akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 55,691
Top Poster #1
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 55,691
- Reaction score
- 6,554
- Points
- 881
- Awards
- 1
Ingin mendalami budaya masyarakat Melayu, pelajar China pilih lanjut pengajian di USIM
Ying Qi, 18, antara pelajar antarabangsa dari China yang mendaftar di program Tamhidi USIM Nilai, semalam. - Foto ihsan USIM
NILAI: Berhasrat untuk meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu selain ingin memahami budaya masyarakat Melayu mendorong seorang pelajar dari Hebei di utara China, Zhao Ying Qi, 18, memilih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai destinasi pengajiannya.
Ying Qi, antara 1,200 pelajar yang mendaftarkan diri bagi mengikuti program Tamhidi USIM di sini, semalam.
Dia yang mesra dipanggil Hikma, berkata selain ingin menguasai dengan baik Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu, dia juga mahu membina persahabatan baharu dan mendalami pemahaman mengenai
pengajian Islam di USIM.
"Malaysia bukan asing bagi saya kerana pernah mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di Sekolah Islam Antarabangsa Gombak, Selangor selama sembilan tahun.
"Sepanjang tempoh itu, saya berjaya memperoleh sijil IGCSE dan menghafal enam juzuk al-Quran. Saya ingin meletakkan asas yang kukuh dalam akademik dan pengajian agama.
"Di USIM, saya akan mengikuti kursus Tahmidi dalam Teknologi Sains dan berharap menjadi seorang arkitek suatu hari nanti," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, reputasi USIM dalam menawarkan program pengajian sains yang cemerlang dalam persekitaran Islam menarik minatnya.
"Rakan memperkenalkan universiti ini kepada saya dan selepas melakukan kajian dengan teliti, saya mendapati ia sesuai dengan kehendak.
"Malaysia menawarkan persekitaran Islam yang lebih baik, berbanding belajar di China," katanya menekankan kepentingan suasana yang menyokong nilai yang baik untuk perkembangan peribadi dan akademiknya.
Ying Qi, berharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar antarabangsa lain untuk pertimbangan belajar di luar negara, terutama di Malaysia dalam persekitaran yang bukan sahaja menawarkan kecemerlangan akademik tetapi juga memupuk perkembangan peribadi dan rohani.