Info Menarik tuk Mat Rock Kapak

CG Sponsors




GOLDEN TOUCH

Active+ Member
Joined
May 15, 2014
Messages
3,806
Reaction score
53
Points
30
Kumpulan krabat lagu keinsafan pun best juga. Kumpulan ustaz aqil hayy riyadh pun best juga
 
Sponsored Post

Prisoner

Active+ Member
Joined
Apr 25, 2010
Messages
4,005
Reaction score
38
Points
30
"Lu rock ka apa?"

asal ayat ni datangnya rock kapak..
Amy la cakap.. betul ke tak tak tau la..
 

jazzroll

Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
1,989
Reaction score
6
Points
25
hjg 80an dan awal 90an, kump rock dominasi ajl....kalau ada 10 lagu yg bertanding, mesti 6-7 daripada lagu kump rock....search, wings, ekamatra, mega, gersang, iklim, bpr, xpdc, gamma....
 

agen14

Super Active Member
Joined
Nov 21, 2009
Messages
8,819
Reaction score
72
Points
75
Selalu dengar dj Isma Halil Hamzah kat BapakkuFm
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,345
Reaction score
630
Points
121
Tak silap aku nama rock kapak ni pasal band2 selalu main kat pentas expo di atas tanah parking atau 'car park'. Dari situ mula nama kapak.
 

HangPC2

Active Member
Joined
Nov 19, 2009
Messages
1,585
Reaction score
23
Points
25
Rockers menangis rambut dipotong menteri






ALLAHYARHAM Tan Sri Mohamed Rahmat memotong rambut Amy Search (tengah) sambil diperhatikan Awie (kiri) serta ahli kumpulan Search dan Wings



KU SYAFIQ KU FOZI

02 April 2019 3:00 AM


RAMBUT panjang memang sinonim dengan penyanyi rock pada 1980-an hingga 1990-an. Itulah penampilan awal kugiran tempatan seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bumiputra Rockers. Bagi rockers-rockers ini, imej rock mereka tidak sempurna tanpa rambut panjang. Ia adalah identiti maka memotong rambut pendek bermakna mengorbankan identiti mereka.

Isu rambut panjang sangat hangat diperkatakan ketika muzik rock berada di kemuncaknya. Search dengan lagu ‘berhantunya’, Isabella mencatat kejayaan besar setelah meraih Anugerah Juara Lagu pada 1989 dan menembusi pasaran Indonesia. Lagu itu turut diangkat menjadi filem pada 1990 dengan menampilkan Amy Search dan aktres Indonesia, Nia Zulkharnain sebagai pelakon utama.

Agak malang, rambut panjang artis rock ini dikaitkan sebagai `imej negatif’. Sebelum itu, mereka telah terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk gaya hidup yang bebas dan ganas. Insiden ‘rusuhan’ semasa konsert Battle Of The Band di Pulau Pinang pada 1986 juga menconteng arang ke muka artis rock.

Rock selepas itu mula disinonimkan dengan hedonisme dan budaya kuning. Semua yang berkaitan dengan rock dilihat negatif baik dari segi muzik mahupun penampilan. Kemuncaknya, penampilan artis rock yang berambut panjang diharamkan oleh kerajaan pada 1990.

Utusan Malaysia pada 16 November 2013 pernah melaporkan isu ini secara eksklusif. Dalam laporan khas itu, legenda rock seperti kumpulan Wings dan Amy Search tampil mengimbau memori dan memberi penjelasan.

Penyanyi Wings, Awie atau Datuk Ahmad Azhar Othman tidak pernah melupakan detik bersejarah pada 1 November 1992 apabila rambutnya dan Amy Search dipotong oleh Menteri Penerangan ketika itu, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Upacara potong rambut itu disiarkan secara langsung di RTM.

Kata Awie, walaupun tidak bersetuju pada awalnya, namun Wings dan Search relak memendekkan rambut sebagai bukti bahawa mereka dan artis rock lain tidaklah sejahat seperti yang disangka.

Walaupun sepanjang dua tahun ‘berdegil’ tidak mahu memendekkan rambut dan penampilan mereka diharamkan oleh kerajaan, Awie berkata, perkara itu tidak memutuskan rezeki mereka. Katanya, mereka masih mampu menjana pendapatan melalui undangan persembahan di fun fair dan pesta-pesta yang rata-ratanya dihadiri ribuan peminat.

Namun mengorbankan identiti bukan sesuatu yang mudah. Sisipan Mingguan Malaysia, Panca pada 8 November 1992 melaporkan, Amy dan Awie menangis selepas dipotong rambut pada upacara itu. Gambar mereka berpelukan sambil menangis yang dibidik jurugambar, Jefri Iran juga dipaparkan.

Wartawan terkenal, Juwie melaporkan, Amy berasa sedih kerana dia sudah 10 tahun membela rambut tersebut dan menganggap imej tersebut sebagai satu da*ripada perjuangan mereka selama terlibat dalam bidang seni.

Penampilan kedua-dua kumpulan itu selepas memotong rambut masih ada imej rock kerana syarat kerajaan ketika itu, rambut lelaki tidak boleh panjang melepasi paras bahu. Rambut mereka masih panjang dan muzik mereka masih pekat irama rock.

Cuma selepas peristiwa itu, populariti mereka tidak lagi sehebat dulu. Genre lain seperti balada juga sudah mula mendapat tempat di hati peminat. Di Barat pula, muzik hip hop perlahan-lahan mengumpul pengaruh.

Search dan Wings turut merasai kesuraman muzik rock sehingga Amy dan Awie masing-masing mula mengatur langkah membina kerjaya secara solo. Amy tampil dengan album solo pertamanya, Magic pada 1994 dengan imej botak manakala Awie juga menghasilkan album solo berjudul Awie pada tahun yang sama.

Generasi remaja pada 1980-an dan 1990-an boleh ketawa sesama sendiri sekarang mengenang era mereka berambut panjang. Apatah lagi kini setelah usia melangkaui 40-50 tahun, berambut panjang adalah amat merimaskan dan ada juga yang sudah botak.


- Utusan Malaysia -


© Utusan Melayu (M) Bhd


 
Sponsored Post
Top
Log in Register