Indonesia bakal tutup pulau Komodo kepada pelancong

Recommended Brokers


Latest Threads

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,247
Reaction score
8,756
Points
2,226


BIAWAK Komodo. - Foto Reuters

KOMODO: Kerajaan Indonesia bercadang menutup pulau Komodo kepada orang awam Januari tahun hadapan dalam usaha memulihara biawak Komodo.

Skim berkenaan juga membabitkan usaha memindahkan 2,000 penduduk kampung keluar dari pulau itu.

Pihak berkuasa mengadakan perbincangan dengan pemimpin komuniti mengenai cara penempatan semula penduduk, kata timbalan gabenor wilayah Nusa Tenggara Timur, Josef Nae Soi.

Kerajaan berharap penutupan pulau itu akan mengurangkan risiko pemburuan haram dan meningkatkan bilangan haiwan yang menjadi mangsa biawak gergasi itu seperti rusa, kerbau dan babi hutan.

Ia akan dibuka selepas selepas setahun tetapi rancangannya adalah untuk menjadikan ia destinasi utama pelancong, kata Soi.

Lebih 176,000 pelancong mengunjungi Taman Negara Komodo, kawasan pemuliharaan antara pulau Sumbawa dan Flores, pada 2018.

Kira-kira 1,700 biawak Komodo dianggarkan mendiami pulau itu.

Sementara pulau lain di taman negara itu yang turut didiami lebih 1,400 Komodo, seperti Rinca dan Padar, akan kekal dibuka untuk pelancong.
Bagaimanapun, seperti dijangka, penduduk kampung di pulau Komodo sejak beberapa generasi membantah rancangan memindahkan mereka.

“Kami sudah lama tinggal sebagai satu keluarga di kampung ini.

“Kubur bapa dan nenek moyang saya ada di sini.

“Jika kami berpindah, siapa akan menjaga kubur itu,” kata seorang penduduk Dahlia. — Reuters


 
Sponsored Post

susah2je

Legendary Member
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,618
Reaction score
499
Points
131
Besar tul cicak ni dah macam naga pulak dah. Bapak kepada segala cicak biawak.
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,220
Reaction score
3,683
Points
191
6 lokasi pelancongan terkenal ditutup akibat sesak



Indonesia bakal menutup Pulau Komodo bermula Januari depan bagi melindungi spesies biawak Komodo. -Foto Agensi







LONDON: Indonesia mendedahkan rancangan menutup pulau Komodo kepada orang awam bermula Januari tahun depan dalam usaha memulihara spesies cicak terbesar dunia, biawak Komodo.

Ia adalah senarai lokasi terbaharu yang semakin meningkat ditutup kepada pelancong bagi melindungi alam sekitar atau hidupan liar. Berikut adalah lima lagi lokasi yang ditutup kepada pelancong:



1. Teluk Maya, Thailand


-Pulau ini terkenal dengan penggambaran filem 2000 ‘The Beach’ dibintangi Leonardo DiCaprio namun ditutup kepada pelancong tahun lalu sehingga 2021 dalam cubaan menyelamatkan batu karang di kawasan itu yang rosak akibat suhu panas dan kebanjiran pelancong.





2. Pulau Boracay, Filipina

-Boracay ditutup selama enam bulan untuk kerja pembersihan dari April hingga Oktober 2018 selepas digambarkan sebagai ‘kolam najis’ oleh Presiden Rodrigo Duterte.

-Pulau itu menarik dua juta pelawat pada tahun sebelumnya namun kini mengehadkan jumlahnya kepada 19,000 sehari dan melarang parti pantai, merokok dan minum alkohol.





3. Kem pangkalan Gunung Everest

-Kerajaan China menutup sebelah kem pangkalan Everest tahun ini kepada sesiapa tanpa permit mendaki berikutan jumlah besar sampah menimbun di tapak itu, menurut laman web percutian Lonely Planet. Kem pangkalan China itu, terletak di Tibet, boleh dimasuki menggunakan kenderaan.





4. Ngarai Fjadrargljufur, Iceland

-Kawasan pelancongan popular, dipaparkan dalam satu muzik video penyanyi Justin Bieber, ditutup kepada pelancong selama tiga bulan tahun ini berikutan kerosakan akibat hujan dan kesesakan pejalan kaki.

-Jumlah pelancong hampir dua kali ganda selepas dipaparkan dalam muzik video penyanyi terkenal itu, ‘I’ll Show You.’





5. Pulau Faroe, Denmark

-Sepuluh kawasan pelancongan popular ditutup sementara tahun ini untuk penyelenggaraan oleh pasukan sukarelawan antarabangsa selepas pertambahan 10 peratus pelancong sejak beberapa tahun lalu. -Reuters













sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/08/600946/6-lokasi-pelancongan-terkenal-ditutup-akibat-sesak
 

rsat

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
775
Reaction score
46
Points
30
Hari tu pergi krabi, pulau maya memang tak boleh masuk kata pemandu pelancong. Tutup tak tahu bila nak buka..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,247
Reaction score
8,756
Points
2,226


INDONESIA membatalkan rancangan menghalang pelancong daripada mengunjungi pulau komodo
Indonesia batal cadangan tutup pulau Komodo


JAKARTA: Indonesia membatalkan rancangan menghalang pelancong daripada mengunjungi pulau komodo dan sebaliknya mengehadkan jumlah pengunjung serta menaikkan bayaran yuran masuk untuk mewujudkan ‘destinasi premium’, kata pihak berkuasa.

Rancangan yang diumumkan tahun lalu bakal menyaksikan taman Komodo kebangsaan ditutup mulai 2020, susulan kebimbangan kesan sampingan terhadap biawak komodo akibat pelancongan berskala besar.

Bagaimanapun, cadangan penutupan itu menimbulkan kebimbangan terhadap industri pelancongan di kawasan itu dan mungkin perlu memindahkan ribuan penduduk pulau. Ia juga membabitkan beberapa pulau berhampiran yang menjadi tempat pembiakan karnivo gergasi itu.

Menteri alam sekitar Indonesia, Siti Nurbaya berkata taman terbabit tidak akan ditutup.

“Kami akan menukarnya menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun lalu, gabenor daerah itu mencetuskan kontroversi dengan mencadangkan pelawat dikenakan bayaran AS$500 (RM2099) untuk menyaksikan biawak itu, kira-kira 50 kali ganda berbanding bayaran yuran masuk semasa AS$10 (RM42).

Menteri Maritim, Luhut Pandjaitan berkata, sistem kuota baharu bakal diperkenalkan untuk mengehadkan jumlah pelawat ke pulau, ketika kebimbangan terhadap jumlah pelancong akan memberi tekanan kepada biawak terbabit.

Pada masa sama, timbul kebimbangan terhadap penurunan jumlah rusa, babi hutan dan mangsa semula jadi yang lain, serta percubaan untuk menyeludup biawak.

Setiap tahun ribuan pelancong datang ke gugusan pulau di bahagian timur negara itu - satu-satunya tempat di dunia membolehkan pelancong melihat biawak komodo di habitat semula jadi mereka.

Pulau itu adalah kediaman kepada hampir 2,900 biawak komodo, yang boleh membesar sehingga tiga meter panjang. Biawak dewasa memiliki berat antara 70 hingga 90 kilogram. - AFP


 

ipins

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2009
Messages
4,727
Reaction score
100
Points
33
sebab dapat bantahan drpd penduduk yg bergantung kpd industri pelancongan ke?
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,049
Reaction score
1,513
Points
596
bende leh buat duit kaw kaw nie nak tutup sayang lar
 

Zero_M

Active Member
Joined
Jun 2, 2011
Messages
2,140
Reaction score
1
Points
25
acah je nk tutup.. padahal nk naikkan harga.. sumber income negara mane leh tutup..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register