BTC USD 38,733.7 Gold USD 1,800.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini Cara Elak Di Tipu Ketika Beli-Belah Di Shopee

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Pembelian dalam talian masa sekarang sudah menjadi kemestian. Malah, ibu bapa di kampung pun sudah pandai berjual-beli menggunakan telefon pintar. Namun, di internet juga masih mempunyai bahayanya. Ramai individu tidak terlepas daripada mangsa penipuan semasa menggunakan platform e-dagang. Sebelum ini, banyak teknik scam yang dilakukan seperti mencuri maklumat akaun bank, saluran e-dagang yang tidak sah, bayaran balik, iklan pop-up, OTP serta laman web phishing. Oleh itu, ini adalah cara mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer yang tidak bertanggungjawab.


Scam Maklumat Perbankan
Penipuan menggunakan maklumat perbankan sering berlaku. Kebiasaannya, scammer menghantar SMS kepada mangsa dan menyamar sebagai transaksi pengesahan di Shopee. Malah, mereka membuat mangsa fikir bahawa butiran kad debit/kreditnya telah dicuri dan digunakan untuk membuat pembelian barang. Jadi, sentiasa periksa sama ada anda mempunyai kad/akaun dengan bank yang sama dinyatakan dalam SMS.
Shopee-3.jpg

Kalau maklumat itu benar, hubungi pihak bank melalui nombor yang ada pada belakang kad anda secepat mungkin bagi memastikan transaksi itu sedang dilakukan. Ingat, mesej teks dari bank hanya dihantar dengan sistem penghantar SMS dan BUKAN nombor telefon bimbit.

Scam Pembayaran

Scammer menggunakan cara ini dengan menggunakan post yang ditaja dengan tawaran menarik untuk mangsa klik. Buat pengetahuan, mereka mengambil logo Shopee bagi memerangkap mangsa bahawa ia post rasmi dari Shopee. Apabila iklan tersebut ditekan dan pelanggan memasukkan maklumat, secara tidak langsung anda sudah menjadi mangsa phishing. Terdapat juga situasi mangsa ditipu melalui hadiah yang dimenangi dari kempen Shopee. Mesej hadiah tersebut pula dihantar menerusi SMS.
shopee-1.jpg

Berkait dengan SMS, scammer sering menggunakan taktik ini. Apabila mangsa membuat pesanan di Shopee, mangsa secara tiba-tiba menerima "OTP" dari Shopee dan scammer akan berusaha untuk mendapat akses "OTP" tersebut. Selain itu, ada scammer yang menghantar mesej melalui WhatsApp dan menyamar sebagai kakitangan Shopee. Ia bertujuan untuk memaksa mangsa membuat pembayaran di luar aplikasi e-dagang tersebut. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan agar sentiasa menggunakan fungsi "chat" untuk segala komunikasi dan juga transaksi pembelian hanya perlu diselesaikan dalam Shopee sahaja. BUKAN di WhatsApp, mesej atau media sosial.

Scam Akaun Di Curi

Setiap kali kita melayari internet, terutama laman web yang tidak selamat, iklan pop-up akan sentiasa terpapar. Inilah cara scammer meletakkan iklan pop-up Shopee di laman web itu. Sebenarnya itu hanyalah dusta belaka. Sekali anda klik dan mendedahkan maklumat, anda sudah jadi mangsa phishing.
Shopee-pop-up.jpg

Buat pengetahuan, jika maklumat peribadi dan akaun anda sudah dicuri, ia boleh digunakan scammer untuk membuat transaksi tidak sah di mana-mana platform. Oleh itu, waspada dengan pautan daripada laman web tersebut. Hal ini kerana, kempen Shopee atau hadiah percuma (giveaway) hanya akan dibuat melalui saluran rasmi Shopee sahaja.

Scam Guna Parcel

Ini adalah teknik terbaharu dari scammer. Pasti anda pernah melihat sebuah video yang tular di media sosial yang mana mangsa ditipu disebabkan parcel yang dihantar ke rumah. Situasi tersebut lebih kurang sama dengan ini. Scammer akan menghantar SMS kepada mangsa dan mendakwa bahawa terdapat pakej/parcel yang belum dituntut mangsa.
Shopee-parcel.jpg

Katanya kos penghantaran atau cukai pakej/parcel belum dibayar. Jadi, mangsa akan berasa takut dan terus untuk mengikut kehendak scammer dengan membuat perpindahan wang. Oleh itu, anda jangan sesekali mudah untuk membuat pemindahan wang kepada individu yang tidak dikenali. Mengenai parcel pula, status tersebut akan sentiasa dikemaskini di bawah tab "My Purchase" atau nombor penjejakan (tracking number) yang diberi penjual.


Scam Penjual Palsu Center (Bagi Penjual Shopee)
Bukan hanya pembeli, penjual juga boleh menjadi mangsa scammer. Cara ini, scammer menghantar mesej WhatsApp kepada penjual dan memaklumkan yang ada produk terlarang dijual di kedai mangsa. Seperti biasa, mangsa akan diberi pautan tidak sah dan akhirnya maklumat peribadi dan kata laluan telah pun dicuri scammer. Jadi kepada penjual, Shopee hanya akan hubungi anda menggunakan platform rasmi seperti notifikasi dalam aplikasi Shopee atau halaman rasmi Facebook.

Scam Mesej Peribadi

Seperti taktik penipuan lain, apabila individu tidak dikenali menghubungi dan menawarkan sesuatu yang menarik, jangan mudah mempercayainya. Apa yang anda perlu tahu, Shopee akan sentiasa menawarkan baucar percuma kepada semua pelanggannya. Akan tetapi, ia hanya diberi melalui laman web Shopee dan aplikasi Shopee sahaja.
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,089
Reaction score
714
Points
126
- penjual handphone klon. banyak bintang. ram rom besar gedabak spek tipu

- satu lagi jenis barang sama, gambar sama, keterangan sama tapi harga lipat kali ganda. tak tahu robot ke apa.
 

asdf

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2019
Messages
430
Reaction score
75
Points
30
- penjual handphone klon. banyak bintang. ram rom besar gedabak spek tipu

- satu lagi jenis barang sama, gambar sama, keterangan sama tapi harga lipat kali ganda. tak tahu robot ke apa.
harga murah, OEM punya produk. aku dah beli satu, agak ok la tuk anak2 kecik.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
harga murah, OEM punya produk. aku dah beli satu, agak ok la tuk anak2 kecik.

i pun beli smartwatch, berbaloi juga .. kekadang penjual tu huru hara spek product .. dah x mampu beli yang ori, beli la yang OEM, prestasi sama jugak :D
 

asdf

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2019
Messages
430
Reaction score
75
Points
30
i pun beli smartwatch, berbaloi juga .. kekadang penjual tu huru hara spek product .. dah x mampu beli yang ori, beli la yang OEM, prestasi sama jugak :D
untuk acah2 ok la. sekadar memenuhi keperluan ringkas
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register