BTC USD 64,146.1 Gold USD 2,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Indonesia mungkin tawar dua kewarganegaraan

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,343
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,343
Reaction score
877
Points
121

Indonesia mungkin tawar dua kewarganegaraan​

April 30, 2024 @ 11:40am


Menteri Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan, bercakap semasa temu bual di pejabatnya di Jakarta. - Foto REUTERS
Menteri Koordinator Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan, bercakap semasa temu bual di pejabatnya di Jakarta. - Foto REUTERS

JAKARTA: Indonesia berkemungkinan menawarkan dua kewarganegaraan kepada individu berketurunan Indonesia dalam usaha menarik lebih ramai pekerja mahir ke negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang menteri kanan, hari ini.
Ketika ini, Indonesia tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan untuk orang dewasa, mengikut undang-undang negara itu.

Manakala, kanak-kanak yang mempunyai dua pasport mesti memilih satu apabila mencapai umur 18 tahun.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan, berkata kerajaan bercadang untuk memberikan dua kerakyatan kepada bekas warga Indonesia yang tinggal di luar negara, tanpa memberikan butiran lanjut.​


Luhut berkata demikian di hadapan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella, yang menjanjikan pelaburan AS$1.7 bilion (RM ) di Indonesia.

"Kami juga menjemput diaspora Indonesia dan kami juga memberikan mereka, tidak lama lagi, dua warganegara.

"Yang saya fikir akan... membawa orang Indonesia yang sangat mahir kembali ke Indonesia," katanya.
Hampir 4,000 warga Indonesia menjadi warga Singapura antara 2019 hingga 2022.

Isu dua kewarganegaraan menyebabkan beberapa kontroversi pada 2016 apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo memecat Arcandra Tahar sebagai Menteri Tenaga dan Perlombongan selepas kurang sebulan memegang jawatan berikutan laporan beliau memegang pasport Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia. -
 
Sponsored Post

apa kebaikannya?
Kebaikannya kepada mereka yang memerlukannya.

Seperti orang Malaysia yang bekerja di luar negara yang bekerja dengan bank ataupun oil&gas kerana tugas kerja yang selalu kena travel seperti ke USA.

Jika ada British pasaport tak perlu nak apply visa etc. Dan senang majikan nak hantar ke USA sebagai contoh. Pasaport Malaysia kena banyak kerjaa nak apply visa.
 
Lain kerajaan lain pemikiran.
Bila team A jadi kerajaan, mereka ada pattern mereka sendiri.
Sama juga bila team B, C dan seterusnya.
Jokowi tak izinkan 2 passport.
Presiden baru izinkan pulak.
Betul, lain kerajaan lain dasar dan pemikiran. Tp ke semua ada persamaan, iaitu akan fikirkan kemajuan negara dlm jangka masa panjang.

Siapa pun yg jadi kerajaan, x akan bodoh nk rosak kan negara sendiri.
 
Saya rasa kalau Indonesia bagi 2 passport, lagi ramai yang akan keluar dari Indonesia.
Melainkan 2 passport ni hanya orang luar sahaja, warganegara Indonesia tidak dibenarkan.

Rakyat dier yg dah bermastautin kat mesia pun dah xnak balik sana... Dok kat mesia leh niaga kumpul harta... Leh shopping KT TikTok tanpa sbrg masalah...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register