BTC USD 61,505.1 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Indonesia bakal meningkatkan jumlah tentera di Natuna

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,511
Reaction score
21,762
Points
1,671
Indonesia minta Jepun labur di Pulau Natuna

EN6J2YGUcAIgnvj

Joko Widodo (kanan) menyambut Toshimitsu Motegi di Istana Presiden Indonesia di Jakarta. - Foto AFP

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo meminta Jepun meningkatkan pelaburan dalam sektor perikanan dan tenaga di beberapa pulau di Laut China Selatan susulan perbalahan negara itu dengan China.

Widodo membuat permintaan berkenaan ketika lawatan Menteri Luar Jepun, Toshimitsu Motegi ke Jakarta, agar Jepun dapat menyediakan peluang ekonomi di Pulau Natuna, demikian menurut kenyataan dari Pejabat Presiden.

“Saya mahu mengajak Jepun untuk melabur di Natuna,” katanya kepada Motegi dan menambah bahawa Jepun salah salah satu daripada rakan ekonomi utama Indonesia.

Widodo mengadakan lawatan ke Kepulauan Natuna pada Rabu susulan ketegangan antara kapal perang Indonesia dengan kapal pengawal pantai China serta bot nelayan di kawasan yang terletak antara Malaysia dan Borneo itu.

Kapal pengawal pantai dan kapal penangkapan ikan China dikatakan memasuki zon ekonomi eksklusif Indonesia sejak beberapa bulan lalu.

Lawatan itu dibuat selepas beliau menegaskan tiada tolak ansur berhubung kedaulatan wilayah Indonesia.

Sementara itu, China tidak menuntut kepulauan Natuna, sebaliknya mendakwa mereka mempunyai hak untuk menangkap ikan berdekatan keseluruhan wilayah maritim Nine Dash Line yang merangkumi sebahagian besar Laut China Selatan.

Bukan Indonesia saja yang terbabit dalam pertikaian di Laut China Selatan, sebaliknya tuntutan Beijing terhadap kawasan lautan luas itu turut menyentuh wilayah Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, memberitahu pemberita, Widodo meminta Jepun untuk melabur dalam sektor perikanan, tenaga dan pelancongan di Kepulauan Natuna.

“Kami juga bersetuju untuk memperkuatkan koordinasi kawalan di perairan berkenaan,” katanya.

Tahun lalu, media melaporkan Jepun memperuntukkan sebanyak 100 bilion rupiah (RM29.68 juta) kepada Indonesia untuk membina pasar ikan di Natuna, yang akan dinamakan sebagai Tsukiji sempena nama pasar ikan terkemuka di negara matahari terbit itu (Nippon). - Reuters

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,977
Points
1,906
Ayman Rashdan Wong
9 Januari jam 7:02 PTG

Isu Natuna tengah hangat, ramai minta aku ulas. Sebenarnya isu dia simple je.

Sejak bulan lepas, ada kapal nelayan dan coast guard China masuk ke perairan Indonesia yang hampir dengan Kepulauan Natuna. Indonesia halau, pastu protes melalui saluran diplomatik, panggil duta China.

Yang bikin panas ialah kenyataan Kementerian Luar China yang kata China ada hak nak masuk ke situ sebab kawasan itu China punya. China klaim seluruh kawasan dalam lingkungan "9 Dash Line" adalah kawasan perairan dia, dah kawasan itu termasuk sebahagian daripada kawasan perairan Kepulauan Natuna.

Mengikut undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS) yang sedia ada, negara hanya boleh klaim maksimum 200 batu nautikal (370 km) dari garis dasar (baseline) pesisir, atau "zon ekonomi eksklusif" (EEZ). Jadi "9 Dash Line" China ini langgar semua EEZ milik Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Indonesia.

Apa lagi, Indonesia kerah lah dia punya jet pejuang dan kapal perang ke Natuna sebagai "show of force". Seolah-olah bagitau China "maju lu sini", kau mari aku bom. Hashtag #NatunaMilikIndonesia dan #JokowiKawalNatuna trending. Seluruh Indonesia rally di belakang Pak Jokowi.

Ada orang risau, Indonesia buat macam ni tak takut China balas ke? Boleh jadi perang antara China dan Indonesia?

Sebenarnya, dalam hubungan antarabangsa, kadang kau kena jadi gangster sikit. China sengaja hantar kapal dia masuk ke kawasan perairan orang untuk "test the waters" secara literal. Kalau kau tak tunjuk taring, macam mana dia nak respect kau? Jadi makin selamba dia. Diplomasi berkesan hanya boleh diwujudkan oleh kekuatan ketenteraan. Peace through strength.

Ini pun bukan kali pertama China dan Indonesia bergaduh pasal kawasan perairan Natuna. Tapi setiap kali Indonesia berjaya mempertahankan hak dia dengan sikap "tiada kompromi" dan "tiada negosiasi".

Tapi nak buat macam tu kena betul-betul ada kekuatan, tak boleh main gertak suka hati. Tentera laut Indonesia memang tip top, kalau berperang betul dengan China pun tak semestinya kalah, sebab itu China bertolak ansur. Macam kes US vs. Iran juga. Iran boleh lah nak main retaliate sebagai "show of force", kalau Lubnan atau Jordan buat macam tu dah lama hangus.

Plus China takut Indonesia akan campur tangan dalam Laut China Selatan (SCS). Isu Natuna bukan sebahagian daripada isu tunduhan bertindih di SCS, jadi selama ni Indonesia tak ambil port dan jaga hubungannya dengan China. Tapi kalau Indonesia bengang dengan China, cucuk China dengan isu SCS, isu tu akan jadi isu ASEAN sebab Indonesia ialah de facto pemimpin ASEAN. Tu yang China tak nak. Jadi China dan Indonesia tak akan berperang akibat ketegangan di Natuna.

Indonesia pun pandai, guna pencerobohan China sebagai pretext untuk "militarize" Natuna, terutamanya sejak Jokowi jadi Presiden. Jokowi bercita-cita menjadikan Natuna sebagai "Pearl Harbor" Indonesia, dan sejak tahun 2018 tentera laut Indonesia dah ada pangkalan tentera laut di Natuna. Tengok posisi dia yang ada di tengah-tengah Asia Tenggara tu, ngeri aku bayangkan masa depan Indonesia sebagai hegemon laut di Indo-Pasifik.

Indonesia mewarisi Natuna daripada Belanda. Belanda pula dapat Natuna daripada Kesultanan Riau-Lingga yang berpecah daripada Kesultanan Johor pada tahun 1824. Andai kata Johor tak berpecah dulu, hari ini Malaysia yang akan jadi pemilik Natuna dan "lord of the seas" di Asia Tenggara.

Tapi tu lah, dah takdir. Dan kita baik sangat, tak klaim.

81539012_10212327491582033_392441340908011520_n.jpg


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,553
Reaction score
15,485
Points
2,376

Nelayan Indonesia risau kehadiran kapal perang China

September 19, 2021 @ 6:59pm

25nstIndoNavy02_1632049153.jpg


Gambar fail menunjukkan bot nelayan bersama kapal tentera laut Indonesia di perairan luar pesisir pantai selatan kepulauan Riau. - Foto AFP


JAKARTA: Nelayan Indonesia di kepulauan Riau, Indonesia suarakan kebimbangan dan rasa takut serta terancam selepas melihat lima kapal perang China di Laut Natuna Utara.

CNN Indonesia melaporkan, maklumat itu diterima daripada nelayan yang kembali dari laut selepas melihat kapal perang China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia.

Ketua Nelayan Lubuk Lumbang, Bandarsyah, Kepulauan Riau, Herman, berkata mereka rasa terganggu dan takut dengan kehadiran kapal perang asing tanpa sebab di perairan itu.

"Dulu cuma ada dua unit kapal perang, tetapi sekarang tiba-tiba ada lima unit kapal perang," soalnya.

Isu sama pernah berlaku pada akhir 2019 hingga awal 2020, di mana dua kapal perang asing dilihat mengawal kapal nelayan China di Natuna Utara.

Disebabkan itu, nelayan berasa trauma setiap kali melihat kapal perang asing berada di perairan negara.

Lima unit armada yang dilihat itu terdiri daripada dua kapal peronda, dua kapal perang biasa dan satu kapal induk.

Meskipun, kapal-kapal itu tidak dilihat melakukan sebarang kegiatan, Herman berkata nelayan masih berasa tidak tenang.

"Nelayan kami orang awam, sudah turun-temurun mencari ikan di laut itu dan kami mahu kepastian mengenai kehadiran mereka.

"Nelayan nanti perlu mencuri-curi mencari ikan dan terus tertanya-tanya mengenai motif kapal perang asing itu, sehingga mempengaruhi jumlah tangkapan ikan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam Agensi Keselamatan Maritim Indonesia, Kolonel Wisnu Pramandita, mengakui kehadiran kapal perang asing di wilayah EEZ atas beberapa faktor.

Antaranya adalah status kawasan yang menjadi laluan utama keluar masuk ke Selat Sunda dan Selat Melaka selain kapal berkenaan boleh menggunakan laluan itu selagi mana tidak mengambil sumber kekayaan. - AGENSI


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register