU.. perjalanan pas, umno dan bersatu penuh berliku.. aku pun taktau pas nak handle mcmana situasi sekarang ni unless pas kena choosing a side.. tapi dah nampak sekarang pas lebih memihak kepada PN berbanding UMNO.

so next election.. hampir pasti 3 corners fight akan wujud.. so PH akan dpt advantage drpd konflik parti2 melayu isele ni.

dan tahun 2021 ni membuktikan.. tanpa dap pun.. parti melayu isele takkan bersatu ( parti melayu ye.. bukan org melayu.. org melayu ok je secara umum )
 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,274
Reaction score
783
Points
81
pas masih bersama umno ni benar.. tetapi hanya pimpinan MN diperingkat negeri saja.. mcm di selangor
pas masih bersama bersatu ini pun benar.. tapi hanya diperingkat tertinggi kedua2 parti saja.. mcm dalam PN..

so nak hadapi PRU.. perjalanan pas, umno dan bersatu penuh berliku.. aku pun taktau pas nak handle mcmana situasi sekarang ni unless pas kena choosing a side.. tapi dah nampak sekarang pas lebih memihak kepada PN berbanding UMNO.

so next election.. hampir pasti 3 corners fight akan wujud.. so PH akan dpt advantage drpd konflik parti2 melayu isele ni.

dan tahun 2021 ni membuktikan.. tanpa dap pun.. parti melayu isele takkan bersatu ( parti melayu ye.. bukan org melayu.. org melayu ok je secara umum )

pas tak membaca dgn betul prestasi mereka dlm pru14.. sokongan pas terhadap bersatu hanya beri manfaat kpd umno..

pengundi bersatu masa pru14 rata2nya penyokong ph, yg solid cuma bekas2 ahli umno berhaluan mahathir.. mahathir dh kecundang yg tinggal dlm bersatu hanya ahli2 bermuka2 mengejar wang dan kuasa.. bila2 boleh beralih sokongan..

kalau berlaku 3 penjuru, umno vs bersatu/pas vs ph.. biar rakyat yg tentukan pihak mana yg lebih layak.. sebelum propaganda fitnah dan penipuan paling berjaya ph dlm pru14, umno bergerak dan berjaya tanpa pas dan bersatu, jika umno dpt mengembalikan kepercayaan akar umbi parti, tidak mustahil sokongan ahli umno dpt dikembalikan semula dlm pru15,

kalau baca dgn betul BN vs PH, yg berlaku skrg adalah,

umno (BN) VS pas, bersatu, pkr (PH)

jadi pihak mn yg sebenarnya berpecah.. hehe

jkom dah sedar benda ni awal lg, sbb tu skrg tgh gigih berusaha menjalankan tanggungjawab mereka ke atas umno.. kalau umno nak berjaya kuncinya adalah tidak bekerjasama dgn bersatu dlm pru15, selebihnya biar rakyat yg tentukan di peti undi..
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,635
Reaction score
2,423
Points
201
```KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat```

9 RAMADAN 1442H l 21 APRIL 2021

*FOKUS IBADAH, PENYATUAN UMMAH DAN TOLAK PERMUSUHAN.
*

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak seluruh umat Islam untuk menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT atas kesempatan berada di dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak disamping kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan segala yang diperintahkanNya. Justeru, DUPP menyeru seluruh Umat Islam khususnya pejuang kebenaran dan pencinta perpaduan untuk memberikan sepenuh perhatian dalam memanfaatkan kemuliaan bulan ini dengan memperbanyakkan serta mempelbagaikan amal soleh untuk sama-sama merebut ganjaran pahala berganda dari Allah SWT.

2. Walaubagaimanapun, kemunculan pelbagai isu-isu semasa di media sosoial khususnya yang berkait dengan politik tanahair menyebabkan banyak masa dihabiskan untuk melayari serta melayani berita-berita atau kiriman-kiriman terutamanya yang boleh membawa kepada pertelingkahan, permusuhan dan kebencian. Keadaan ini tentu sekali tidak selari dengan kemuliaan dan keberkatan Bulan Ramadhan.

3. Sehubungan itu, DUPP mengambil kesempatan untuk memperingatkan agar kita semua tidak merosakkan atau mengurangkan pahala Ibadah di bulan Ramadhan dengan perlakuan dan tindakan-tindakan yang tidak sepatutnya khususnya kiriman-kiriman atau komen-komen negatif di media-media sosial yang dianggap sebagai remeh oleh sebahagian kita, sedangkan disisi Allah SWT merupakan satu kesalahan besar. Friman Allah SWT:
إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَ تَقُولُونَ بِأَفْواهِكُمْ ما لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَ تَحْسَبُونَهُ هَيِّناً وَ هُوَ عِنْد اللهِ عَظيمٌ

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal Dia pada sisi Allah adalah besar. (Surah An-Nur: 15)

4. DUPP sekali lagi mempertegaskan untuk kita semua sama-sama berperanan ke arah penyatuan dan perpaduan ummah serta menolak sebarang anasir-anasir yang membawa kepada permusuhan dan kebencian di samping tetap istiqamah dengan ketekunan pengabadian kita kepada Allah SWT sebagaimana firman Allah SWT:

رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ ۚ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا

________________________________________
Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)? (Surah Maryam: 65)


Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

*YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH*
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat


Jemput _FOLLOW & LIKE_🎊

*MEDIA SOSIAL DEWAN ULAMAK PAS PUSAT (DUPP)*

🖥️ *Facebook*
📍facebook.com/dewanulamakpas

📸 *Instagram*
📍instagram.com/dewanulamakpaspusat

🦉 *Twitter*
📍 https://twitter.com/UlamakPASPusat
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register