BTC USD 26,268.4 Gold USD 1,942.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini 6 Jenis Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
30.03.2023 - Kuala Lumpur, Zakat Fitrah merupakan kewajipan ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan serta telah memenuhi syarat ditetapkan ketika berada di dalam bulan Ramadan. Kadar fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini ditentukan berdasarkan keputusan Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri. Berdasarkan sumber dari laman web Pusat Pengutusan Zakat (PPZ), Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah memutuskan bahawa hukum Zakat Fitrah adalah wajib sekiranya telah memenuhi syarat wajibnya iaitu:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.​
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.​
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya​
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan​
Zakat Fitrah adalah zakat yang terikat dengan tempoh waktu iaitu hanya di bulan Ramadan sahaja. Justeru itu, terdapat hukum dan waktu untuk mengeluarkan zakat berkenaan iaitu:
  • Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.​
  • Waktu Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri.​
  • Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadan.​
  • Waktu Makruh: Selepas solat Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari satu Syawal.​
  • Waktu Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.​
Mereka yang tidak menunaikan kewajipan Zakat Fitrah ini dianggap berdosa di sisi agama Islam.

Platform Online Untuk Boleh Membayar Zakat Fitrah

Kebiasaannya, Zakat Fitrah ini dibayar di masjid, surau atau lokasi tumpuan ramai seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC). Tetapi dengan adanya teknologi pada zaman sekarang, semuanya berada di hujung jari kerana terdapat beberapa platform yang membolehkan kita untuk membayar Zakat Fitrah secara atas talian.

Antaranya:

1. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Aplikasi MAE

platform-bayar-zakat-fitrah-online-2.jpg

Umum sedia maklum, aplikasi MAE menjadi pilihan orang ramai sebagai ‘dompet digital’ bagi memudahkan urusan seharian mereka dan juga mengawal perbelanjaan. Antara ciri lain yang disediakan di dalam aplikasi MAE termasuklah pembayaran Zakat Fitrah. Cara-caranya adalah seperti berikut:
  1. Log masuk ke MAE.​
  2. Klik ‘Pay bills’ pada paparan ‘Quick Actions’.​
  3. Klik ‘Zakat’.​
  4. Pilih Badan Zakat dan jenis zakat.​
  5. Pilih jenis beras anda dan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.​
  6. Masukkan nombor telefon bimbit.​
  7. Semak butiran anda, kemudian lafaz niat yang tertera dan tekan ‘Bayar Sekarang’.​

2. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Aplikasi Boost

platform-bayar-zakat-fitrah-online-3.jpg

Aplikasi Boost juga dikategorikan sebagai ‘dompet digital’ yang membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan lebih mudah termasuklah untuk menunaikan Zakat Fitrah. Tidak kiralah anda pengguna Basic atau Premium, perkhidmatan ini masih boleh digunakan dengan syarat anda mempunyai baki wang yang mencukupinya di dalam aplikasi tersebut sebelum meneruskan pembayaran Zakat Fitrah.

Cara-caranya:
  1. Klik ‘Zakat’ pada laman utama.​
  2. Klik ‘ Add New Zakat Account’ atau ikon pada atas kanan skrin.​
  3. Pilih Badan Zakat.​
  4. Klik simbol + pada bawah kanan kad Badan Zakat.​
  5. Masukkan nombor kad pengenalan diikuti nama penuh dan nombor telefon.​
  6. Pilih jenis beras.​
  7. Masukkan jumlah bayaran zakat.​
  8. Klik ‘Pay Zakat’.​

3. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah - TheNoor

platform-bayar-zakat-fitrah-online-4.jpg

TheNoor adalah sebuah aplikasi yang diwujudkan oleh selebriti terkenal di Malaysia iaitu Neelofa Mohd Noor bertujuan untuk memberi panduan kepada masyarakat beragama Islam dari segi kehidupan Islamik.Aplikasi ini telah bekerjasama dengan beberapa institusi zakat tempatan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah bagi memudahkan urusan orang ramai bagi menunaikan Zakat Fitrah di bulan Ramadan.

4. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Aplikasi Tulus

platform-bayar-zakat-fitrah-online-5.jpg

Tulus merupakan satu aplikasi capaian pantas yang selamat digunakan sepanjang tahun bagi perkhidmatan berteraskan Islam serta patuh syariah. Kemudahan yang wujud menerusi aplikasi Tulus ini diasaskan oleh bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. Aplikasi ini juga dikategorikan sebagai ‘All-In-One’ kerana membolehkan pelbagai pembayaran dalam satu masa seperti zakat, waqaf, infaq dan sedekah. Nak bayar Zakat Fitrah pun boleh!

5. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Aplikasi/ Portal MyEG


platform-bayar-zakat-fitrah-online-6.jpg

Mesti ada yang terfikir, bukan ke MyEG adalah tempat untuk melakukan urusan berkaitan pengangkutan seperti memperbaharui lesen memandu dan membayar roadtax? Untuk pengetahuan anda, MyEG juga menyediakan kemudahan untuk proses pembayaran pelbagai jenis zakat termasuklah zakat pendapatan peribadi, zakat perniagaan (syarikat) dan Zakat Fitrah.

6. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Portal PayHalal

platform-bayar-zakat-fitrah-online-7.jpg

PayHalal yang hanya wujud dalam bentuk laman web memudahkan urusan untuk membayar zakat kerana ia tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Buat masa ini, portal PayHalal membolehkan pengguna membayar Zakat Fitrah di tiga buah negeri termasuklah Kuala Lumpur, Kelantan dan Kedah.

Berita asal - https://www.therakyatpost.com/trpbm...tform-untuk-bayar-zakat-fitrah-secara-online/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
Hanya Terhad Untuk 'Android', Pengguna IOS Belum Boleh Bayar Zakat Guna Fasstap Di PPZ-MAIWP

16.04.2023 - Kuala Lumpur, Pengguna sistem operasi telefon iOS masih belum boleh membayar zakat fitrah menggunakan aplikasi Fasstap yang diperkenalkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada Jumaat. Hal ini demikian kerana kaedah pembayaran tersebut menggunakan sistem Komunikasi Medan Dekat (NFC) yang hanya boleh digunakan oleh pengguna peranti Android. Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, aplikasi bayaran tanpa tunai tersebut masih dalam peringkat ujian rintis dan akan ditambah baik jika penggunaannya lancar dan mendapat sambutan daripada pembayar-pembayar zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Kita akan pantau dalam masa empat hari ini juga ada penambahbaikan kepada sistem. Kalau ia berjaya, kita akan laksanakan sistem tersebut secepat mungkin," katanya selepas Majlis Pelancaran Ujian Rintis Pembayaran Zakat Tap On Phone Menggunakan Fasstap di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Hakim berkata, kaedah pembayaran menggunakan sistem Tap On Phone tersebut bukan sahaja lebih cekap dan cepat, malah pembayar tidak perlu menunggu lama untuk membayar zakat dan mendapat resit secara emel atau sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Katanya, ujian rintis penggunaan sistem berkenaan dilaksanakan di tiga lokasi terpilih, iaitu di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP, Masjid Al-Syakirin di KLCC dan Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

"Jadi kami harap perkhidmatan ini bukan hanya tertumpu semasa ujian rintis selama beberapa hari ini, tapi pada masa akan datang kami boleh gunakan untuk menerima apa jua bentuk pembayaran khususnya zakat harta, fitrah dan wakaf," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan Sektor Kerajaan dan Awam Fass Payment Solutions Sdn. Bhd. (Fasspay), Johan Zep Md Yusof berkata, pembayaran zakat fitrah menggunakan aplikasi Fasstap tersebut hanya mengambil masa sehingga dua saat untuk setiap transaksi pembayaran. Beliau berkata, amil-amil akan memuat naik aplikasi Fasstap dalam peranti mereka yang boleh menggantikan terminal kad supaya pembayar zakat hanya perlu sentuh telefon pintar mereka pada peranti tersebut untuk buat pembayaran.

"Dengan kaedah pembayaran tanpa tunai ini, wang yang dikutip oleh amil juga dapat dikurangkan jadi kita boleh kurangkan masalah berkaitan keselamatan mereka mengendalikan wang zakat. Jadi wang yang dikutip menggunakan sistem Fasstap ini akan terus masuk ke akaun PPZ-MAIWP, manakala pembayar zakat akan mendapat resit yang menunjukkan nama amil dan PPZ-MAIWP," katanya.​

1681649826565.png
 

notepad

Legendary Member
gem
Messages
12,017
Joined
Sep 17, 2011
Messages
12,017
Reaction score
1,380
Points
206
tempat tumpuan ramai seperti bazar ramadan, stesen bas, pusat membeli dan membelah ada dibuka kounter amil zakat untuk kemudahan orang ramai.

tapi lebih disyorkan bayar dengan amil bertauliah di tempat korang ringgal. biasanya tok imam la. nanti korang mati tok imam ini juga yg menguruskan mayat korang
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
Nak Bayar Zakat ‘Atas Langit’? Boleh!

Penumpang yang ingin membuat bayaran boleh mendapatkan bantuan anak kapal yang bertugas. Mereka perlu mengisi borang yang akan dikumpul bersama bayaran zakat sebelum tiba ke destinasi masing-masing. Umum sedia maklum bahawa Zakat Fitrah dalam segi istilah adalah sedekah yang wajib untuk dikeluarkan selepas berbuka puasa untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah ini bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun yang diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan bagi mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata serta perbuatan yang tak berguna. Tujuan mengeluarkan Zakat Fitrah juga adalah untuk memberikan makanan buat golongan miskin serta mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal, kelak.


Nak Bayar Zakat ‘Atas Langit’, Boleh Ke?

Jawapannya, boleh.

Untuk pengetahuan anda, Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (IKHLAS), platform gaya hidup patuh syariah Capital A melancarkan Zakat di Langit bagi memudahkan umat Islam membayar zakat termasuk zakat fitrah dalam penerbangan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Penumpang AirAsia boleh membuat bayaran zakat fitrah secara tunai kepada anak-anak kapal yang mewakili IKHLAS dengan pilihan untuk disalurkan kepada:
  • Pusat Pungutan Zakat.
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
  • Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK).
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
IKHLAS diberi amanah oleh badan-badan zakat tersebut sebagai rakan usahasama untuk membantu meningkatkan jumlah kutipan zakat mereka demi kebaikan ummah. Sebagai ejen kutipan zakat berlesen, kami diberi kebenaran untuk mengutip semua jenis zakat menerusi semua platform IKHLAS termasuk aplikasi mudah alih, laman web dan alternatif lain termasuk kaedah terbaru yang kami lancarkan dengan usahasama AirAsia iaitu Zakat di Langit. - Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin.

Inisiatif Terbaharu Oleh IKHLAS

Zakat di Langit merupakan inisiatif terbaru IKHLAS bagi memudahkan penumpang Islam membuat bayaran zakat dalam penerbangan AirAsia. IKHLAS merupakan ejen yang diiktiraf dan diberi lesen oleh pelbagai institusi zakat negeri untuk mengutip semua kategori bayaran zakat. Di bawah inisiatif tersebut, IKHLAS bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan AirAsia untuk membantu umat Islam membayar zakat dalam penerbangan. Penumpang yang ingin membuat bayaran boleh mendapatkan bantuan anak kapal bertugas. Mereka perlu mengisi borang yang akan dikumpul bersama bayaran zakat sebelum tiba ke destinasi masing-masing.

IKHLAS Zakat menyediakan khidmat dalam dan luar talian untuk memudahkan proses pembayaran zakat fitrah (negeri terpilih sahaja), zakat pendapatan, harta, perniagaan, wang simpanan, saham, KWSP/LTAT, emas dan perak juga qadha zakat. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata zakat ialah rukun Islam ketiga yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. Allah SWT menggandingkan kewajipan mendirikan solat dengan berzakat dalam puluhan ayat al-Quran seperti ayat 43 surah al-Baqarah. Ini menunjukkan bahawa zakat itu merupakan satu kewajipan yang tidak terpisah daripada kewajipan utama iaitu mendirikan solat.
PPZ-MAIWP sangat mengalu-alukan usahasama bersama ejen kutipan zakat seperti IKHLAS dalam membantu meningkatkan kutipan zakat. Kami percaya platform IKHLAS mempunyai pengguna dan tarikan tersendiri untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat. Kami juga perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dengan mempelbagaikan saluran bayaran zakat. - Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Jumlah Kutipan Zakat

Sehingga kini IKHLAS berjaya mengumpul kutipan zakat lebih RM5.2 juta sejak mula memperkenalkan perkhidmatan itu pada 2020. Khusus untuk para pembayar zakat, IKHLAS menawarkan mata ganjaran airasia bagi setiap transaksi juga peluang memenangi pakej IKHLAS Umrah.
TRP-1-7.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
Cara Bayar Zakat Secara 'Online' Melalui MAE

bayar-zakat-online-2023-mae-2.jpg

Cara bayar zakat melalui MAE

  1. Buka MAE.
  2. Tekan Maybank2U.
  3. Pilih mana-mana akaun.
  4. Pilih Pay Bills. Masukkan kata laluan.
  5. Pilih Zakat.
  6. Pilih badan zakat dan pilih jenis zakat iaitu zakat fitrah. Tekan Continue.
  7. Pilih jenis beras, masukkan jumlah tanggungan anda, dan untuk siapa anda bayarkan. Tekan Continue.
  8. Masukkan nombor telefon.
  9. Pilih akaun, lafaz dan tekan Pay Now.
  10. Tekan Approve.
bayar-zakat-mae-2023-1.jpg


bayar-zakat-mae-2023-2.jpg


bayar-zakat-2023-mae-7.jpg


bayar-zakat-2023-mae-6.png


bayar-zakat-2023-mae-5.png


bayar-zakat-2023-mae-1.png


bayar-zakat-2023-mae-4.jpg


bayar-zakat-2023-mae-3.jpg


bayar-zakat-2023-mae-2.jpg

Selesai.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,642
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,642
Reaction score
5,301
Points
516
Awards
1
PPZ-MAIWP Kini Menawarkan Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Secara NFC

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
bekerjasama dengan Fass Payment Solution Sdn Bhd untuk menyediakan satu lagi solusi mudah bagi pembayaran zakat fitrah. Melalui kerjasama tersebut, PPZ-MAIWP kini menawarkan kemudahan pembayaran zakat secara NFC menerusi sistem Fasstap. Ini sekaligus menjadikan PPZ-MAIWP sebagai pusat pungutan zakat yang pertama menyediakan kaedah pembayaran sedemikian. Pembayaran boleh dibuat dengan mengunjungi tiga lokasi terpilih iaitu ibu pejabat PPZ-MAIP, Masjid Al-Syakirin KLCC dan Jalan Masjid India. Kemudian para Amil sah yang dilantik akan menguruskan proses selanjutnya dengan membenarkan anda membuat pembayaran menggunakan kad debit.

Dengan ini, pembayaran zakat menjadi lebih mudah dan selamat. Dalam masa sama turut menggalakkan orang awam untuk membudakan pembayaran secara nirtunai. Sebagai pilihan, kami juga pernah menerbitkan satu artikel mengenai senarai platform pembayaran zakat fitrah secara atas talian untuk rujukan semua.
1681803897471.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register