BTC USD 60,354.3 Gold USD 1,740.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Indonesia haramkan pembuatan minuman keras beralkohol

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,444
Reaction score
4,441
Points
601
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menarik balik industri pembuatan alkohol daripada senarai pelaburan berpotensi negara itu berikutan bantahan kumpulan agama di negara majoriti Islam itu.

Sebelum ini, di bawah Perundangan Mewujudkan Pekerjaan 2020 atau Perpres no. 10/2021 yang ditandatangani beliau pada 2 Februari lalu, Indonesia membuka pelaburan industri pembuatan alkohol di republik itu.

Tindakan itu membuka kembali pelaburan tempatan dan luar negara dalam industri itu terutama di Bali, Papua, Nusa Tenggara Barat dan Sulawesi, yang sebelum ini adalah sektor tertutup.

Bagaimanapun, kumpulan Islam terbesar lagi berpengaruh di Indonesia menolak dan mengecam Perpres no. 10/2021 itu kerana penerimaan industri alkohol mencemarkan imej Indonesia di mata dunia Islam.

Jokowi, pada satu sidang media semalam, berkata beliau memansuhkan keputusan itu selepas menerima maklum balas ulama, Majlis Ulama Indonesia (MUI), Nahdlatul Ulama (NU), Muhammadiyah dan beberapa pertubuhan lagi.

"Maka dengan itu, saya umumkan bahawa keputusan membuka pelaburan baharu dalam industri pembuatan minuman beralkohol di Indonesia dimansuhkan," katanya.

NU, yang juga pertubuhan Islam terbesar di dunia, sebelum ini menyuarakan kekhuatiran keputusan Perpres no. 10/2021 akan mengakibatkan amalan meminum arak berleluasa di Indonesia sehingga merosakkan golongan muda.

Meminum alkohol dibenarkan di republik itu bagi individu berusia lebih 21 tahun kecuali di Aceh, yang melaksanakan undang-undang Syariah dan mengharamkan minuman beralkohol sama sekali. - AGENSI

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,860
Reaction score
2,719
Points
206
eloklah diharamkan.
tengoklah contoh terdekat di negara jiran.

sampai sekarang tak tutup-tutup lagi kilang arak. yang mati kena langgar dengan kanina mabuk pun ramai.
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,059
Reaction score
503
Points
81
Alhamdullillah.
Bagus Pak Jokowi ni.
Semoga Allah swt memberi rahmat kepada indonesia..dan kita juga..
Aminnn
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,843
Reaction score
526
Points
161
diorg punye kumpulan agama kat sane kuat
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,283
Reaction score
1,317
Points
201
eloklah diharamkan.
tengoklah contoh terdekat di negara jiran.

sampai sekarang tak tutup-tutup lagi kilang arak. yang mati kena langgar dengan kanina mabuk pun ramai.
Negara jiran time pru ja janji nak tutup xkira la sapa pun, dh dpt kuasa kena jeling sikit ngn tuan tanah kedaung lari xckp tanah, jd tikus tanah hahahaa
 

HafizShukor

Freshie
Joined
Jun 6, 2019
Messages
21
Reaction score
8
Points
18
Tahniah Pak Jokowi kerana membuat keputusan yg tepat. Di harap Malaysia boleh ikut jejak langkah indonesia.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Sana takde dap gang
Sini ada dap
Pasti islam kita Susah nak buat keje
Kene meratip selalu hehe
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Tgk indo
Tak payah undi 2/3 la apa la

Nak buat undang2 haramkan arak pun kene 2/3 ke

Apo guna jd ketua mcm tu :D

———
Kenyataan Media
3 Mac 2021

TAHNIAH INDONESIA

Mendengar pengistiharan Presiden Jokowi , Indonesia bahawa semua investasi yang sedia ada dan yang baharu dalam industri minuman keras dicabut , sangat mengembirakan seluruh umat Islam termasuk non Muslim.

Jokowi telah menyatakan , atas desakan dan menerima masukkan dari golongan agama dan pelbagai Ngo negara itu , beliau telah membuat keputusan industri minuman keras ( miras ) tidak lagi dibenarkan.

Sebagai negara Islam yang terbesar dari sudut populasi , sudah tentu ia membawa mesej yang sangat bererti. Ia memberi semangat yang kuat pada masyarakat.

Sememangnya hal ini sudah lama patut diputuskan. Arak terbukti bermudharat semada sedikit atau banyak.

Semua agama mengajar agar yang mudharat ditolak.

Lantaran itu arak yang jelas membawa mudharat kepada masyarakat dari sudut kesihatan, keselamatan sosial , ekonomi , keruntuhan sosial , perlu dibasmikan dari terus menguasai tabiat ketagihan terhadap arak.

Kami menyeru kepada Malaysia agar mengambil pengajaran dari tindakan Indonesia. Bahawa Malaysia harus mengambil langkah yang sama demi melindungi Malaysia.

Semua pemimpin agama di Malaysia perlu bertemu serta menyatakan pendirian untuk membersihkan negara ini dari industri arak.

Mesej Jokowi sangat menarik iatu negara tidak perlu kepada industri arak untuk maju.

Andain bahawa miras menyumbang kepada ekonomi negara adalah tidak tepat.

Malaysia perlu mengambil langkah berani untuk menunjukkan minuman keras tidak samasekali membantu membangunkan negara.

Tok Ayah Moharam
Presiden PERSIM
Presiden MASIA
YDP MAJ
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,860
Reaction score
2,719
Points
206
Sana takde dap gang
Sini ada dap
Pasti islam kita Susah nak buat keje
Kene meratip selalu hehe

Bintang-Logo-SQ.png


sana takde DAP tapi ada bintang.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register