Info & Update Banjir Terkini di Pantai Timur

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

#BanjirKelantan2019

Mangsa banjir di Kelantan kekal 187 orang membabitkan 72 keluarga pagi ini - JKM
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

Keadaan air bertakung (termenung) disekitar kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pekan selepas berlakunya hujan lebat secara berterusan selama beberapa hari di daerah ini minggu lalu. - Foto Mohd Rafi Mamat


Keadaan air bertakung (termenung) disekitar kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, Pekan selepas berlakunya hujan lebat secara berterusan selama beberapa hari di daerah ini minggu lalu. - Foto Mohd Rafi Mamat
SK Temai sekali lagi ditenggelami 'air termenung'


PEKAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, di sini, sekali lagi ditenggelami ‘air termenung’ susulan hujan lebat berterusan selama beberapa hari melanda daerah ini, minggu lalu.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar, berkata faktor bentuk muka bumi yang rendah menyebabkan ‘air termenung’ mudah berlaku di sekolah itu dan mengambil masa lama untuk surut sepenuhnya.

Beliau menjelaskan, kejadian itu berlaku hampir setiap tahun di SK Temai apabila tiba musim tengkujuh.

Bagaimanapun, katanya, air berwarna coklat kehitaman yang bertakung di dalam kawasan sekolah itu, termasuk padang bola sepak, bukan disebabkan limpahan air Sungai Pahang.

Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah air paya gambut yang melimpah ke dalam kawasan sekolah selepas hujan lebat.

“Hampir keseluruhan kawasan SK Temai ditenggelami air paras buku lali tetapi di tempat lebih rendah, paras air lebih dalam hingga masuk ke kelas.

“Namun, persediaan awal pihak sekolah memindahkan peralatan seperti meja, kerusi dan buku ke tingkat tiga bangunan dapat menyelamatkan harta benda daripada musnah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Razali berkata, walaupun keadaan cuaca kini panas tetapi paras air bertakung di sekolah itu masih tidak banyak berubah.

Sehubungan itu, katanya, pihak sekolah dan PPD Pekan sentiasa memantau perkembangan keadaan berkenaan.

Beliau berkata, diharapkan ‘air termenung’ itu akan surut sepenuhnya dalam masa seminggu bagi memastikan sesi persekolahan baharu tidak terjejas.

“Secara keseluruhan setakat ini, kejadian banjir di sini tidak terlalu serius dengan hanya SK Temai menghadapi masalah ‘air termenung’ seperti berlaku sebelum ini.

“Lazimnya, ‘air termenung’ di SK Temai mengambil masa agak panjang antara satu hingga dua minggu untuk surut sepenuhnya.

“Selepas air surut, aktiviti membersihkan sekolah akan dijalankan secara gotong-royong membabitkan murid, guru, masyarakat setempat serta agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

Air pasang besar tidak pengaruhi banjir di Pantai Timur


KUALA LUMPUR: Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku sekitar empat hari, mulai Rabu ini tidak akan memburukkan situasi banjir di negeri Pantai Timur.

Berdasarkan maklumat dan unjuran, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata air pasang besar berikutan kesan tarikan graviti bulan menjelang penghujung tahun ini tidak seteruk yang pernah tercetus sebelum ini.

Hal itu kerana episod air pasang besar kali ini tidak berlaku seiring fenomena perigee, iaitu situasi kedudukan bulan paling hampir dengan bumi sehingga mempengaruhi perubahan paras air laut.

“Air pasang ini bukan paling besar kerana ia tidak berlaku sekali dengan perigee (bulan penuh) atau anak bulan, justeru bersandarkan maklumat yang diterima kita jangkakan kawasan permukaan pantai rendah seperti Mersing mungkin mengalami peningkatan (air pasang) sedikit.

“Oleh itu, MetMalaysia menolak kemungkinan air pasang besar ini berupaya mempengaruhi atau ‘mengeruhkan’ situasi banjir di Pantai Timur.

“Data menunjukkan ombak juga tidak kuat untuk tempoh seminggu ini, iaitu hanya dalam kategori satu, bawah 2.5 meter,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Mersing dan Kota Tinggi sebelum ini dilaporkan bakal berdepan fenomena air pasang besar yang mencetuskan peningkatan aras laut sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter, mulai Rabu ini.

EXCO Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse, yang mengumumkan perkara itu, hari ini meminta orang ramai supaya bersedia berdepan banjir sekiranya hujan lebat selama tiga hari, mulai Rabu ini.

Mengulas jangkaan itu, Jailan berkata, MetMalaysia tidak menjangkakan episod hujan lebat di Semenanjung dalam tempoh seminggu akan datang yang berupaya mencetuskan fenomena ‘bah kuning’.

“Hanya hujan untuk tempoh dua hingga tiga jam, berbanding dua hingga tiga hari seperti hujan monsun yang pernah berlaku sebelum ini sehingga mengundang fenomena banjir terburuk.

“Oleh itu, tiada hujan lebat di Semenanjung sehingga penghujung bulan ini, namun selepas itu (mulai tahun depan) kita belum dapat jangka kerana belum ada data untuk ramalan,” katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

Gambar fail, sebuah motosikal melalui Jalan Padang Licin -Gual Periok, Rantau Panjang yang masih digenangi air meskipun papan tanda memberi amaran jalan tersebut ditutup kepada semua jenis kenderaan, kelmarin. - Foto BERNAMA

Semua PPS di Kelantan ditutup sepenuhnya malam tadi


KOTA BHARU: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan ditutup sepenuhnya dengan 38 mangsa banjir daripada 15 keluarga terakhir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Pasir Mas, dibenarkan pulang ke rumah kira-kira jam 8 malam tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup, berkata ia berikutan keadaan cuaca baik di seluruh negeri ini sejak dua hari lalu.

“Walaupun gelombang kedua banjir di negeri ini berlaku awal, semua keperluan asas kepada mangsa banjir dapat kita sediakan tanpa sebarang masalah.

“Ini kerana kita sudah melakukan persiapan awal, termasuk pembelian darurat pada 9 Disember lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Said berkata, persiapan sama juga sudah dilakukan bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya di Kelantan, terutama esok yang diramalkan berlaku fenomena air laut pasang besar.

Malah, beliau berkata, menguruskan mangsa banjir pada gelombang pertama memberi pengalaman berharga kepada semua petugas untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih lancar.

“Selain itu, kita mendapat kerjasama baik daripada mangsa yang mematuhi arahan berpindah lebih awal. Mereka juga memberikan kerjasama baik ketika berada di PPS,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, senario gelombang kedua agak berbeza apabila jajahan Tumpat yang biasanya menjadi lokasi terakhir banjir, bagaimanapun tidak terkesan dengan bencana itu.

“Tiada mangsa dipindahkan di jajahan Tumpat untuk banjir kali kedua. Ia memberi sedikit kelegaan kepada pihak kami untuk memberi fokus kepada jajahan lain yang terkesan banjir,” katanya.

Dalam pada itu, Said berkata JKM turut memantau keadaan cuaca di selatan Thailand, bermula hari ini hingga berakhirnya ramalan fenomena air pasang, sebagai persiapan menghadapi segala kemungkinan.

Katanya, hujan lebat di Thailand ialah antara faktor turut mempengaruhi banjir di Kelantan kerana mampu meningkatkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat. – BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

SITI Zabedah Abdullah bersama pelanggan di kedai kopinya yang digenangi air setinggi 0.2 meter akibat ‘banjir air termenung’ sejak lima hari lalu di Kampung Bendang Pak Yong. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Pendapatan terjejas akibat 'banjir termenung'


TUMPAT: Sudah lebih tiga minggu pemilik kedai kopi di Kampung Bendang Pak Yong, di sini tidak dapat berniaga disebabkan fenomena `banjir termenung’.

Bermula pada banjir gelombang pertama pada 1 Disember lalu, kedai kopi milik Siti Zabedah Abdullah, 59, terus ditutup berikutan air mula naik dan sehingga hari ini, air banjir masih bertakung di perkarangan kedainya.

Siti Zabedah berkata, dia mula berniaga hari ini walaupun paras air masih mencecah 0.2 meter (m) kerana perlu meneruskan kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi apabila melihat cuaca sudah panas terik.

“Sejak 1 Disember lalu, kedai kopi terpaksa tutup kerana air naik hingga paras 0.8 meter di sekitar kampung. Pada malam sebelumnya, saya sudah memunggah segala peralatan kedai ke atas rumah walaupun air juga sudah mencecah ke dalamnya.

“Gelombang pertama baru-baru ini mengambil masa selama sembilan hari untuk air surut sepenuhnya dan bersambung pula beberapa hari selepas itu (gelombang kedua).

“Untuk gelombang kedua pula, air mula masuk ke sekitar kampung bermula Sabtu lalu dan sehingga hari ini air masih di paras betis (0.2 meter) kerana ia surut agak perlahan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Siti Zabedah berkata, disebabkan hampir tiga minggu tidak berniaga, sumber pendapatannya agak terjejas kerana pada hari biasa, hasil jualannya melebihi RM100 sehari.

Katanya, walaupun hari ini mula berniaga, hanya minuman panas sahaja dijual, manakala makanan pula tidak mampu disediakan kerana penduduk kampung masih tidak dapat keluar.

“Lagipun, kenderaan membekalkan kiub ais tidak dapat datang disebabkan beberapa lokasi di sepanjang laluan masuk ke kampung ini masih ditenggelami air,” katanya.

Sementara itu, penduduk kampung, Abdul Rashid Junoh, 74, berkata situasi `banjir termenung’ dialami setiap tahun oleh penduduk setempat sejak sekian lama berikutan tiada saliran air keluar ke Sungai Golok, seterusnya ke laut.

“Setiap tahun kami terpaksa berdepan dengan situasi `banjir termenung’ yang memakan masa antara dua minggu hingga sebulan untuk surut sepenuhnya.

“Air yang masih bergenang hari ini adalah hasil dari banjir gelombang kedua pada Sabtu lalu dan dijangka esok akan surut sepenuhnya jika tidak berlaku fenomena air pasang besar seperti diramalkan,” katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376
BANJIR | Agong Lawat Mangsa Di PPS Kuala Lipis

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, Kuala Lipis, Pahang siang tadi.

#CUCKOOHealthyHome #WonderLabBeautyCare

 
Sponsored Post
Top
Log in Register