BTC USD 40,335.4 Gold USD 1,801.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Ingatkan memang Mubarak Majid, saya bagilah RM1,000' - Bell Ngasri

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,698
Reaction score
2,603
Points
201

'Ingatkan memang Mubarak Majid, saya bagilah RM1,000' - Bell Ngasri​

Bell Ngasri
Bell Ngasri
Kuala Lumpur: Pelakon Bell Ngasri, 41, kerugian RM1,000 selepas menjadi mangsa penipuan 'scammer' yang menyamar sebagai pelakon Mubarak Majid yang kononnya mahu meminjam wang sebanyak itu.

Bell ketika dihubungi berkata, dia menganggap apa yang berlaku kepadanya itu sebagai pengajaran.

"Saya memang ingat mesej WhatsApp itu daripada Mubarak. Saya memang tak berfikir panjang kerana memang ingat dia perlukan bantuan.

"Lagipun saya dah kenal dengan 'uncle' Mubarak sejak kecil lagi dan mana mungkin saya syak apa-apa. Dia juga sudah lama berlakon, jadi apa salahnya saya membantu ketika dia dalam kesusahan.

"Malangnya itu bukan dia, tapi penipu yang menyamar sebagai Mubarak. Saya anggap wang yang sudah dimasukkan itu sebagai sumbangan sajalah," katanya kepada Harian Metro.

Bell yang popular dengan watak Barkoba dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dan Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa berkata, dia juga enggan marah-marah dan tertekan kerana sedar pada ketika pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini, banyak orang terjejas dan sanggup melakukan penipuan.

"Nak kata apa lagi, melainkan saya lebih berhati-hati selepas ini. Situasi yang saya tak duga dan sudah berlaku ini memberi pengajaran besar. Apatah lagi, ini kali pertama saya kena 'scam'.

"Mujur juga saya hanya masukkan RM1,000 walaupun orang itu terus mendesak supaya dimasukkan duit lagi. Tapi, kasihan juga pada seorang rakan pelakon kerana kena tipu sebanyak RM1,700 oleh individu yang sama," katanya.

Menurut Bell, dia mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati terhadap sesiapa saja yang mengirim mesej di telefon meminta bantuan.

Katanya, selidik dulu untuk kepastian supaya tidak menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

Selain Bell, beberapa rakan artis turut menerima mesej sama daripada 'scammer' terbabit yang menggodam aplikasi WhatsApp di telefon milik Mubarak sejak semalam.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register