Ini Adalah Kata Laluan Terburuk Yang Biasa Di Gunakan Pada 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,524
Reaction score
3,680
Points
236
Nordpass merupakan salah satu pengurus kata laluan yang digunakan ramai. Terbaru, mereka telah berkongsi data, dan memperlihatkan senarai kata laluan terburuk yang biasa digunakan ramai pada tahun 2020 ini. Seperti kebiasaan, senarai ini diterajui oleh 123456 yang biasa digunakan ramai, dan seterusnya diikuti oleh 123456789. Menariknya, kata laluan ketiga terburuk yang digunakan ramai adalah picture 1, dan diikuti oleh password, 12345678, dan 111111.

Pengguna dinasihatkan untuk mengelak penggunaan kata laluan seumpamanya. Anda juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan kata laluan berdasarkan perkataan dari kamus, dan urutan nombor. Untuk memastikan anda mempunyai kata laluan yang kuat, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan gabungan abjad, nombor dan simbol pada kata laluan. Disamping itu, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan berbeza untuk setiap akaun – atau lebih mudah, menggunakan pengurus kata laluan untuk menguruskannya.

Nordpass-Password-Lemah-950x605.jpg


Sumber asal https://nordpass.com/most-common-passwords-list/
 
Top
Log in Register