BTC USD 57,118.6 Gold USD 1,786.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ingat lagi anda kepada kisah Natrah?

Abg_Aridz

Banned
Messages
217
Joined
Nov 18, 2009
Messages
217
Reaction score
6
Points
15
http://www.youtube.com/watch?v=ZI8fxB7LRbc

Saya baru sahaja menghabiskan pembacaan buku Natrah. Ianya mengimbau kembali detik penting ketika 50-an, pengalaman penulis menjejaki Natrah di US dan juga mengenai kepulangan Natrah ke kampungnya di Kemaman, Terengganu pada 1998 yang tidak diketahui media dan umum.

Saya terdedah dengan kisahnya kerana arwah bapa saya dahulu gemar membaca Dewan Masyarakat. Kisah ini juga adalah satu nostalgia kepada saya kerana saya banyak bertanyakan mengenai kisah Natrah kepadanya.

Dengan Internet, saya berjaya menghubungi dan mengucap tahniah kepada penulis dan beliau memberikan reply email kepada saya. Begitulah bagusnya zaman serba canggih berinternet ini.

Dapatkan buku beliau, Datin Fatini Yaacob

978-983-52-0729-7.jpg



natrah.jpg


Natrah dengan ibu angkatnya , Che Aminah.


Natrah+di+Singapura.jpg


Natrah, sudah menjadi wanita Melayu.. tinggal bersama Che Aminah semenjak umur 5 tahun. Akhbar barat mengatakan Che Aminah adalah seorang Pembantu rumah namun, arwah sebenarnya seorang peniaga yang dihormati oleh Jepun pada ketika menetap di Indonesia.


ne_02.1.jpg


Natrah kembali ke Kemaman, menziarahi kakak angkatnya pada hari raya 1999, Kamariah (Seorang lagi anak angkat Che Aminah berbangsa Jepun). Kepulangannya di rahsiakan daripada wartawan dan pihak berkuasa kerana Natrah takutkan kekecohan dan pembunuhan terhadapnya. Inilah kepulangan pertama dan terakhir Natrah.

Email saya kepada penulis buku:

Salam Saudari,

Saya baru sahaja go through buku Saudari mengenai kisah Natrah. Sebenarnya, saya baru berusia awal 30-an. Namun, Kisah Natrah ini amat menjadi nostalgia kepada saya kerana kisah ini banyak saya rujuk dengan Arwah bapa saya. Arwah pembeli setia Dewan Masyarakat. Daripada situ, saya mengekori kisah Natrah yang menyayat hati dan melihat bagaimana maruah orang Melayu Islam dipermainkan. Saya amat risau dengan situasi sekarang apabila orang Melayu kurang mengambil peduli dan sangat terbukaan tak kiralah mengenai 1Malaysia, Keadilan atau Malaysian Malaysia. Saya berharap buku saudari ini berjaya memartabatkan dan mengembalikan semangat Melayu Islam. Tahniah buat Saudari di atas penerbitan buku tersebut. Dua kali air mata saya bergenang walaupun hanya membaca beberapa mukasurat buku tersebut. Mengenai Natrah, bagi saya, arwah Natrah telah ditakut2kan agar tidak kembali ke Singapura / Kemaman atau Islam. Anggapan ahli keluarga yang terkorban di dalam rusuhan akan membalas dendam kepada arwah sengaja diada2kan.


Aridz



Balasan email dari penulis buku

salam Aridz,

terima kasih membeli dan membaca Natrah.

ada 2 mesej di dlam buku itu - mesej untuk peribadi dan mesej untuk bangsa Melayu mesej peribadi termasuk kupasan tentang Natrah dan orang-orang yang senasib dgn Natrahyang wujud di mana-mana sahaja.

mesej untuk bangsa adalah semangat membela Islam yang patut dibangkitkan kembali ia perlu ada walau di zaman manapun
semoga generasi aridz memahami dan menurunkan semua ini kepada keturunan aridz demi kelansungan semangat membela Islam

salam

FATINI YAACOB
 
Last edited:
Sponsored Post

MohdMazuki

Freshie
Messages
40
Joined
Dec 20, 2009
Messages
40
Reaction score
0
Points
6
ini lah undang yg ada di negara kita tak ada undang2 khas murtad akibatnya mudah lah memperkotak katikan agama kita
 

Abg_Aridz

Banned
Messages
217
Joined
Nov 18, 2009
Messages
217
Reaction score
6
Points
15
natrah-aminah.jpg


Terbaca tulisan daripada sebuah blog....

Sebaik mengetahui berita kematiannya, Rabu lalau saya melayari internret mencari kisah-kisah mengenai Natrah. Membaca semula kronologi apa yang berlaku terhadap diri Natrah. Ringkasnya, Natrah seorang gadis berbangsa Belanda yang menjadi polimek dan rebutan dua agama dan dua budaya. Agama Islam dan Kristian dan budaya Melayu dan Belanda. Secara tidak langsung Natrah juga menjadi penguji kepada sejauh mana keimanan umat Islam negara ini.

Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.

Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.

Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.

Natrah dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang dan hormat. Untuk menjamin dan menjaga keselamatan Natrah Che Aminah mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi seorang guru ketika Natrah berusia 13 tahun dan Mansor 22 tahun. Perkahwinan ini adalah perkahwinan gantung kerana Natrah masih gadis sunti. Ia berlaku selepas keluaraga Natrah cuba menuntut Natrah dan sebagai ikhtiar Che Aminah menyelamatkan pertiwi jiwanya itu.

Kehidupan aman bahagia yang dilalui Nartrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus sekembali ke Belanda mencari anaknya dan menuntut semula agar ia dikembalikan kepadanya. Di sinilah Natrah mula menjadi isu, polemik dan juga akhirnya mencetuskan tragedi berdarah.

Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor.

Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termausk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus.

Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam.
Keputusan mahkamah ini meninggalkan rasa pedih dan satu tamparan kepada umat Islam. Bagi Che Aminah dan keluarganya usahlah diceritakan lagi. Anak yang selalu didodai dan dijaga bagaikan meruntun kelopak yang sedang berkembang mewangi, kehilangan Natrah seolah segala kehidupan Che Aminah dan juga Mansor bagaikan terpadamnya mentari dan bulan.

Mungkin keputusan mahkamah yang memberi hak kepada keluarganya menjaga Natrah tidak menimbulkan kemarahan. Tetapi apabila mahkamah juga memutuskan Nartrah dijadikan Khatolik (kembali ke agama asal orang tuanya) inilah yang menimbulkan kemarahan dan menderaukan darah.

Kemurtadan inilah menyebabkan berlakunya rusuhan. Umat Islam tidak boleh menerima kejadian ini kerana ia mencabar seluruh kehidupan mereka. Keputusan itu seolah menginjak-injak kesucian agama mereka.

Rusuhan berlaku kerana atas keyakinan demi menjaga akidah Natrah. Umat Islam bangkit cuba mempertahankannya. Dalam rusuhan ini seramai 18 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera. Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan. Tragedi inilah juga yang menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan umat Islam Malaya ketika itu.

Mengenai meletusnya tragedi ini, Natrah tidak boleh dipersalahkan. Beliau tidak boleh berbuat sesuatu. Dalam usianya itu dia hanya mengikut saja. Ia tertakluk dibawa kekuasaan siapa yang kuat dan berkuasa. Natrah hanya sebuah piala rebutan antara keluarganya (Kristian) dengan umat Islam Malaya.

Yang jelasnya pemulangan Natrah ke Belanda menerusi keputusan mahkamah itu tidak menyeronokkannya? Betapa tidak Natrah terpaksa meninggalkan dua jiwa, ibunya (Che Aminah) dan suaminya (Mansor Adabi) serta kehidupan hakikinya di bawah penjagaan Che Aminah.

Sepanjang di Belanda tidak ada siapa tahu secara pasti apakah beliau berusaha untuk meloloskan diri dan kembali kepada kebahagiaan hakiki yang dinikmati di Malaya bersama Che Aminah dan Mansor Adabi serta bersama umat Islam lain. Namun surat-surat atau pesan-salam yang berlaku antara mereka menggambarkan bahawa hati Natrah masih di Malaya manakala yang berada di Belanda hanya lembaga raganya yang kosong saja.

Dari catatan dan laporan mengenai perjalanan hidupnya di Belanda, ia adalah berita-berita yang mengguriskan hati menyedih. Hidup Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak.

Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak.

Semoga Natrah atau Bertha Hertogh damai dalam persemadian.
 

Abg_Aridz

Banned
Messages
217
Joined
Nov 18, 2009
Messages
217
Reaction score
6
Points
15
10.jpg


13.jpg


Natrah or Maria Hertogh was born on 24 Mac 1937 at Bandung. During World War 2, her father had been arrested by Japan. Mrs. Hertogh send the baby to Aminah bt Mohamed ; best friend of Nor Louise who is Mrs. Hertough mom. The action taken is to save the baby life; as Japanese did not like English people. Mrs. Hertough then back to Netherland.While for Aminah and Natrah, from Bandung they went to Kemamam, Terengganu. Aminah said it is a need at that time because the war getting worse and it is for the baby safety that she ran from Bandung to Kemamam.

After World War 2 end, Mr. Hertough back to Netherland and reunited with him family. They start searched for Natrah at that time.Both Aminah and Natrah had been traced at the kampong they live in. Aminah had been trapped by the Hertough tricks to bring the child to Singapore.

The High Court stated that the custody of Maria be entitled to the Hertoghs.
As Aminah and Maria exited the court via the backdoor, a car from the Consulate was waiting to take Maria away. Maria refused to enter the car and clung on to Aminah, both shouting in Malay that they would kill themselves rather than be separated.
Aminah then make a plead with her lawyer Prof. Dr. Ahmad Ibrahim. They won.

Aminah afraid that it will be further attempt by Hertough so she decided a marriage between Natrah and Mansor Adabi. Natrah is 13 and Mansor 22 at that time. However, they are not living together. Mansor said they will be living together when Natrah at the age of 21.

Aminah did not discuss about the marriage with her lawyer. This is not a right move as a day after the marriage, a lawyer delivered letter for them to return Natrah.

The hearing began 4 months later. Hertough won. The marriage was invalid because Natrah is 13 years old and Dutch law stated that minimum age is 16. If the marriage is held in Malaya or Natrah was pregnant,probably the wedding can be saved. But as the marriage took place in Singapore which practice the Common Law; it is definitely failed to save the wedding.

When policewomen came to take Natrah away, she wept and clung to Aminah and Mansoor. Aminah fainted on the spot and a doctor standing by had to attend to her. Mansoor promised that he would carry on the legal fight. Thus Natrah allowed herself to be brought away into a car. The car delivered Natrah to the Roman Catholik Convent. Newspapers keep published the picture of Natrah surrounded with symbols of Christian faith. The Muslim feel offended with pictures and jihad as a final resort. This is a start moment of the riot.

The power of media.Coz of not sensitive to the people religion and cultures, the riot happened and many people died.End of the riot, 18 people were killed, among whom were seven Europeans or Eurasians, nine rioters shot by the police or military, 173 were injured, many of them seriously, 119 vehicles were damaged, and at least two buildings were set on fire.5 people were suspected to be the mastermind of the riots and sentenced to death.Tunku Abdul rahman saved them.The death sentenced change to life imprisonment.

Natrah was bring back to Netherland.Policewoman escorted her everyday even when she want to go school.

Natrah husband still keep trying to get back Natrah. He wrote a letter to her until one day he received the letter from Natrah saying that she changed her religion. Mansor upset and married another woman.

Natrah then married with her best friend. Together they got 10 children.Dutch documentary “The time just stool still’ had make discovery about Natrah life. Include in this documentary was Natrah ex husband ;Mansoor who are lawyer and teacher living happily with his wife. Natrah so pissed off with the news. She made a plan to kill her husband. Her children heard about this and inform the police. Natrah was arrested later.

Natrah then married with another man who she met at the restaurant. Natrah life is not easy since she was taking to the Netherland. She was forced to forget her religion, her mother and her husband. She was under control by a police for a few years. Riot at Singapore who killed many people also make Natrah trauma. She married but live with a hard life.

She died at the age of 72 of leukemia.
 

Abg_Aridz

Banned
Messages
217
Joined
Nov 18, 2009
Messages
217
Reaction score
6
Points
15
AKU, TAN SRI PROF AHMAD IBRAHIM DAN NATRAH

1. Semasa dalam tingkatan enam di High School Muar, Johor pada 1980, saya pernah membaca buku tentang Natrah (Maria Hertough) berjudul THE NADRA TRAGEDY, THE MARIA HERTOUGH CONTREVERSY tulisan Haja Maideen. Seronok dan teruja membacanya kerana kisah perjalanan hidup Maria ibarat kisah kehidupan sebuah roller costeryang bergerak laju berputar dalam beberapa pusingan tragedi kehidupanseorang remaja 13 tahun yang terpaksa menempuh ujian keyakinan dalammempertahankan harga sebuah iman dalam usia yang begitu muda dan naive.



2. Semasa melanjutkan pelajaran ke Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya, pada 1982, Dekan saya ketika itu Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim yang juga menjadi tutor saya dalam subjek Islamic Law pernah menceritakan pada saya mengenai kisah Maria atau nama Islamnya Natrahini. Kebetulan dia adalah peguambela kepada Natrah di Singapura ketikaitu. Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim bercerita dalam nada kesalsambil kelopak matanya berkaca kerana menahan airmatanya dari mengalirkeluar. Saya dapat rasakan dia begitu kesal kerana tidak dapatmenyelamatkan Natrah. Masih basah dalam fikiran saya apa yang sempatdiluahkan oleh Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim pada saya ketika itu. “Kitasepatutnya membawa lari Natrah sebelum keputusan mahkamah lagi demimenyelamatkan iman dan aqidah Natra. Keputusan mahkamah itu sudah kitajangka sejak awal lagi. Mahkamah yang dicorak oleh British bukantempatnya untuk kes seperti Natrah”
Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim



3. Kata Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim lagi,sejurus sahaja selepas keputusan mahkamah diumumkan, Natrah dalamkeadaan yang meraung-raung telah diseludup keluar dan dibawa larimelalui pintu belakang mahkamah oleh beberapa pegawai polis berbangsaInggeris. Natrah kemudiannya telah dibawa ke sebuah gereja untuk diKhatolikkan semula. Akhbar New Straits Times keesokkannya telah mengeluarkan gambar Natrah dalam keadaan melutut di depan patung Virgin Mary.Gambar yang sengaja disiarkan berulang kali ini akhirnya telahmenaikkan kemarahan umat Melayu Islam di Singapura yang telah membawakepada rusuhan berdarah pada 12 Disember 1950.

4. Natrah kemudian dengan bantuan Persatuan Gereja Kristian Seduniatelah diterbangkan ke Belanda dan telah disambut sebagai wira olehseluruh penduduk Belanda ketika itu. Kerajaan Belanda sendiri telahmemberikan kawalan keselamatan khas kepada Natrah dan keluarganya.Kisah Natrah dan rusuhan berdarah di Singapura mendapat liputan meluasdi seluruh Eropah terutamanya di Belanda dan di England.

5. Kerana cerita first handdari Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim itu, kisah Natrah inibegitu dekat dengan hati saya. Apatah lagi semalam saya mendengar darisiaran berita Bernama di tv, Natrah telah meninggal dunia akibat sakitlukemia pada umur 72 tahun di rumahnya di Hjjberhan, Belanda.

Natrah bersama ibu angkatnya Aminah.Aminah berasal dari Terengganu tapi lama menetap di Indonesia.

6. Namun ketika bertugas sebagai Majistrate di Kelantan pada 1989 tulisan Fatini Yaakob(kini Datin dan karyawan tamu di UTM) yang telah mencari dan berjumpadengan Natrah tapi kemudian didapati telah dipaksa kembali kepada agamaKhatolik cukup menyentap hati saya. Kesal dan kecewa tidak terkataapatah lagi Datin Fatini Yaakob menemui Natrah ketika itu dalamkehidupan yang penuh daif lagi miskin melarat. Malah Natrah pernahdipenjarakan kerana tuduhan cuba membunuh suami Belandanya.

7.Remaja hari ini atau pada perkiraan saya, mereka yang berumur kurangdari 40 tahun kebanyakkannya mungkin tidak pernah mendengar kisahNatrah ini. Para remaja kini bukan saja malas baca sejarah tapi ramaiyang buta sejarah.

8. Kisah Natrah tulisan Datin Fatini Yaakobdalam majalah Dewan Masyarakat patut dibukukan agar para remaja danjenerasi hari ini dapat membaca, melihat dan menginsafi betapasensitifnya masyarakat melayu dahulu dengan islam dan bagaimana merekasanggup melakukan demonstrasi demi menyelamatkan aqidah Natrah hingga18 orang dari mereka turut terkorban dan ratusan lagi cedera parahakibat bertempur dengan polis.


9. Kisah Natrah kalau ada pun dalam bentuk buku atau penulisan pernah diterbitkan dalam bentuk novel seperti Tragedi Nadra (Haja Maideen), Mortal Flower (Han Suyin), Voices Of Asia (James Michener) dan A Salute To Singapore, Snouk Hugronje, Bertha Hertough or Nadra Maarof.

10. Namun yang paling terkenal adalah traveloquepenyelidikan dan penulisan bekas wartawan Dewan Masyarakat (kiniKaryawan Tamu UTM), Datin Fatini Yaacob yang disiarkan dalam beberapasiri di Majalah DEWAN MASYARAKAT terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)yang mengkaji kisah berkenaan sehingga membawanya bertemu dengan Natrahdi Belanda adalah yang paling lengkap dan boleh dipertanggungjawabkanpengkisahan dan rentetan fakta sejarahnya.

11. Bekas Pengerusi Utusan Malaysia Tan Sri Kamarul Ariffin pernah menerbitkan filem Jasmin 1 (1984) dan Jasmin 2(1986), filem yang berdasarkan kisah sebenar Natrah ini tetapi masihtidak berani memaparkan fakta sebenar mengenai penentangan masyarakatmelayu islam di Singapura terhadap dakyah paderi kristian di Singapura.Ini mungkin kerana terpaksa menjaga sensitiviti beragama masyarakatpelbagai kaum ketika itu. Akhirnya filem itu hanya menjadi kisah cintakomersial sahaja. Nilai dakwah dan tarbiahnya tidak ada. Tidak adaunsur untuk mengangkat kecintaan orang melayu keatas amalan agamanya.

12. Kini khabarnya seorang Pengarah filem terkenal di Belanda, Ben Sombogartdilaporkan akan menerbitkan sebuah filem mengenai tragedi Natrah inipada tahun 2010. Namun siapa Ben Sombogart yang terkenal dengan filem The Sisters ini amat saya ragui dan pertikaikan. Seorang ahli Parlimen Belanda Geert Wilders pernah menimbulkan kontoversi bila telahmembuat filem FITNA yang sengaja menghina Rasulullah SAW.Saya amat bimbang dan meragui niat dan keikhlasan Ben Sombogart untukmengangkat kisah Natrah ini kerana tentunya dia akan mengangkat ceritaini dari Point Of View (P.O.V) seorang khatolik juga. seperti Geert Wilders.

13. Maka kita umat islam di Malaysia perlumendahului usaha dalam mengangkat kisah tragedi iman Natrah ini dariP.O.V seorang muslim yang sensitif dengan agamanya. Saya cadangkanianya dibuat dari P.O.V seorang penulis dan wartawan muslim sepertiDatin Fatini Yaacob.

14. Umat Melayu Islam di Malaysia kini sudah tidak sensitif lagi bila politiciandari masyarakat bukan islam di Malaysia sendiri memperkotak-katik danmerendah-rendahkan autoriti, kemuliaan dan keagungan agama mereka.Pengkisahan semula tragedi Natrah ini dalam bentuk buku, dokumentari,drama atau filem perlu untuk menyuntik semangat jihad umat melayu islamagar lebih sensitif dengan agama mereka. Ini satu jihad juga pada saya.Lebih baik dari hanya memapar dan memperjuangkan genre thriller atauhantu semata. Kisah Natrah juga adalah kisah cinta Natrah dan Mansor Adabi (meninggal dunia pada 15 Oktober 1988, di Singapura) yang punya nilai komersialnya yang tersendiri.

15. Mansor Adabi seorang penulis dalam Malayan LayJournal yang ketika itu berumur 18 tahun di kahwinkan dengan Natrahyang ketika itu baru berumur 13 tahun secara nikah gantung sebagaistartegi mengelak mahkamah memerintahkan Natrah diserahkan padakeluarga kandungnya. Mereka terpisah jauh dan Mansor Adabi kemudiannyatelah berkahwin dengan Zaiton Juhari. Ketika Natrah di Belanda sebuahakhbar di sana secara sengaja telah menyiarkan perkahwinan tersebut danini telah menimbulkan tekanan jiwa kepada Natrah. Begitulah halus pihakgereja kristian berusaha membuatkan Natrah melupakan terus suami danagamanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register