Info & Update Banjir Terkini di Pantai Timur

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,275
Reaction score
4,422
Points
601
sggolok412_1607045326.jpg

Rumah yang mula dinaiki air di Kampung Bendang Pak Yong di sini susulan limpahan air daripada Sungai Golok mula memasuki beberapa kampung di daerah ini terutama di sekitar Pengkalan Kubor. NSTP/ NIK ABDULLAH NIK OMAR

Sungai Golok hampiri tahap bahaya

RANTAU PANJANG: Paras air Sungai Golok di sini dikhuatiri melepasi tahap bahaya susulan taburan hujan yang tinggi di hulu Sungai Jenob, Tanah Merah.

Laporan infobanjir.water.gov.my, setakat jam 8 pagi hari ini, menyebut Sungai Jenob mencatat bacaan 22.2 meter, iaitu menghampiri paras amaran manakala, Sungai Golok sudah melepasi paras amaran iaitu 8.99 meter, 0.01 meter ke paras bahaya.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail, berkata jika paras Sungai Jenob terus meningkat, paras air Sungai Golok akan bertambah dengan cepat.

"Rekod sebelum ini menunjukkan, Sungai Golok mula melimpah dan membanjiri pekan Rantau Panjang jika paras air melebihi 10 sehingga 11 meter, bagaimana pun beberapa kawasan rendah di kawasan ini sudah dinaiki air apabila ia mencapai tahap bahaya sembilan meter.

"Peningkatan paras air berlaku akibat taburan hujan yang tinggi bermula semalam, bukan sahaja di bahagian hulu sungai, malah di sekitar Rantau Panjang sendiri," katanya ketika dihubungi.

Imran berkata, orang awam dinasihatkan untuk berwaspada dan berpindah awal bagi mengelak sebarang kemungkinan.

"Setakat ini sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan tiga PPS di daerah Kota Bharu dan enam lagi di Pasir Puteh," katanya.
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,915
Reaction score
220
Points
33
Banjir gelombang keempat landa Terengganu

915618.jpg


KUALA TERENGGANU - Seramai 231 mangsa dari daerah Kemaman dan Dungun kini ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir fasa keempat yang berlaku di negeri ini sejak Khamis.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, ia susulan julat hujan yang begitu banyak di kawasan pedalaman sejak tengah hari Khamis, di samping limpahan air-air sungai utama dari hulu menyebabkan paras air sungai meningkat.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, empat PPS dibuka di Kemaman yang menempatkan 203 mangsa daripada 56 keluarga manakala sebuah PPS di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Minda dibuka, menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.

Bagaimanapun, kesemua PPS di Besut iaitu Dewan Futsal Keruak dan dua PPS di Setiu iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Besut dan Balairaya Kampung Paya Seladang sudah ditutup jam sembilan pagi tadi susulan keadaan bertambah baik.

915619.jpg


Sementara itu, enam sungai di Terengganu iaitu dua di daerah Kemaman dan masing-masing satu di Dungun, Hulu Terengganu, Setiu serta Besut kini melepasi paras bahaya.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, Sungai Tebak dan Sungai Tumpat, Kemasik di Kemaman sudah melepasi paras bahaya, iaitu 19.33 meter dan 2.82 meter serta menunjukkan trend menaik.

Empat sungai lain yang turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Dungun di Pasir Raja (37.63 meter), Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (19.77 meter), Sungai Nerus di Kampung Langkap Setiu (21.46 meter) dan Sungai Besut di Kampung Keruak (35.45 meter).


== sinar harian
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,466
Reaction score
1,467
Points
201
#EBanjirKelantan:Update Paras Air Sungai Utama Terkini:Tarikh:19/12/2020 Masa:06:45

(Beberapa Sungai Utama Telah Melepasi Paras Berjaga jaga,Amaran dan Bahaya)

[⏫Trend Menaik]
[⏬Trend Menurun]
[↔ Trend Sekata]

Sungai Semerak:pasir Putih
Paras Air(Semasa):1.55meter⏫
Normal:0.40meter
Berjaga:2.00meter
Amaran:2.30meter
Bahaya:3.00meter

Sungai Golok:Rantau Panjang
Paras Air(Semasa):10.25meter⏫
Normal:5.00meter
Berjaga:7.00meter
Amaran:8.00meter
Bahaya:9.00meter

Sungai Golok:Jenob
Paras Air(Semasa):23.86meter⏫
Normal:19.00meter
Berjaga:21.50meter
Amaran:22.50meter
Bahaya:23.50meter

Sungai Kelantan:Tambatan DiRaja
Paras Air(Semasa):3.00meter⏫
Nomal:1.00meter
Berjaga:3.00meter
Amaran:4.00meter
Bahaya:5.00meter

Sungai Kelantan:Jambatan Guillemard
Paras Air(Semasa):15.41meter⏫
Normal:10.00meter
Berjaga:12.00meter
Amaran:14.00meter
Bahaya:16.00meter

Sungai Kelantan:Tangga Krai
Paras Air(Semasa):23.91meter↔
Normal:17.00meter
Berjaga:20.00meter
Amaran:22.50meter
Bahaya:25.00meter

Sungai Kelantan: Sg.Galas di Limau Kasturi
Paras Air(Semasa):59.10meter⏫
Normal:53.00mete
Berjaga:56.00meter
Amaran:57.50meter
Bahaya:59.00meter

Sungai Galas:Dabong
Paras Air(Semasa):24.37meter⏫
Normal:23.00meter
Berjaga:27.00meter
Amaran:31.00meter
Bahaya:35.00meter

Sungai Lebir:Tualang
Paras Air(Semasa):33.51meter↔
Normal:28.00meter
Berjaga:32.00meter
Amaran:35.00meter
Bahaya:38.00meter

Terus follow page Info Banjir Negeri Kelantan
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,296
Reaction score
21,165
Points
1,671
stay safe belah sana. pg mana2 pun mmg hari2 hujan ni. nak kua pun asik cancel je
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,915
Reaction score
220
Points
33
Dungun, Kemaman masih dilanda banjir

919012.jpg


KUALA TERENGGANU - Daerah Dungun dan Kemaman masih dilanda banjir dengan seramai 1,218 mangsa ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara sehingga jam 8 pagi tadi.

Setakat ini kesemua mangsa daripada 321 keluarga itu ditempatkan di tujuh PPS di daerah Kemaman (766 mangsa) dan 11 PPS di Dungun (452 mangsa).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan cuaca diramalkan baik walaupun mendung di beberapa kawasan.

Beliau menjangkakan lebih ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Menurutnya, paras air sungai utama juga menunjukkan penurunan ketara dan keadaan ini membolehkan kerja-kerja pembersihan bagi pasca banjir dilakukan penduduk terjejas.

"Dalam dua, tiga hari ini cuaca diramalkan baik walaupun Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus agak mendung, manakala daerah Kemaman dan Dungun juga agak mendung dan sedikit cerah.

"Mungkin lebih ramai penduduk terjejas akan dibenarkan pulang ke rumah pada hari keenam fasa keempat banjir di Terengganu hari ini rentetan tiada hujan turun sejak semalam," katanya.


== sinar harian
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,158
Reaction score
12,222
Points
2,376

ADNI (tengah) ketika bersama dalam operasi mencari dan menyelamat Muhamad Zakaria yang dikhuatiri hilang dalam kebun getah selepas keluar mengalihkan lembu peliharaannya di Kampung Sungai Lanas. FOTO IHSAN BOMBA

Ingatkan hilang, rupanya tertidur dalam bangsal lembu


Jeli: Leka memerhati paras air meningkat di kawasan sekitar bangsal lembu dalam kebun getah di Kampung Sungai Lanas di sini, menyebabkan seorang lelaki warga emas nyaris terkandas dalam banjir.

Kelekaan Muhamad Zakaria, 69, melihat air yang semakin memenuhi kawasan kebun getah itu membuatkannya tertidur di bangsal haiwan peliharaannya itu selama beberapa jam menyebabkan ahli keluarga menyangka yang dia hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Penolong Penguasa Bomba Adni Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan oleh isteri mangsa yang terserempak dengan pasukannya yang membuat pemantauan banjir kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Beliau berkata, isteri warga emas itu terus menahan kenderaan bomba dan memaklumkan kehilangan suaminya yang keluar dari rumah selepas Subuh pagi tadi untuk mengalihkan lembu peliharaan.

"Isterinya memberitahu, setiap hari, suaminya menjenguk lembu berkenaan namun untuk tempoh sekejap.

"Bagaimanapun, hari ini, suaminya masih belum pulang dan dia risau berikutan laluan laluan untuk ke kebun getah berkenaan berisiko ditenggelami banjir.

"Kami terus menggunakan bot untuk mengesan lelaki berkenaan," katanya dihubungi.

Menurut Adni, jarak dari rumah mangsa ke kebun getah itu kira-kira empat kilometer dan 500 meter sebelum tiba di bangsal lembu mangsa, paras air sudah mencecah kira-kira 0.8 meter.

Katanya, lokasi bangsal lembu terbabit pula umpama pulau dan ia dikelilingi air disebabkan hujan lebat serta limpahan sungai berhampiran.

"Tiba di bangsal, kami dapati lelaki itu tertidur sebelum mengejutkannya.

"Lelaki itu memberitahu, dia khusyuk memerhatikan paras air meningkat sehingga tertidur," katanya.

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya dihantar pulang ke rumah.


 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,915
Reaction score
220
Points
33
Jambatan hanyut, penduduk Kampung Temalir putus hubungan

933566.jpg


KUALA KRAI - Kira-kira 100 penduduk Kampung Temalir di sini terputus hubungan apabila jambatan yang menjadi nadi kehidupan mereka runtuh dihanyutkan arus deras banjir.

Kejadian itu disedari penduduk pada pagi Khamis apabila mendapati jambatan tersebut hilang dari pandangan mereka ketika mahu menggunakan kemudahan tersebut.

Penduduk Kampung Temalir, Kuala Krai melihat laluan utama mereka untuk keluar dari kampung dihanyutkan arus deras.
Seorang penduduk, Sabariah Che Kub, 53, berkata, situasi itu menyebabkan penduduk tidak dapat keluar dari kawasan tersebut untuk mendapatkan bekalan makanan.

"Laluan alternatif ada, tapi hanya boleh dilalui oleh kenderaan jenis pacuan empat roda sahaja.

"Bagi penduduk yang tiada kemudahan itu, agak sukarlah untuk mereka keluar. Lagipun keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini boleh mendatangkan risiko kepada penduduk," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, arus deras mula membadai kawasan Sungai Temalir itu susulan hujan lebat sejak Selasa lalu.

Katanya, penduduk kampung berharap pihak berkuasa dapat menghulurkan bantuan segera kepada mereka.

Sinar Harian pada 2 Jun lalu melaporkan lebih 20 penduduk bergotong-royong memperbaiki laluan jambatan Kampung Temalir yang sebelum ini sempit selepas runtuh dihanyutkan arus deras.


== sinar harian
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,158
Reaction score
12,222
Points
2,376


AL-SULTAN Abdullah ketika berada di dalam helikopter. FOTO Ihsan FB Istana Negara

Agong tinjau banjir di Pahang melalui udara


Kuantan: Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap mangsa banjir di Pahang terus terserlah apabila Seri Paduka Baginda hari ini, meninjau keadaan banjir di negeri ini menggunakan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Istana Negara dalam kenyataannya memaklumkan Seri Paduka Baginda yang menaiki pesawat EC725 berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan, pada 9 pagi dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Al-Sultan Abdullah dijadualkan mendarat di Kuala Lipis untuk menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.

"Selepas di Lipis, Yang di-Pertuan Agong akan ke Mentakab dan Temerloh juga bagi menyantuni mangsa banjir di di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab serta PPS Dewan Majlis Perbandaran Temerloh," menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah berangkat pulang dari Istana Negara pada Selasa lalu, bagi meninjau keadaan banjir Pahang dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda meredah banjir di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

Daerah Maran yang teruk terjejas akibat banjir, menjadi lokasi pertama Al-Sultan Abdullah mencemar duli melawat mangsa banjir dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebelum berangkat ke Kuantan.


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,275
Reaction score
4,422
Points
601
Banjir Temerloh' Terputus Bekalan, Kehidupan Penduduk Semakin Sukar

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,158
Reaction score
12,222
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register