BTC USD 117,723 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Ini bukan Gunung Fuji tapi 'gunung matcha bertopi salji'

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
21,221
Joined
Dec 6, 2010
Messages
21,221
Reaction score
1,504
Points
201
6102523429942052431_121.jpg

6102523429942052432_121.jpg


Ini bukan Gunung Fuji tapi 'gunung matcha bertopi salji'

Beijing: Sebuah destinasi pelancongan di China menjadi bahan jenaka negara selepas meniru landskap Gunung Fuji dengan mengecat puncak sebuah bukit kecil berwarna putih dan mengenakan bayaran 98 yuan (kira-kira RM57) bagi setiap pengunjung.

Gunung Fuji 'palsu' itu yang dinamakan Universe Fantasy Land, terletak di Hebei, wilayah utara China, kini tular selepas ramai pelancong berkongsi gambar di media sosial China, yang bahkan menggelarnya 'gunung matcha bertopi salji'.

SCMP melaporkan, tapak riadah berkonsepkan ala dongeng, lengkap dengan tasik, rumput menghijau, kuda putih dan pondok kayu itu, kononnya untuk menarik warga Beijing lari daripada tekanan kerja.

Bagaimanapun, ramai pengunjung mendakwa mereka rasa tertipu selepas mendapati 'gunung' itu hanyalah bukit sederhana yang dicat putih di bahagian puncak untuk menyerupai Gunung Fuji versi kartun.

Lebih melucukan, syarikat pemaju Linqigu yang mengendalikan tapak itu turut menjadikan bukit berkenaan sebagai 'gunung berapi', lengkap dengan asap berwarna merah jambu yang meletus setiap hujung minggu.

Selain tiket masuk, pelawat yang mahu berkhemah di situ dikenakan bayaran tambahan 48 yuan (kira-kira RM28), manakala promosi dalam talian menawarkan pakej diskaun 78 yuan (kira-kira RM45).

"Bukit kecil yang dicat putih di puncaknya. Langsung tiada kaitan dengan Gunung Fuji sebenar," kata seorang pelancong kecewa.

"Sekadar contoh bagaimana orang sekarang mudah terpedaya dengan gambar indah di media sosial," sindir netizen lain.

Menambah ironi, Gunung Fuji sebenar boleh dilihat secara percuma dari 22 wilayah di Jepun pada hari cerah, berbanding 'versi palsu' ini yang mengenakan bayaran.

Wilayah Hebei sebelum ini juga pernah mencipta binaan tiruan ikonik dunia yang terkenal termasuk Menara Eiffel, Sphinx Mesir dan Tembok Besar China versi mini.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register