BTC USD 38,595.7 Gold USD 1,770.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Indonesia beri amaran rakyatnya: Duduk rumah jangan jadi seperti M'sia

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,556
Reaction score
2,415
Points
201

Indonesia beri amaran rakyatnya: Duduk rumah jangan jadi seperti M'sia​

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah dan berhati-hati dengan wabak itu.

Amaran itu muncul selepas keadaan penularan wabak di negara itu kian stabil menjelang Hari Raya, manakala Malaysia dan India kini mengalami peningkatan kes.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.

“Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” ciapnya di akaun Twitter kementerian negara itu.

3M merujuk kepada SOP pemakaian pelitup muka, cuci tangan dan penjarakan fizikal.

Ciapan itu sebahagian siri hantaran yang menyatakan amaran bahaya varian Covid-19 yang kini menjangkiti Indonesia, yang digelar varian B.1.1.7, B.1.351 dan B.1.617.1.

“Ketiga varian ini diperkirakan lebih cepat menular dibandingkan varian sebelumnya. Hal ini terlihat dari beberapa negara yang telah mengesahkan kenaikan kes seiring ditemukannya varian baru ini di negaranya,” jelasnya.

Ciapan itu turut memaparkan poster jurucakap menteri kesihatan negara itu, Dr Siti Nadi Tarmizi yang menyatakan “dua faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana adanya mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baru."

Dia turut menggesa rakyat Indonesia supaya kekal di rumah sewaktu Hari Raya Aidilfitri dan tidak pulang ke kampung.

Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama. Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesehatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak. pic.twitter.com/Cd70qcxpXm
— Kemenkes RI (@KemenkesRI) May 6, 2021

Petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat tiga kes Covid-19 yang mempunyai varian B.1.1.7 dikesan semalam.

Varian itu dikenalpasti di UK. Sementara itu, 48 kes varian B.1.351 turut dikesan. Ia pertama kali dikenalpasti di Afrika Selatan.

Amat membimbangkan, vaksin AstraZeneca hampir tidak mampu melawan varian dari segi mencegah penyakit ringan hingga sederhana. Keberkesanan vaksin dalam mencegah penyakit teruk atau kematian yang disebabkan oleh varian tersebut juga tidak diketahui.

Mengenai varian B.1.617.1 yang menyebabkan peningkatan kes harian di India, Noor Hisham berkata terdapat satu kes import dikesan namun telah dikuarantin saat memasuki negara ini. Kesan varian itu masih dikaji.

Kes Covid-19 di Indonesia telah meningkat antara 4,000 hingga 6,000 kes setiap hari sejak akhir Mac, manakala kes di Malaysia hari ini pada 4500 kes.

Melihat saiz populasi, Malaysia mempunyai 100 kes daripada sejuta penduduk manakala Indonesia mempunyai 18 kes daripada sejuta penduduknya.

Kes di India lebih teruk susulan jumlah kes sebanyak purata 400,000 kes setiap hari dan kian meningkat.

India juga kurang menguji populasinya, dengan lebih daripada 20 peratus ujian memberikan hasil positif. Ini bermaksud jumlah kes yang sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan.
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,855
Reaction score
1,307
Points
201
vaksin bley dianggap gagal utk kali ni la kan... sbb x leh hadap variant terbaru ni...
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,855
Reaction score
1,307
Points
201

Indonesia beri amaran rakyatnya: Duduk rumah jangan jadi seperti M'sia​

Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah dan berhati-hati dengan wabak itu.

Amaran itu muncul selepas keadaan penularan wabak di negara itu kian stabil menjelang Hari Raya, manakala Malaysia dan India kini mengalami peningkatan kes.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.

“Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” ciapnya di akaun Twitter kementerian negara itu.

3M merujuk kepada SOP pemakaian pelitup muka, cuci tangan dan penjarakan fizikal.

Ciapan itu sebahagian siri hantaran yang menyatakan amaran bahaya varian Covid-19 yang kini menjangkiti Indonesia, yang digelar varian B.1.1.7, B.1.351 dan B.1.617.1.

“Ketiga varian ini diperkirakan lebih cepat menular dibandingkan varian sebelumnya. Hal ini terlihat dari beberapa negara yang telah mengesahkan kenaikan kes seiring ditemukannya varian baru ini di negaranya,” jelasnya.

Ciapan itu turut memaparkan poster jurucakap menteri kesihatan negara itu, Dr Siti Nadi Tarmizi yang menyatakan “dua faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana adanya mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baru."

Dia turut menggesa rakyat Indonesia supaya kekal di rumah sewaktu Hari Raya Aidilfitri dan tidak pulang ke kampung.



Petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat tiga kes Covid-19 yang mempunyai varian B.1.1.7 dikesan semalam.

Varian itu dikenalpasti di UK. Sementara itu, 48 kes varian B.1.351 turut dikesan. Ia pertama kali dikenalpasti di Afrika Selatan.

Amat membimbangkan, vaksin AstraZeneca hampir tidak mampu melawan varian dari segi mencegah penyakit ringan hingga sederhana. Keberkesanan vaksin dalam mencegah penyakit teruk atau kematian yang disebabkan oleh varian tersebut juga tidak diketahui.

Mengenai varian B.1.617.1 yang menyebabkan peningkatan kes harian di India, Noor Hisham berkata terdapat satu kes import dikesan namun telah dikuarantin saat memasuki negara ini. Kesan varian itu masih dikaji.

Kes Covid-19 di Indonesia telah meningkat antara 4,000 hingga 6,000 kes setiap hari sejak akhir Mac, manakala kes di Malaysia hari ini pada 4500 kes.

Melihat saiz populasi, Malaysia mempunyai 100 kes daripada sejuta penduduk manakala Indonesia mempunyai 18 kes daripada sejuta penduduknya.

Kes di India lebih teruk susulan jumlah kes sebanyak purata 400,000 kes setiap hari dan kian meningkat.

India juga kurang menguji populasinya, dengan lebih daripada 20 peratus ujian memberikan hasil positif. Ini bermaksud jumlah kes yang sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

nak ikut tahap mobilitas indonesia dan mesia mmg la jauh.. negara kite kecik.. radius pergerakkan pun terbatas... 10km kite.. dorg maybe dlm 50km.. lg mau sembang mesia lg teruk dr indon... cuba ikut perangkaan kt jakarta jerk la.. tgk camne tahap jangkit berjangkit dorg...
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
09.05.2021 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan kes Covid-19 di Malaysia dan India sebagai contoh untuk menggesa rakyat mereka supaya duduk rumah dan berhati-hati dengan wabak itu. Amaran itu muncul selepas keadaan penularan wabak di negara itu kian stabil menjelang Hari Raya, manakala Malaysia dan India kini mengalami peningkatan kes.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama. Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” ciapnya di akaun Twitter kementerian negara itu.

3M merujuk kepada SOP pemakaian pelitup muka, cuci tangan dan penjarakan fizikal. Ciapan itu sebahagian siri hantaran yang menyatakan amaran bahaya varian Covid-19 yang kini menjangkiti Indonesia, yang digelar varian B.1.1.7, B.1.351 dan B.1.617.1.

“Ketiga varian ini diperkirakan lebih cepat menular dibandingkan varian sebelumnya. Hal ini terlihat dari beberapa negara yang telah mengesahkan kenaikan kes seiring ditemukannya varian baru ini di negaranya,” jelasnya.

Ciapan itu turut memaparkan poster jurucakap menteri kesihatan negara itu, Dr Siti Nadi Tarmizi yang menyatakan “dua faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana adanya mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baru."

Dia turut menggesa rakyat Indonesia supaya kekal di rumah sewaktu Hari Raya Aidilfitri dan tidak pulang ke kampung. Petang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat tiga kes Covid-19 yang mempunyai varian B.1.1.7 dikesan semalam.

Varian itu dikenalpasti di UK. Sementara itu, 48 kes varian B.1.351 turut dikesan. Ia pertama kali dikenalpasti di Afrika Selatan. Amat membimbangkan, vaksin AstraZeneca hampir tidak mampu melawan varian dari segi mencegah penyakit ringan hingga sederhana. Keberkesanan vaksin dalam mencegah penyakit teruk atau kematian yang disebabkan oleh varian tersebut juga tidak diketahui.

Mengenai varian B.1.617.1 yang menyebabkan peningkatan kes harian di India, Noor Hisham berkata terdapat satu kes import dikesan namun telah dikuarantin saat memasuki negara ini. Kesan varian itu masih dikaji. Kes Covid-19 di Indonesia telah meningkat antara 4,000 hingga 6,000 kes setiap hari sejak akhir Mac, manakala kes di Malaysia hari ini pada 4500 kes.

Melihat saiz populasi, Malaysia mempunyai 100 kes daripada sejuta penduduk manakala Indonesia mempunyai 18 kes daripada sejuta penduduknya. Kes di India lebih teruk susulan jumlah kes sebanyak purata 400,000 kes setiap hari dan kian meningkat.

India juga kurang menguji populasinya, dengan lebih daripada 20 peratus ujian memberikan hasil positif. Ini bermaksud jumlah kes yang sebenarnya mungkin jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

[
Screenshot-179.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/573924
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Malaysia Perlu Ambil Iktibar India - Dr Noor Hisham

09.05.2021 - Kuala Lumpur, Malaysia perlu mengambil iktibar gelombang kedua Covid-19 di India dan memastikan perhimpunan yang melibatkan orang ramai dielakkan, kata Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Dia juga memberi amaran terhadap sebarang cadangan pilihan raya atau melonggarkan perintah kawalan pergerakan.

Pada akhir Januari, Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan negara itu telah mengalahkan Covid-19 dan ini menyebabkan orang ramai seakan merayakan kemenangan mereka serta mulai lalai SOP. Kerajaan Delhi juga membenarkan orang ramai berhimpun semasa festival Hindu Kumbh Mela pada bulan April. Ia juga mengadakan beberapa kempen pilihan raya negeri.

Hari ini sahaja, India mencatatkan 4,187 kematian Covid-19 dan lebih daripada 400,000 kes baru dilaporkan setiap hari. Noor Hisham berkata negara perlu belajar daripada kesilapan India itu.

"Tindakan-tindakan mereka yang telah menjurus kepada tsunami di negara india, Apakah boleh kita belajar dan elakkan tsunami di negara kita," katanya.

Dia juga membuat perbandingan antara jangkitan yang disebabkan oleh pilihan raya negeri India dan pilihan raya negeri Sabah pada September 2020 di Malaysia. Oleh itu, Noor Hisham menyokong Proklamasi Darurat untuk menangguhkan semua pilihan raya.

"Dan sekarang kita bimbang, kalau kita tidak menggunakan Ordinan Darurat, PRN Sarawak terpaksa diadakan pada bulan Jun. Jadi dengan ordinan darurat kita boleh elakkan PRN Sarawak. Kita juga menggunakan Ordinan Darurat untuk mengelakkan tiga PRK Batu Sapi, Bugaya dan Gerik. Kalau ada pilihan raya pasti ada perhimpunan, kalau kita lihat kluster Pasai - seorang dari Johor merentas negeri balik ke Sarawak, jangkitan berlaku. Bayangkanlah kalau orang Sarawak balik dari Semenanjung untuk mengundi di pedalaman.

"Jangkitan pasti akan berlaku," katanya.

Menurut Noor Hisham, jika jangkitan berlaku di pedalaman Sarawak, "pusat kesihatan mungkin tidak mampu mengesan dan merawat kes-kes tersebut.

"Dan juga jarak yang jauh. Sukar untuk memberi rawatan," katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/573922
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Indonesia dah perli Malaysia .. jagalah maruah kita, duk rumah .. u happy saya happy ma :)
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Masalah utama vip dan artis pun sama degil tak nak ikut SOP

kita rakyat memang peratus ikut SOP ramai, puak2 kayangan tu jangan bagi muka .. terus hentam kesat2 je sampai hilangkan diri macam si Sajat

:D
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
13,381
Reaction score
3,207
Points
201
Thread dh ada boss..

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register