BTC USD 61,151.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info & Update Banjir Terkini di Pantai Timur

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
PKP 2.0 | Komuniti Islam Singapura Bantu 171 Keluarga

Seramai 171 keluarga penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan yang bangkit dari kesan banjir bulan lalu, dan berdepan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus menerima bantuan daripada pihak yang prihatin.

Bantuan itu disumbangkan Komuniti Islam Singapura yang menyediakan dana RM40,000 melalui Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
PASCA BANJIR | 55 Masjid Dan 33 Surau Akan Dibaiki

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan RM715,000 untuk menampung kos membaiki 55 masjid dan 33 surau yang rosak dilanda banjir di seluruh negeri Pahang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
DAULAT TUANKU | Agong Berkenan Kurnia Rumah Kepada Mangsa Banjir

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan tiga buah rumah kepada tiga keluarga mangsa banjir

Kos pembinaan mencecah RM100 ribu dan dijangka siap dibina dalam tempoh empat bulan.

====================

Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3

IKUTI kami di;
Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/
Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3
Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/
Website: https://www.buletintv3.my

#BuletinTV3

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
HUJAN LEBAT | Paras Sungai Tembeling Meningkat

Hujan lebat berterusan sejak lebih 48 jam lalu menyebabkan beberapa kawasan rendah di Pahang kembali dilanda banjir, selepas banjir besar melanda negeri itu Januari lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
CUACA BURUK | Waspada Di Beberapa Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), lewat malam tadi mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat, yang dijangka berterusan di beberapa kawasan di Pahang sehingga hari ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
MUSIM TENGKUJUH | Pelan Pengasingan Mangsa Banjir Positif COVID-19 Perlu Dirangka Segera

Semua kerajaan negeri diminta membuat persiapan awal dengan mewujudkan pengasingan mangsa banjir di PPS menjelang musim tengkujuh, November ini

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Terengganu peruntuk RM1.5 juta hadapi banjir

Oleh Baharom Bakar- September 17, 2021 @ 3:24pm
[email protected]

banjirmonson1_1631863482.jpg


Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM1.5 juta bagi menghadapi bencana banjir pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, berkata peruntukan itu akan dibelanjakan untuk membeli makanan kering membabitkan berjumlah RM500,000, manakala RM1 juta untuk bekalan makanan bermasak.

Katanya, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan peruntukan RM1.5 juta untuk bekalan keperluan harian seperti selimut, kain tuala, kain batik, toto, berus gigi dan tuala wanita.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sudah mengenal pasti 575 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menampung 146,200 mangsa akan dibuka di seluruh negeri.

"Disebabkan penularan pandemik COVID-19 dan penjarakan sosial masih dikuat kuasakan, kerajaan negeri memutuskan mengurangkan kapisiti muatan kepada 73,100 mangsa," katanya kepada BH, hari ini.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Chukai berkata, bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, semua operasi dan aktiviti di PPS akan menggunakan Garis Panduan Pengurusan PPS Semasa COVID-19 disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Katanya, JKM negeri juga mempunyai satu depoh penyimpanan barangan keperluan, selain menyediakan 17 mini depoh.

"Sebanyak 152 pangkalan hadapan dikenal pasti kerajaan negeri sebagai persiapan menghadapi bencana banjir dijangka melanda negeri ini antara akhir bulan depan hingga awal tahun depan.

"JKM negeri juga sedang dalam proses pembelian dan pengagihan keperluan barangan bencana kepada semua daerah untuk ditempatkan semua pangkalan hadapan bermula awal bulan depan," katanya.

Mengulas penghantaran barangan ke penempatan sukar dilalui terutama pada musim tengkujuh, Hanafiah berkata, bekalan keperluan makanan bencana dihantar ke Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Kampung Pasir Raja Dungun, pertengahan bulan depan.

Katanya, bekalan keperluan makanan akan dihantar ke kawasan itu hanya mencukupi untuk tempoh tiga hingga lima hari.

"Jika berlaku keperluan tambahan, pembelian barangan kepada mangsa banjir yang tinggal di kawasan berkenaan akan dilakukan serta-merta," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
MUSIM TENGKUJUH | Hanya 20% Anggota JBPM Dibenar Bercuti

14,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap siaga untuk dikerahkan bagi menghadapi musim tengkujuh terutama di negeri-negeri Pantai Timur.

Selain cuti dibekukan, persiapan rapi menghadapi sebarang situasi ketika musim itu juga telah dilaksanakan sejak bulan lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Hanya 20 peratus anggota JBPM dibenar bercuti musim tengkujuh

Oleh Mary Victoria Dass- September 19, 2021 @ 3:45pm
[email protected]



JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hanya membenarkan 20 peratus saja anggotanya bercuti jika ada keperluan, ketika pasukan itu sedang bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, berkata cuti akan dibekukan jika bencana banjir besar melanda hingga mencapai tahap serius.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat ketika banjir.

"Monsun Timur Laut hampir tiba khususnya membabitkan negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor yang memang biasanya terdedah kepada banjir.

"Jadi, JBPM hanya membenarkan 20 peratus saja anggota bomba yang mempunyai keperluan bercuti, tetapi cuti akan dibekukan jika banjir besar berlaku.

"Kita berharap anggota bomba akan menggunakan pengalaman sebelum ini untuk meningkatkan kecekapan berdepan banjir," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat JBPM Johor, di Kangkar Tebrau di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis.
Sementara itu, Yahaya berkata, JBPM Johor menerima 12,986 panggilan kecemasan dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu, peningkatan berbanding 11,801 panggilan yang diterima pihaknya dalam tempoh sama tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, 3,623 adalah panggilan kebakaran, 6,516 panggilan penyelamatan dan 2,840 panggilan khas seperti khidmat kemanusiaan.

"Hanya tujuh panggilan palsu daripada keseluruhan 12,986 panggilan diterima," katanya.

ismailbomba_1632040119.jpg


Ismail (depan, tengah) pada majlis lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM i Johor, hari ini. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Guna helikopter hantar bantuan banjir

Oleh Mohd Rafi Mamat- September 25, 2021 @ 9:57am
[email protected]

bombasiaga_1632535003.jpg


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Mohd Zaidi Wan Isa (kiri) ketika meninjau kawasan mendarat helikopter di Ulu Tembeling. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat


KUANTAN :Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang akan menggunakan kemudahan helikopter Unit Udara Bomba (UUB) untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman negeri ini yang terputus hubungan darat.

Pengarah JBPM Pahang, Wan Mohd Zaidi Wan Isa, berkata beberapa daerah di negeri ini dikenalpasti memerlukan kemudahan pengangkutan udara bagi penghantaran bantuan sekiranya keadaan memerlukan.

Menurutnya, antara kawasan dikenal pasti ialah di Ulu Tembeling, Jerantut yang terdapat beberapa kampung tradisional sebelum ini terputus hubungan setiap kali kejadian banjir besar berlaku.

Katanya, untuk melancarkan operasi penghantaran bantuan menggunakan helikopter pemilihan kawasan pendaratan yang sesuai dan selamat kini sedang dikenalpasti.

"Selain padang bola sepak dan kawasan lapang, jalan raya juga boleh dijadikan landasan untuk helikopter mendarat serta kembali berlepas dengan selamat.

"Kawasan untuk helikopter mendarat tidak boleh terdapat pokok tinggi selain bentuk muka bumi yang rata serta tanah tidak terlalu lembut bagi sebarang kemungkinan berlaku," katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemilihan tempat mendarat helikopter sentiasa diberi perhatian serius kerana ia akan menjamin misi menghantar bantuan dapat berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

"Kita sudah bersedia daripada segi kemudahan logistik dan anggota bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir hujung tahun ini, pengalaman sebelum ini akan digunakan untuk berhadapan bencana itu, " katanya.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register