BTC USD 62,053.4 Gold USD 1,777.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info & Update Banjir Terkini di Pantai Timur

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,302
Reaction score
12,495
Points
2,376
Tolong update & share semua info banjir di tempat anda khususnya di Pantai Timur
 
Paras Sungai Golok dijangka cecah 10 meter

KOTA BHARU 27 Nov. - Paras Sungai Golok yang kini berada pada paras bahaya 9.40 meter dijangka akan terus meningkat sehingga mencecah 10 meter menjelang malam ini ekoran hujan berterusan sepanjang hari.


Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Kamal Mustapha berkata, secara keseluruhan, semua sungai di negeri ini menunjukkan trend meningkat, namun Sungai Golok dilaporkan paling kritikal.


Sehubungan itu katanya, penduduk di sepanjang tebing Sungai Golok dan kawasan sekitarnya diminta bersedia menghadapi kemungkinan banjir yang lebih buruk.


“Bila kita beri amaran awal begini, bukan bermaksud seluruh bandar Rantau Panjang akan tenggelam, cuma kita mahu orang ramai tahu mereka perlu bersiap sedia lebih awal kerana paras air sungai tersebut sedang menaik.


“Kalau buat persiapan awal, sekurang-kurangnya risiko dan beban perlu ditangggung penduduk berkurangan sehingga 50 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Karnival JPS Kelantan 2017 di sini hari ini.



http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/paras-sungai-golok-dijangka-cecah-10-meter-1.561593

Mayat kanak-kanak mangsa banjir pertama Kelantan ditemui

image.jpg


KUALA KRAI - Mayat kanak-kanak, Ahmad Fawas Atikullah, 6, yang menjadi mangsa banjir pertama di negeri ini ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi terjatuh di jambatan Kampung Sungai Peria Baru, di sini hari ini.


Menurut nenek mangsa, Rokiah Idris, 51 berkata, mayat cucunya ditemui oleh bapa saudara mangsa kira kira pukul 10 pagi tadi.

Katanya, mayat ditemui dalam keadaan kaki terapung dan badan tersangut pada akar di sungai tersebut oleh bapa saudara arwah dan pasukan mencari dan menyelamat.

"Alhamdullilah, akhirnya arwah ditemui. Kami sekeluarga reda menerima ketentuan ini. Arwah akan dibawa ke Hospital Kuala Krai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peria Baru," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan mangsa, Ahmad Fawas Atikullah, 6, terjatuh semasa cuba menyeberangi jambatan di Kampung Sungai Peria yang dinaiki air separas 0.2 meter pada pukul 3.30 petang, semalam.

Kanak-kanak berkenaan mengikut sepupunya yang berusia 10 tahun untuk menyeberangi sungai tetapi tidak berjaya selepas dia dihanyutkan arus air yang deras.


http://www.kosmo.com.my/terkini/mayat-kanak-kanak-mangsa-banjir-pertama-kelantan-ditemui-1.561604

Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,302
Reaction score
12,495
Points
2,376
Air Pasang Besar: 10 kawasan berisiko banjir kilat

banjeiie.transformed.jpg

BUTTERWORTH: Sebanyak 10 kawasan di lima daerah sekitar Pulau Pinang dijangka terdedah banjir kilat berikutan fenomena air pasang besar yang disertai hujan lebat, sejak beberapa hari lalu

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Sabri Abdul Mulok, berkata bagaimanapun paras air yang naik masih terkawal dan penduduk yang terjejas masih boleh menetap di kediaman masing-masing sehingga mendapat arahan berpindah daripada pihak berkuasa

Katanya, paras air sungai di beberapa kawasan termasuk di Butterworth, Nibong Tebal, Teluk Kumbar dan Sungai Pinang sudah mula naik, namun tidak secara mendadak dan hanya meningkat antara 100 hingga 300 milimiter (ml) sahaja

"Berdasarkan tinjauan awal, fenomena air pasang besar di negeri ini tidak begitu serius seperti di Perak dan Selangor

"Bagaimanapun, kita akan mengadakan pemeriksaan dan tinjauan untuk melihat keadaan paras air sungai hingga Khamis ini. Kita menjangkakan keadaan akan kembali normal sekiranya fenomena air pasang besar ini tidak disertai dengan hujan lebat," katanya ketika mengadakan tinjauan di Kampung Manis, Perai di sini, awal pagi tadi

Beliau berkata, pihaknya bersyukur fenomena air pasang besar kali ini tidak serius, sekali gus meredakan kebimbangan terutama kepada penduduk di kawasan berisiko

Sementara itu, dalam tinjauan di Kampung Manis, Sabri berkata, paras Sungai Perai didapati naik dengan bacaan tiga meter dari paras biasa iaitu sekitar 2.7 ke 2.8 meter, awal pagi tadi

Katanya, pihaknya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya memindahkan penduduk di kawasan itu ke tempat lebih tinggi atau ditawarkan perumahan kos rendah berikutan kedudukan kampung berkenaan yang terlalu hampir dengan sungai

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/203311
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,302
Reaction score
12,495
Points
2,376
Air pasang: Mangsa dipindahkan meningkat di Selangor

bt_01.1.jpg

SHAH ALAM - Jumlah penduduk yang dipindahkan ekoran fenomena air pasang besar di Selangor, meningkat kepada 482 orang pagi ini berbanding 459 orang malam tadi

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Selangor, peningkatan itu membabitkan penduduk Kampung Batu 5, Kapar, Klang, yang sebahagian besarnya ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali

Katanya, sehingga 9 pagi ini jumlah mangsa yang berada di pusat itu adalah sebanyak 152 orang berbanding 133 malam tadi

Selain Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali di Kapar, terdapat empat lagi pusat pemindahan dibuka di negeri ini ekoran fenomena tersebut iaitu Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda juga di Kapar yang menempatkan 236 orang, Dewan Seri Sekinchan (dua orang), Dewan Sungai Air Tawar (63 orang) dan Dewan Parit Baru (29 orang) di Sabak Bernam

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conte...=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz4NP9tZEAT
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,302
Reaction score
12,495
Points
2,376
Empat kawasan peranginan PD berlaku air pasang besar

image.jpg

SEREMBAN - Fenomena air pasang besar dilaporkan berlaku di empat kawasan pusat peranginan Port Dickson, pagi tadi

Empat kawasan yang dipantau adalah Pantai Teluk Kemang di Batu 8; Pantai Bagan Pinang, Batu 3; Pantai Saujana, Batu 4 serta Pantai Tanjung Biru atau Blue Lagoon di Batu 10

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Port Dickson ketika dihubungi Bernama berkata kemuncak air pasang telah berlaku pada 9 pagi dan sehingga 11 pagi ini, air sudah kembali surut

Katanya paras ketinggian ombak direkodkan 3.35 meter dari aras laut

"Keadaan masih terkawal setakat ini tetapi di Taman Wawasan Port Dickson air naik pada paras minimum dan tiada rumah terjejas

"Kami juga tidak buat pemindahan kerana air hanya bertakung di kawasan itu yang dipercayai berpunca dari limpahan air pasang besar dan hujan pagi tadi," katanya

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata anggota akan terus ditempatkan di kawasan berkenaan sehingga 20 Okt ini

"Kami akan tempatkan anggota sehingga 20 Okt tetapi bergantung kepada keadaan semasa juga

"Untuk fenomena gelombang kedua, kami akan tempatkan semula anggota bergantung kepada keputusan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Port Dickson

Ketua Polis Negeri, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata anggotanya hanya akan ditempatkan sekiranya keadaan memerlukan

"Setakat ini keadaan ombak tidak begitu berbahaya...jika keadaan memerlukan yang mana pihak kami akan buat kawalan di sekitar pantai untuk tidak membenarkan pengunjung mandi di kawasan terbabit kerana akan mendatangkan bahaya," katanya

http://www.sinarharian.com.my/edisi...ranginan-pd-berlaku-air-pasang-besar-1.575037
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,817
Reaction score
1,623
Points
201
selangor awal2 da pindahkan org gan buat guni pasir.. terbaik
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,302
Reaction score
12,495
Points
2,376
167 mangsa masih di pusat pemindahan banjir

image.jpg

KLANG 20 Okt. - Setakat pukul 8 pagi tadi, sebanyak 167 mangsa daripada 43 keluarga masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Dato' Ahmad Razali di sini berikutan fenomena air pasang besar

Di Sabak Bernam, empat pusat pemindahan banjir masih dibuka namun tiada mangsa

Keempat-empat pusat itu ialah Dewan Sungai Air Tawar, Dewan Parit Baru, Dewan Seri Sekinchan dan Dewan Sri Bernam

http://www.utusan.com.my/berita/terkini/167-mangsa-masih-di-pusat-pemindahan-banjir-1.397101
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register