Info & Update Banjir Di Sekitar Selatan Tanahair

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,468
Reaction score
11,438
Points
2,376

Kediaman mangsa yang dinaiki air bah semula kesan peningkatan air pasang surut Sungai Muar di Kampung Pogoh Tengah, Segamat semalam. - Foto Ahmad Ismail
Banjir di Segamat belum surut


JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di daerah Segamat yang menjadi satu-satunya kawasan terjejas bencana itu tidak banyak berubah dengan mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seramai 343 sehingga pagi tadi.

Ia membabitkan 81 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS seluruh daerah itu setakat jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu tidak banyak berubah berbanding semalam, iaitu 436 mangsa dan keadaan dijangka beransur pulih berikutan ramalan yang menjangka cuaca baik pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, berkata dewan Kampung Tandong di Buloh Kasap, di sini menjadi PPS yang menempatkan mangsa paling ramai, iaitu 115 daripada 24 keluarga.

Katanya, ini diikuti Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 85 mangsa daripada 22 keluarga.

“Beberapa PPS lain masih diaktifkan di Segamat ialah Kompleks Penghulu Pogoh yang menempatkan 26 mangsa daripada empat keluarga, Balai Raya Gemereh 3 (11 mangsa daripada tiga keluarga), Sekolah Kebangsaan Kampung Spang Loi (14 mangsa daripada empat keluarga) dan Sekolah Agama Kuala Paya (27 mangsa daripada lima keluarga).

“PPS lain ialah Balai Raya Kampung Sanglang (11 mangsa daripada tiga keluarga), Sekolah Agama Buloh Kasap (38 keluarga daripada 10 keluarga) dan Balai Raya Bukit Tunggal (16 mangsa daripada lima keluarga),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chen Choon berkata, keadaan cuaca hari ini dijangka cerah, bagaimanapun pemantauan berterusan dilakukan oleh agensi berkaitan dari semasa ke semasa.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,468
Reaction score
11,438
Points
2,376

Banjir di Segamat telah pulih, namun 343 orang daripada 81 keluarga masih berada di PPS kerana rumah mereka masih digenangi air 'banjir termenung' para paras kira-kira 0.3 meter. - Exco Johor, Tan Chen Choon
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,468
Reaction score
11,438
Points
2,376






Laporan InfoBencana JKM berkenaan bah melanda Negeri Johor (9:56 pagi) pada 24 Disember 2019
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,468
Reaction score
11,438
Points
2,376


PENDUDUK mengharungi banjir di Kampung Seberang Batu Badak. - Foto Ahmad Ismail

Banjir: Segamat semakin pulih, tinggal 138 orang di PPS


JOHOR BAHRU: Banjir di Segamat semakin pulih apabila jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), terus berkurangan, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon menerusi kenyataan berkata, setakat jam 10 pagi ini, seramai 138 orang daripada 33 keluarga berada di dua PPS berbanding 143 orang daripada 35 keluarga, malam tadi.

Beliau berkata, kesemua yang masih terjejas akibat ‘banjir termenung’ adalah penduduk dari Kampung Batu Badak dan Kampung Tandong.

Katanya, seramai 80 orang daripada 20 keluarga berada di Balai Raya Kampung Batu Badak, manakala 58 orang daripada 13 keluarga di Dewan Kampung Tandong.

Katanya, cuaca kini cerah di sekitar Segamat, dan pemantauan terhadap banjir dilakukan dari semasa ke semasa. – BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,468
Reaction score
11,438
Points
2,376

Keadaan banjir di Kampung Parit Betong, Parit Abd Hadi dan Parit Ju di Simpang Kiri selepas hujan lebat di Parit Sulong, Batu Pahat, baru-baru ini. - Ihsan pembaca

RM400,000 tampung kos persekolahan anak mangsa banjir


BATU PAHAT: Kerajaan negeri Johor membelanjakan kira-kira RM400,000 untuk menampung kos perbelanjaan keperluan persekolahan pelajar sekolah rendah dan menengah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata seramai 1,272 daripada kira-kira 10,000 mangsa yang terbabit dalam kejadian banjir di negeri ini adalah merupakan pelajar sekolah.

Katanya, tujuan utama bantuan ini diberikan adalah sebagai usaha membantu ketua keluarga menyediakan kelengkapan secukupnya untuk anak masing-masing selepas berhadapan dengan musibah.

“Diharapkan bantuan ini nanti akan dapat meringankan beban ketua keluarga dan ianya disampaikan secara berperingkat oleh pemimpin kawasan masing-masing dalam masa terdekat ini.

“Untuk hari ini, saya akan bertemu dengan mangsa dan pelajar di Daerah Kluang, Batu Pahat, manakala di Segamat sama ada Pusat Penempatan Sementara (PPS) akan ditutup atau tidak hanya akan diputuskan selepas tinjauan nanti,” katanya.

Sahruddin berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali ke Sekolah kepada anak-anak mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Yong Peng dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin mengesahkan bahawa kerajaan negeri sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi gelombang kedua banjir sekiranya berlaku seperti yang diramalkan.

Katanya, untuk tujuan itu, semua agensi berkaitan seperti Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa berada dalam siap siaga sepenuhnya jika diperlukan untuk membantu memindahkan mangsa.

“Sama-sama kita berdoa agar musibah ini tidak berulang lagi dan dalam masa sama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di setiap daerah dikehendaki mengenal pasti punca kejadian banjir bagi membolehkan tindakan susulan dapat dilakukan,” katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,468
Reaction score
11,438
Points
2,376


KEADAAN banjir di Kampung Batu Badak. - Foto Ahmad Ismail

Banjir termenung: 30 penduduk di Segamat masih berada di PPS


JOHOR BAHRU: Sebanyak 30 mangsa banjir daripada tujuh keluarga di Segamat masih berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini berikutan rumah masing-masing masih digenangi air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, berkata semua mereka adalah penduduk Kampung Batu Badak.

Katanya, cuaca cerah di sekitar Segamat, namun semua mereka belum boleh pulang kerana kediaman masing-masing masih digenangi ‘banjir termenung’. - BERNAMA


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,468
Reaction score
11,438
Points
2,376

Masih belum pulang


SEBANYAK 30 mangsa banjir daripada tujuh keluarga di Segamat masih berada di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berikutan rumah masing-masing masih digenangi air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, menerusi kenyataan berkata, kesemua mereka adalah penduduk Kampung Batu Badak.

Katanya, cuaca cerah di sekitar Segamat, namun kesemua mereka belum boleh pulang kerana kediaman masing-masing masih digenangi “banjir termenung”.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,468
Reaction score
11,438
Points
2,376
13banjir1_1589334274.jpg

Keadaan banjir di Kampung Bentong Luar selepas air Sungai Melantai melimpah akibat daripada hujan lebat kira-kira jam 4.30 petang, semalam. - Foto ihsan Pembaca

Banjir: 67 penduduk Kluang dipindahkan


Kluang: Susulan hujan lebat hampir dua jam bermula 4.30 petang semalam, dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini bagi menempatkan 67 orang mangsa daripada 18 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang dalam kenyataan berkata, mangsa yang terbabit adalah penduduk Kampung Bentong Luar, Kampung Bentong Dalam, Kampung Palembang Lama dan Kampung Palembang Baru.

Banjir berlaku kira-kira jam 6.30 petang selepas air di Sungai Melantai dan Sungai Mengkibol melimpahi tebing sehingga memasuki kediaman penduduk dan menjejaskan keselamatan mereka.

"Seramai 31 mangsa daripada 10 keluarga di Kampung Bentong Dalam dan Kampung Bentong Luar yang terletak berhampiran Sungai Melantai dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Kluang.

"Manakala 36 mangsa daripada Lapan keluarga dari Kampung Palembang Lama dan Kampung Palembang Baru yang terletak berhampiran Sungai Mengkibol di ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perdana di Taman Sri Suria dekat sini," katanya.

Menurutnya, semua mangsa ditempatkan di dalam kelas secara berasingan mengikut keluarga masing-masing namun terlebih dahulu dilakukan saringan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menentukan kesihatan mereka.

"Semua mangsa juga dibekalkan kit bencana disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kluang sebagai bantuan awal sebelum tindakan susulan berpandukan keadaan cuaca hari ini.

"Kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan oleh 38 anggota daripada pasukan Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), JKM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan KKM," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai langkah keselamatan, semua petugas yang berurusan dengan mangsa menggunakan pelitup muka dan sarung tangan getah.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register