Xploit Machine
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,638
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 43,638
- Reaction score
- 5,300
- Points
- 516
- Awards
- 1
Teknologi semakin hari semakin canggih, dan kita juga memerlukannya untuk menaik taraf kehidupan kita agar menjadi lebih baik. Pelancaran rangkaian 5G dilihat sebagai salah satu inisiatif yang dijangka akan memberi kemudahan kepada kehidupan seharian kita.
Apa Pentingnya 5G Kepada Anda?

Dengan adanya rangkaian 5G, ia membolehkan kita semua untuk mengakses pelbagai perkara dengan lebih pantas. Bayangkan jika sekarang ini kita memerlukan 5 hingga 7 minit untuk memuat turun fail 1GB, mungkin apabila kita menggunakan internet 5G, masa yang diambil hanya sekitar 1 minit sahaja.
Keluasan peranti yang boleh berhubung di antara satu sama lain juga akan menjadi lebih luas dan stabil. Jadi, ia membolehkan peranti anda berhubung dengan lebih banyak peranti lain dalam satu masa yang sama dan ia kekal stabil dengan rangkaian 5G.
Perkara ini juga seterusnya akan membuatkan proses untuk menghantar dan menerima maklumat menjadi lebih laju dan produktiviti juga lebih efisyen. Ini kerana, lebih laju sambungan internet, lebih cepat penghantaran maklumat boleh dilakukan, sekaligus menjimatkan masa, tenaga peranti dan juga tenaga manusia.
Pelan U Mobile 5G Yang Berbaloi Untuk Dilanggan Tanpa Kos Tambahan

Baru-baru ini kebanyakan syarikat telekomunikasi di Malaysia telah melancarkan penawaran rangkaian 5G kepada pengguna-pengguna mereka. Salah satu syarikat telekomunikasi tersebut tentunya adalah U Mobile. U Mobile, yang merupakan salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, hari ini mencatatkan populasi LTE sebanyak 92.7% dan mempunyai 7 juta pelanggan bagi perkhidmatan tekelomunikasi mereka di Malaysia.
Mereka telah mengumumkan bahawa pelanggan mereka boleh menikmati rangkaian 5G tanpa sebarang kos tambahan bagi beberapa pelan mereka. Seperti biasa, pelan telekomunikasi terbahagi kepada dua, iaitu pascabayar dan juga prabayar.
Pelan Pascabayar U Mobile
Bagi pelanggan pelan pascabayar U Postpaid, anda boleh menikmati kelajuan internet 5G ini tanpa sebarang pembahagian kuota data bagi rangkaian 4G dan juga 5G. Umum juga mengetahui bahawa sebelum ini, pelan-pelan U Mobile menyokong rangkaian 4G. Namun, beruntung untuk anda yang sudah melanggan pelan-pelan yang kami bakal senaraikan dibawah kerana anda boleh menikmati rangkaian 5G ini tanpa perlu membeli kuota tambahan atau membayar kos tambahan untuk menggunakannya.
Rangkaian 5G sudah tersedia untuk digunakan bagi mereka yang melanggan pelan U Postpaid 38, U Postpaid 68, U Postpaid 98 dan juga U FamilyShare. Pelan U Postpaid 68 dan juga U Postpaid 98 adalah antara pelan terbaru daripada U Mobile. Tetapi, jika anda ingin merasai pengalaman maksimum menggunakan 5G dengan kuota internet yang banyak, kami syorkan untuk anda melanggan pelan U Postpaid 98. Ini kerana pelan ini menawarkan 1,000GB (1TB) data internet kepada anda pada harga hanya RM98 sahaja setiap bulan.
Bukan sekadar itu, melalui pelan ini juga anda boleh memiliki telefon pintar yang menyokong teknologi 5G menerusi program U PayLater. Melaluinya, anda boleh menikmati kelajuan internet 5G berkuota 1TB dengan menggunakan telefon pintar 5G yang boleh dibayar secara ansuran. Selain itu, jika anda mahu, anda juga boleh berkongsi pelan ini bersama 6 talian keluarga menerusi program U FamilyShare dengan tambahan hanya RM38 bagi setiap talian.
Jadi, dengan melanggan pelan pascabayar yang menyokong rangkaian 5G ini, anda boleh menikmati kelajuan maksimanya asalkan anda berada di lokasi yang menyokong 5G, dan menggunakan telefon pintar 5G. Menurut U Mobile, tiada Dasar Penggunaan Saksama (FUP) dan had kelajuan juga tidak dikenakan bagi anda yang melanggan pelan ini.

Pelan Prabayar U Mobile

Jika anda pengguna prabayar U Mobile pula, anda boleh merasai kelajuan 5G ini jika menggunakan pelan prabayar U25, U35 dan U40. Jika anda ingin dapatkan 5G pada harga yang lebih mampu milik, anda boleh melanggan pelan prabayar U25 dan membuat penebusan Speed Booster untuk menggunakan internet 5G setiap hari selama satu jam secara percuma melalui aplikasi MyUMobile.
Tetapi jika anda ingin melanggan pelan yang berbaloi dengan penawarannya, boleh melanggan pelan U35 dan juga U40. Dibawah pelan ini anda boleh menikmati kelajuan 5G sehingga 6Mbps tanpa sebarang had penggunaan data dan juga panggilan suara. Malah, anda juga boleh menikmati kelajuan internet 4G dan 5G tanpa had pada hujung minggu bermula tengah malam hari Sabtu sehingga 11.59 PM hari Ahad.

Hotspot mudah alih pula boleh digunakan tanpa had jika anda melanggan pelan prabayar U40. Harga dan penawarannya berbaloi juga kerana kebiasaanya kita semua sering sibuk bekerja di hari biasa dan akan sempat melayari internet serta menggunakan data yang banyak ketika hujung minggu. Untuk menggunakan Unlimited 5G Weekends ini, anda boleh membuat penebusan melalui aplikasi MyUMobile.
Kesimpulan
Oleh itu, sekiranya anda ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan rangkaian 5G ini dengan penawaran yang berbaloi, pelan 5G yang ditawarkan oleh U Mobile adalah antara pelan yang anda perlu pertimbangkan. Ini kerana, pelannya tidak memerlukan anda untuk membayar kos tambahan untuk menggunakan rangkaian 5G.
Tetapi, anda tidak dapat merasai pengalaman penggunaan 5G yang maksimum sekiranya tidak dipadankan dengan peranti yang menyokong 5G. Oleh sebab itulah anda perlu melanggan pelan U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 untuk memiliki peranti 5G pada harga diskaun melalui program U SaveMore atau pembayaran secara ansuran menerusi program U PayLater. Bagi pengguna pascabayar pula, anda boleh menebus SpeedBooster untuk menikmati kelajuan 5G selama 30 jam setiap bulan secara percuma atau langgan pelan pascabayar U40 untuk data tanpa had. Jadi, jangan tunggu lagi dan jadilah orang yang terawal untuk menggunakan rangkaian 5G daripada U Mobile.
Sumber asal https://www.u.com.my/bm/personal/5g...dlaunch&utm_content=5gbrandlaunch_bm_na_5gnow