BTC USD 57,420.8 Gold USD 1,771.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info & Update Banjir Terkini di Pantai Timur

Sponsored Post

stealthmovic

Active+ Member
Messages
2,691
Top Poster #3
Joined
Oct 16, 2011
Messages
2,691
Reaction score
76
Points
40
Penduduk kawasan rendah di Rantau Panjang perlu siap sedia


1638508940534.png


RANTAU PANJANG - Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di sini diingatkan bersiap sedia menghadapi banjir susulan peningkatan air Sungai Golok akibat hujan yang tidak menentu sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, persiapan awal penting bagi memastikan tugas pemindahan mangsa berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Kita sudah melakukan pemantauan dari masa ke masa untuk melihat tren terkini kenaikan paras air Sungai Golok bagi memudahkan sebarang gerak kerja penugasan operasi," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukan paras air Sungai Golok sudah mencecah paras amaran 8.31 meter.

Paras normal air Sungai Golok ialah pada tahap 5 meter.

 

stealthmovic

Active+ Member
Messages
2,691
Top Poster #3
Joined
Oct 16, 2011
Messages
2,691
Reaction score
76
Points
40
Hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan, Terengganu hari ini

1638509002547.png


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu pada Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan di Kelantan kawasan terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Menurut kenyataan itu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu turut disenaraikan dengan amaran cuaca jingga.

“Amaran cuaca waspada atau kuning pula melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, selain Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

“Tiupan angin dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

stealthmovic

Active+ Member
Messages
2,691
Top Poster #3
Joined
Oct 16, 2011
Messages
2,691
Reaction score
76
Points
40

Dua daerah di Terengganu mula dilanda banjir, 45 mangsa dipindahkan​


Dua daerah di Terengganu mula dilanda banjir, 45 mangsa dipindahkan

Banjir yang memasuki hari kedua di negeri itu menyaksikan daerah Setiu menjadi daerah terbaharu yang dilanda bencana alam itu. - Foto Astro AWANI

KUALA TERENGGANU: Dua daerah di negeri Terengganu mula dilanda banjir dan menyebabkan 45 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 11.30 pagi tadi.
Mereka adalah daripada 10 buah keluarga masing-masing dari daerah Setiu dan Kuala Nerus itu yang telah ditempatkan di tiga buah PPS.

Sementara itu seramai 24 mangsa daripada lima keluarga yang dipindahkan pada Khamis masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,583
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,583
Reaction score
16,558
Points
2,376
Penduduk kawasan rendah di Rantau Panjang perlu siap sedia


1638508940534.png


RANTAU PANJANG - Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di sini diingatkan bersiap sedia menghadapi banjir susulan peningkatan air Sungai Golok akibat hujan yang tidak menentu sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, persiapan awal penting bagi memastikan tugas pemindahan mangsa berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Kita sudah melakukan pemantauan dari masa ke masa untuk melihat tren terkini kenaikan paras air Sungai Golok bagi memudahkan sebarang gerak kerja penugasan operasi," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukan paras air Sungai Golok sudah mencecah paras amaran 8.31 meter.

Paras normal air Sungai Golok ialah pada tahap 5 meter.


Banjir beso dop berulang rasa nya
Tapi kena jaga² la
 

stealthmovic

Active+ Member
Messages
2,691
Top Poster #3
Joined
Oct 16, 2011
Messages
2,691
Reaction score
76
Points
40

Enam jam penuh debaran​


NIK Abdul Aziz meninjau ombak yang menghempas dan melangkaui benteng penahan menyebabkan air hampir memasuki rumah ketika tinjauan di Kampung Pantai Kundur. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
NIK Abdul Aziz meninjau ombak yang menghempas dan melangkaui benteng penahan menyebabkan air hampir memasuki rumah ketika tinjauan di Kampung Pantai Kundur. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: "Enam jam kami berhadapan dengan debaran apabila ombak mencecah ketinggian dua meter kerap menghempas dan melangkaui benteng penahan menyebabkan air hampir memasuki rumah," kata penduduk Kampung Pantai Kundor, di sini, Nik Abdul Aziz Mamat.

Nik Abdul Aziz, 67, berkata, air mulai pasang pada 4 petang semalam dan ahli keluarganya segera mengemas segala peralatan dalam rumah sebelum meletakkannya di tempat tinggi."Walaupun sudah biasa berdepan dengan keadaan ini kerana setiap tahun musim tengkujuh, perasaan risau tetap ada dan bimbang ombak menghempas bumbung rumah.

"Biasanya apabila berlaku air pasang, bahagian dapur adalah ruang mula-mula dimasuki air sebelum ia mengalir ke ruang tamu menyebabkan kami menanggalkan tikar getah lebih awal bagi mengelakkan ia rosak."Malam tadi, air daripada hentaman ombak tidak sempat masuk ke rumah, tapi sudah menghampiri dapur. Sehingga keadaan reda pada 10 malam, debaran tetap dirasai kami lima beranak," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), hari ini menjangkakan hujan lebat yang kini melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur dijangka berlarutan dan semakin buruk.MET Malaysia turut mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk (peringkat jingga) dan Amaran Cuaca Waspada (peringkat kuning) untuk beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.
Amaran Cuaca Buruk dikeluarkan untuk sembilan kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Berdasarkan ramalan itu, Nik Abdul Aziz berkata, dia menjangkakan fenomena air pasang akan berlaku lagi petang ini dan berkemungkinan besar sedikit besar berbanding semalam.Menurutnya, tiada persediaan khas dilakukan, sebaliknya hanya mampu berdoa agar tiada kejadian buruk menimpa mereka sekeluarga.

"Nasib baik benteng penahan ombak dibina mampu menahan kemaraan ombak setiap kali kejadian air pasang kerana jika tiada pembinaan itu, sudah pasti banyak kemusnahan berlaku."Petang ini saya jangka air pasang akan berlaku lagi dan seperti biasa segala peralatan dalam rumah tetap kekal di tempat tinggi dan kami bersiap sedia untuk bergotong-royong membersihkan ruang dalam rumah seperti kelaziman," katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register