BTC USD 28,106.3 Gold USD 1,965.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Ini bukan masa nak 'melawak beruk'' - Annuar Musa

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,486
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,486
Reaction score
2,587
Points
251
Awards
1
Annuar Musa (tengah) ditemui media selepas majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia di Felda Bukit Cherakah, Kuala Selangor. - NSTP/FAIZ ANUAR

KUALA SELANGOR: Bekas ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan Barisan Nasional (BN) mesti kekal dengan pendirian menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sesiapa sahaja daripada UMNO yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri selain Ismail Sabri mesti ditolak, selaras keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

"Sekiranya kita cukup kerusi Parlimen untuk menubuhkan kerajaan, maka tiada calon kedua daripada UMNO melainkan hanya Ismail Sabri calon tunggal dikemukakan parti.

"Kita mesti bersatu hati dalam perkara ini dan hanya PAU sahaja boleh mengubah keputusan parti," katanya selepas merasmikan majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia di Felda Bukit Cherakah, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, keputusan PAU itu perlu dihormati, hanya menunggu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong mengenai calon Perdana Menteri.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengingatkan soal memilih calon Perdana Menteri bukan boleh dibuat sewenang-wenangnya.

"Jangan ubah-ubah (calon Perdana Menteri). Ini bukan masa hendak 'melawak beruk' (mempersenda) dan tidak dibuat main-main. Kita akan mendokong keputusan PAU menamakan Ismail Sabri selaku calon Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata, Naib Presiden UMNO yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera itu seorang pemimpin yang boleh menstabil dan menyelesaikan masalah negara dengan baik.

"Kerajaan pada waktu itu (sebelum pembubaran Dewan Rakyat) tidak stabil. Beliau (Ismail Sabri) stabilkan, yang bergaduh beliau damaikan. Malah, beliau juga berjaya membina kedamaian dengan pembangkang," katanya.
 
Sponsored Post

midi2020

Super Active Member
gem
Messages
6,739
Joined
Feb 7, 2012
Messages
6,739
Reaction score
527
Points
121

pemimpin-pemimpin umno yg sokong mail sabri banyak dah kena cantas, nama digugurkan dari senarai calon pru atau dicampak ke kerusi kubu kuat pembangkang
sedangkan kerusi-kerusi selamat diberi kepada kem zahid dan najib
 
Sponsored Post

Top
Log in Register