TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 395,575
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 395,575
- Reaction score
- 26,759
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
Tolong update & share semua info banjir di tempat anda khususnya di Pantai Timur
Paras Sungai Golok dijangka cecah 10 meter
KOTA BHARU 27 Nov. - Paras Sungai Golok yang kini berada pada paras bahaya 9.40 meter dijangka akan terus meningkat sehingga mencecah 10 meter menjelang malam ini ekoran hujan berterusan sepanjang hari.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Kamal Mustapha berkata, secara keseluruhan, semua sungai di negeri ini menunjukkan trend meningkat, namun Sungai Golok dilaporkan paling kritikal.
Sehubungan itu katanya, penduduk di sepanjang tebing Sungai Golok dan kawasan sekitarnya diminta bersedia menghadapi kemungkinan banjir yang lebih buruk.
“Bila kita beri amaran awal begini, bukan bermaksud seluruh bandar Rantau Panjang akan tenggelam, cuma kita mahu orang ramai tahu mereka perlu bersiap sedia lebih awal kerana paras air sungai tersebut sedang menaik.
“Kalau buat persiapan awal, sekurang-kurangnya risiko dan beban perlu ditangggung penduduk berkurangan sehingga 50 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Karnival JPS Kelantan 2017 di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/paras-sungai-golok-dijangka-cecah-10-meter-1.561593
Mayat kanak-kanak mangsa banjir pertama Kelantan ditemui
![]()
KUALA KRAI - Mayat kanak-kanak, Ahmad Fawas Atikullah, 6, yang menjadi mangsa banjir pertama di negeri ini ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi terjatuh di jambatan Kampung Sungai Peria Baru, di sini hari ini.
Menurut nenek mangsa, Rokiah Idris, 51 berkata, mayat cucunya ditemui oleh bapa saudara mangsa kira kira pukul 10 pagi tadi.
Katanya, mayat ditemui dalam keadaan kaki terapung dan badan tersangut pada akar di sungai tersebut oleh bapa saudara arwah dan pasukan mencari dan menyelamat.
"Alhamdullilah, akhirnya arwah ditemui. Kami sekeluarga reda menerima ketentuan ini. Arwah akan dibawa ke Hospital Kuala Krai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peria Baru," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan mangsa, Ahmad Fawas Atikullah, 6, terjatuh semasa cuba menyeberangi jambatan di Kampung Sungai Peria yang dinaiki air separas 0.2 meter pada pukul 3.30 petang, semalam.
Kanak-kanak berkenaan mengikut sepupunya yang berusia 10 tahun untuk menyeberangi sungai tetapi tidak berjaya selepas dia dihanyutkan arus air yang deras.
http://www.kosmo.com.my/terkini/mayat-kanak-kanak-mangsa-banjir-pertama-kelantan-ditemui-1.561604
Last edited: