Info & Update Banjir Terkini di Pantai Timur

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376
Mangsa banjir di Kelantan berkurang kepada 7,519 orang berbanding 7,595 malam tadi - Jabatan Kebajikan Masyarakat

Mangsa banjir di Terengganu pagi ini berkurangan kepada 512 orang berbanding 642 orang malam tadi
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376


Kamarudin Che Wok dan isteri Hayati Che Kob membersihkan kedainya selepas dimasuki air pada banjir baru-baru ini. - NSTP/Syaherah Mustafa
Pekan Rantau Panjang kembali 'bernyawa'


RANTAU PANJANG: Peniaga di pekan Rantau Panjang mula membersihkan kedai sejak semalam selepas tapak perniagaan mereka dilimpahi air akibat banjir sejak Ahad lalu.

Peniaga, Kamarudin Che Wok, 48, berkata dia dan isteri, Hayati Che Kob, 44, membersihkan kedai selepas air yang melimpah masuk separas 0.8 meter ke dalam ke dalam kedai pakaian miliknya.

Dia yang sudah lebih 20 tahun berniaga di situ mengakui sudah biasa menghadapi banjir memandangkan hampir setiap tahun bah melanda pekan terbabit.

“Tiga hari sebelum air melimpah ke dalam pekan ini, kami sudah bersiap sedia mengangkat barangan jualan ke atas para yang dibuat khas untuk menyimpan baju dan pakaian yang dijual agar tidak ditenggelami air.

“Biarpun sudah membuat persediaan rapi, masih ada barangan yang terjatuh ke dalam air mungkin kerana arus air yang deras tetapi, Alhamdulillah banyak barang jualan yang terselamat.

“Esok (hari ini) kami akan mula berniaga lagipun air memang sudah surut sepenuhnya selain semua jalan masuk ke pekan ini sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya, di sini, semalam.

Tinjauan semalam mendapati semua laluan untuk ke pekan Rantau Panjang sudah boleh dilalui dan beberapa peniaga sudah memulakan operasi perniagaan mereka.

Sementara itu, seorang lagi peniaga beg, Khatijah Alwi, 57, bersyukur kerana sudah dapat kembali berniaga selepas hampir seminggu tidak dapat berniaga akibat banjir.

“Namun begitu, saya masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana biasanya banjir di sini mengalami tiga gelombang dan yang baru berlaku ini ialah gelombang pertama.

“Saya berharap orang ramai tidak takut dan kembali mengunjungi pekan ini memandangkan air sudah surut sepenuhnya. Saya juga rindu dengan kemeriahan pengunjung ke sini,” katanya.

Akhbar pada Ahad lalu melaporkan Pekan Rantau Panjang lumpuh selepas dinaiki air sehingga satu meter yang menjejaskan keseluruhan aktiviti perniagaan setempat.

Pekan itu mula dinaiki air sejak pagi, menyebabkan semua premis perniagaan ditutup manakala laluan di pekan berkenaan turut ditutup kepada kenderaan ringan.


 

bahas18

Active+ Member
Joined
Nov 12, 2007
Messages
2,907
Reaction score
168
Points
33
Semoga semua selamat dan baik2 saja..
Mana YB kawasan?tak turun padang?
Masa ni lah nak bg semangat kt rakyat marhen..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376


KETUA Projek Misi Banjir Al-I'tisam Relief Program Association, Muhammad Rafiq Ravi Abdullan. NSTP/Email
6,000 keluarga di Tumpat terima bantuan banjir


KUALA LUMPUR: Kira-kira 30,000 isi rumah daripada 6,000 keluarga sekitar daerah Tumpat, Kelantan menjadi tumpuan pasukan misi bantuan bencana berikutan lokasi berkenaan mengalami kesan banjir pada tahap membimbangkan.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Al-I’tisam Relief Program Association (Al-I’tisam), berkata pihaknya sudah membuat tinjauan baru-baru ini dan mendapati penghuni di sana perlukan bantuan segera.

Ketua Projek Misi Banjir, Muhammad Rafiq Ravi Abdullah, berkata program dijadual bermula hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada operasi mengagihkan makanan kering kepada mangsa yang masih dalam keadaan selamat dan tidak mahu berpindah.

Katanya, kebanyakan mangsa dipercayai enggan berpindah disebabkan pelbagai faktor antaranya khuatir keselamatan harta benda bagi mengenal kecurian.

Bagi memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat, pihaknya akan memantau keselamatan mangsa di tempat berkenaan selain membekalkan makanan.

“Antara pek makanan kering yang bakal diagihkan iaitu beras, makanan dalam tin, mi segera, bihun, teh uncang, telur, minyak masak, gula, garam, kicap, roti dan biskut,” katanya.

Al-I’tisam dilantik Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai penyelaras Kluster Makanan atas kapasiti NGO itu memiliki bank simpanan makanan kering iaitu “Food Bank Al-I’tisam”.

“Kami mendapati paras air meningkat selepas dua sungai utama iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Golok melepasi tahap bahaya, pada masa sama amaran merah sudah dikeluarkan.

“Sasaran lokasi tertumpu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran di Pengkalan Kubur dan Wakaf Bharu, Tumpat,” katanya.

Katanya, sejak Khamis hingga Sabtu lalu, 20 sukarelawan Al-I’tisam melakukan tugas pembungkusan barangan agihan di Shah Alam, sebelum bergerak ke Kelantan, Khamis ini.

Justeru, pihaknya memerlukan dana RM30,000 bagi menjayakan misi berkenaan dan berharap orang ramai dapat menghulurkan sumbangan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. - NSTP/Zaman Huri Isa
Nafi banjir di Kuala Krai disebabkan pembalakan - MB


TUMPAT: Kerajaan Kelantan menafikan kejadian banjir yang berlaku di Chuchoh Puteri, Kuala Krai baru-baru ini disebabkan kegiatan pembalakan sebaliknya mungkin berpunca daripada aktiviti penerokaan haram.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata kegiatan pembalakan dijalankan di luar kawasan Sungai Rek secara sah dan berlesen.

“Bila kita minta penjelasan daripada Pejabat Perhutanan, memang benar berlaku (pembalakan), tapi di luar kawasan Sungai Rek dan dilakukan secara lesen.

“Kalau ingin mengaitkan kejadian itu (banjir di Chuchoh Puteri) dengan aktiviti pembalakan, itu tidak betul sebab ia dijalankan mengikut kaedah yang ditetapkan dan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Berkhatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di sini hari ini.

Seramai 120 kanak-kanak dari DUN itu mendaftarkan diri untuk program berkhatan yang dijadikan acara tahunan itu.

Ahmad berkata, pihaknya sudah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Perhutanan Negeri membuat semakan terperinci berhubung aktiviti penerokaan haram di kawasan berkenaan.

Katanya, tindakan segera akan diambil sekiranya benar terdapat aktiviti penerokaan haram berlaku.

“Saya sudah arahkan pihak berwajib menyiasat secara rapi dan jika ada (penerokaan haram), itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, penempatan penduduk di Kampung Chuchoh Puteri dibadai fenomena ‘kepala air’ dan 20 keluarga yang terperangkap dalam kejadian itu terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat oleh pasukan keselamatan.

Terdahulu, satu rakaman video tular di Facebook (FB) dan aplikasi WhatsApp menunjukkan keadaan arus deras di kampung berkenaan.

Ketika diminta mengulas mengenai gelombang kedua yang dijangka berlaku pada 25 atau 26 Disember ini, Ahmad meminta orang ramai lebih berwaspada dan membuat persiapan lebih awal.

“Pihak jawatankuasa pengurusan banjir juga sudah bersedia termasuk bekalan makanan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang akan beroperasi bila-bila masa diperlukan.

“Saya harap semua sudah mengambil pengajaran dari gelombang pertama apabila taburan hujan berlaku lebih daripada jangkaan,” katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

Sukarelawan bersama jabatan agensi keselamatan bergotong royong membersihkan ruang kelas yang dipenuhi lumpur akibat banjir di SK Lubuk Periuk, Hulu Terengganu. - NSTP/Ghazali Kori


Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Krai membantu membersihkan sebahagian rumah penduduk yang diselaputi lumpur akibat banjir di Kampung Chuchuh Puteri A. - Foto BERNAMA
Banjir makin pulih, bilangan mangsa di Kelantan, Terengganu berkurangan


KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda dua negeri pantai timur Semenanjung, Kelantan dan Terengganu semakin pulih hari ini dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan semakin berkurangan.

Sehingga jam 8 pagi ini, bilangan mereka yang dipindahkan di Kelantan ialah 7,519 dari 2,977 keluarga manakala di Terengganu 512 orang dari 129 keluarga.

Bilangan itu berkurangan berbanding malam tadi iaitu seramai 7,595 dari 2,998 keluarga di Kelantan dan 642 orang dari 164 keluarga di Terengganu.

Dua lagi negeri yang terjejas banjir ialah Sarawak yang mencatat bilangan mangsa seramai 93 orang dari 19 keluarga dan Johor dengan 21 orang dari empat keluarga ditempatkan di pusat pemindahan.

Di KELANTAN, menurut Aplikasi InfoBencanaJKM seramai 4,733 orang dari 1,996 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas manakala di Tumpat seramai 2,786 melibatkan 981 keluarga berada di tujuh pusat pemindahan.

Menurut laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas berada pada bacaan 9.63 meter, melepasi bahaya 9 meter, manakala Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat mencatat bacaan 2.77 meter, melepasi paras bahaya 2.50 meter.

Keadaan cuaca di negeri itu mendung dengan hujan renyai di sesetengah tempat.

Di TERENGGANU, kesemua mangsa banjir kini ditempatkan di enam pusat pemindahan iaitu lima pusat di daerah Kuala Nerus dan satu di Kuala Terengganu, menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan (JKM).

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman sesawang http://publicinfobanjir.water.gov.my/ pula melaporkan hanya Sungai Nerus di Kampung Bukit dekat Setiu mencatat bacaan waspada iaitu 10.85 meter (m) melebihi paras waspada 10.5m pagi ini.

Di SARAWAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Mej Ismail Mahedin dalam kenyataan berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Trusan.

Lapan kampung yang terjejas ialah Kampung Seberang Kedai Trusan, Kampung Gelapas, Kampung Perumahan Gelapas, Kampung Masjid Trusan, Kampung Luagan Kelilang, Kampung Tengah Trusan, Kampung Lintang dan Kampung Berjumpa Sundar.

Di JOHOR, kesemua mangsa banjir dari Kampung Parit Betong dan Kampung Parit Abdul Rahman ditempatkan di pusat pemindahan di Parit Sulong, Batu Pahat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mereka berada di pusat pemindahan di Sekolah Agama Seri Comel sejak Isnin kerana kawasan kediaman masing-masing digenangi ‘banjir termenung’ dengan cuaca di sekitar kawasan kampung itu hari ini mendung. – BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376


Kanak-kanak yang di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Gual Tinggi, Rantau Panjang. - NSTP/Fathil Asri
Mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan


KOTA BHARU: Bilangan mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 6,216 orang setakat jam 11 pagi ini.

Kesemua mereka membabitkan 2,328 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),

Pasir Mas menunjukkan penurunan paling banyak kepada 3,445 mangsa daripada 1,351 keluarga di 12 PPS.

Tumpat pula hanya sedikit menurun kepada 2,771 mangsa kepada 977 keluarga di tujuh PPS.

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras bahaya, namun semakin menurun iaitu 9.54 meter berbanding 10.05 meter semalam.

Sungai Golok di Kuala Jambu yang menunjukkan paras bahaya merekodkan bacaan 2.63 meter.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’atuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana Banjir Negeri Pahang 2019/2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Jalan Gambut. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Bantu mangsa banjir dengan ikhlas, elak agenda peribadi


KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’atuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah, semua pegawai dan anggota keselamatan termasuk pemimpin setempat perlu menjalankan tugas dengan ikhlas tanpa memikirkan agenda peribadi.

Baginda bertitah, setiap tugas diamanahkan adalah tanggungjawab untuk dilaksanakan sebaik mungkin dan bukannya untuk mengejar nama atau kedudukan.

“Saya berharap mereka yang bertugas ketika bencana banjir dapat melakukan kerja dengan ikhlas dan tidak mementingkan diri atau untuk mendapatkan undi.

“Kita perlu peka dengan keadaan (kesukaran) sedang dihadapi mangsa banjir yang mana kediaman mereka rosak atau ditenggelami air, jadi kita perlu membantu mereka sebaik mungkin.

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan taklimat dan persediaan sudah dilakukan Kerajaan Pahang dalam menghadapi bencana banjir setakat ini. Sebenarnya saya juga sudah diberikan taklimat mengenai persiapan agensi berkaitan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara yang juga Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan berharap semua persiapan ini dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah jika banjir besar melanda Pahang atau negeri lain,” titah baginda selepas mendengar Taklimat Pengurusan Bencana Banjir Negeri Pahang 2019/2020 oleh Ketua Polis negeri, Datuk Abd Jalil Hassan.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Pada taklimat itu, Abd Jalil memaklumkan 691 pusat penempatan sementara (PPS) membabitkan sekolah, masjid dan surau serta dewan orang ramai, yang mampu memuatkan kira-kira 156,000 mangsa banjir disediakan di seluruh negeri sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut bermula awal Oktober lalu dan dijangka berakhir Mac tahun depan.

Katanya, kerajaan negeri juga menyediakan 118 pangkalan hadapan bagi memastikan bekalan makanan dan keperluan asas dapat diagihkan segera kepada penduduk yang berada di PPS terbabit.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan pihak bertanggungjawab menguruskan PPS memastikan segala kemudahan asas diperlukan dapat disediakan dengan sempurna.

“Saya beberapa kali melawat PPS sebelum ini dan antaranya tidak mempunyai kemudahan sepatutnya... ada bilik air yang tidak mempunyai bekalan air, jadi ini peliklah... jika air tidak ada, itu bukan namanya bilik air.

“Selain itu, saya juga ingin mengingatkan kepada semua pihak, sama ada pihak keselamatan atau mangsa banjir, perlu sama-sama memainkan peranan dan tidak melepaskan tanggungjawab kepada pihak tertentu semata-mata.

“Contohnya, isu kebersihan di PPS, kita tidak boleh serahkan (tanggungjawab) kepada pihak berkenaan saja, penduduk yang berada di situ juga perlu bersama-sama memastikan persekitaran bersih untuk keselesaan mereka,” titah baginda.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

Penduduk, Naser Abdullah, 53, bersama isteri Noor Azlina Abdul Rahman, 45, dan anak-anak membasuh pakaian yang ditenggelami banjir sebelum ini di luar rumahnya yang masih ditenggelami banjir termenung di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat. - Foto Syamsi Suhaimi
Banjir di Kelantan makin pulih


KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan hanya 66 mangsa banjir daripada 20 keluarga setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 297 orang daripada 83 buah keluarga pada petang semalam.

Berdasarkan Aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong di Pasir Mas dengan 50 mangsa (18 keluarga) dan SK Pengkalan Kubor 2, Tumpat dengan 16 mangsa (dua keluarga).

Maklumat dalam publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras berjaga-jaga iaitu 7.75 meter (berjaga-jaga 7 meter) manakala semua sungai lain berada pada paras normal.

Cuaca pagi ini mendung dengan sesekali hujan sederhana lebat.

Setakat ini, tiga mangsa terkorban akibat banjir di Kelantan.

Di Johor Bahru, jumlah mangsa banjir di PPS di Kota Tinggi kekal 19 orang daripada lima keluarga, setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, berkata mereka dari Kampung Baharu, Kampung Changi dan Kampung Jumis Bukit Raja di Teluk Ramunia yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia yang dibuka sejak 2.30 petang semalam. – BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,449
Reaction score
11,435
Points
2,376

Tinjauan dipesisir pantai Sepat mendapati pengunjung tidak mengendahkan bendera merah yang dinaikkan tanda amaran supaya tidak mendekati pantai dan menjalankan sebarang aktiviti mandi berikutan laut bergelora dan ombak besar musim monsun timur laut. - Foto Muhd Asyraf Sawal
 
Sponsored Post
Top
Log in Register