BTC USD 38,064.0 Gold USD 1,830.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ingin Berkahwin ? Pastikan anda dan bakal pasangan anda bukan pembawa Talasemia..

Sponsored Post

chiro

Active+ Member
Messages
3,515
Joined
Oct 9, 2008
Messages
3,515
Reaction score
30
Points
30
off topic.. kalau ada resdung anak berjangkit x
 

zamreda

CG Top Poster Club
gem
Messages
31,388
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
adakah ujian ini akan diwajibkan xlama lg? ... kes terpencil yg akan menyusahkan pasangan ... byk lg penyakit berjgkit ... aku berani cakap, xlama lg akan ada pulak cadangan supaya jalani ujian bla3 untuk generasi anda ... lepas tuh, ada lg ujian lain , dan ada lagi ujian lain ...

menyusahkan pasangan apa lak...kebarangkalian jika dua2 ade gen tersebut menjadi aktif pada anak2 adalh 1 dlm 1000..mungkin 50 ya 50 tidak....

klau anak tu albino ok lagi..klau penyakit berkaitan darah nie..sggp gie hospital setiap minggu?:-?:-?
 

Abu nawas

Legendary Member
gem
Messages
11,237
Joined
Mar 17, 2007
Messages
11,237
Reaction score
309
Points
131
menyusahkan pasangan apa lak...kebarangkalian jika dua2 ade gen tersebut menjadi aktif pada anak2 adalh 1 dlm 1000..mungkin 50 ya 50 tidak....

klau anak tu albino ok lagi..klau penyakit berkaitan darah nie..sggp gie hospital setiap minggu?:-?:-?

aku setuju...ini ialah cara utk kita mengelakkan daripada sesuatu yg tidak diingin berlaku..
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,430
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,430
Reaction score
22,256
Points
1,831
Awards
1
Putus kasih gara-gara talasemia

Jakarta: Akibat menjadi pembawa gen talasemia, dua sejoli di Indonesia terpaksa memutuskan ikatan cinta mereka.

Pengorbanan itu dilakukan Szasza Gusmantara, 21, dan kekasihnya, Reynatha Gunawan, 22, dari barat Jakarta demi memikirkan masa depan keturunan mereka.

Menurut wanita itu, dia disahkan menghidap talasemia minor ketika remaja lagi.

Katanya, walaupun penyakit itu tidak menimbulkan kesan sampingan sakit hingga membolehkannya melakukan rutin harian, namun doktor berpesan jangan memilih pasangan mempunyai penyakit sama.

"Segala-galanya bermula apabila ibu bapa saya meminta teman lelaki membuat ujian pengesanan talasemia memandangkan hubungan kami semakin serius.

"Namun, kekasih saya tidak mengendahkan permintaan itu kerana menganggap ia bukanperkara penting apatah lagi kos membuat ujian darah sangat mahal kira-kira 1.5 juta rupiah (RM437).

"Saya memintanya membuat ujian hematologi sebagai iktiar lain selepas mengetahui keluarganya juga mempunyai sejarah penyakit itu," katanya dihubungi Tribunnews.com, semalam.

Menurut Szasza, keputusan ujian itu menunjukkan ada tanda talasemia dalam darah kekasihnya.

"Perkara itu membuatkan kami tidak tenang dan kerap bertengkar memikirkan kesan buruk iaitu putus hubungan.

"Akhirnya, 23 Ogos lalu kami akur dengan takdir kerana kekasih saya juga disahkan pembawa talasemia, selepas dipujuk menjalani ujian pemeriksaan penyakit itu," katanya.

Katanya, walaupun berat hati, dia memutuskan mengakhiri ikatan cinta sejak tiga tahun lalu demi memikirkan masa depan anak mereka kelak.

"Kekasih saya enggan putus kerana beranggapan masih ada jalan lain tetapi saya tidak mahu ada masalah lebih besar di kemudian hari nanti.

"Pendirian saya itu dihormati kekasih yang turut sepakat mengakhiri hubungan kami," katanya.

Katanya, sebelum membawa haluan masing-masing mereka sempat merakamkan detik terakhir sebagai pasangan kekasih untuk kenangan.

Video dikongsi menerusi akaun TikTok, @szasaccount itu ditonton lebih 3.7 juta serta meruntun hati warganet dengan pengorbanan cinta mereka.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,921
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,921
Reaction score
2,730
Points
261
Awards
1
Bukan cek time nak kawin.. sebelum couple kene cek dulu awal2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register