Info Individu Mukhannath - Transgender Dari Perspektif Islam

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,834
Reaction score
2,454
Points
236
Bagaimana masyarakat perlu menerima golongan pondan atau dalam bahasa modennya 'transgender'? Soalan ini pasti bermain-main difikiran setiap ahli masyarakat kita, kerana kewujudan golongan seperti ini, menimbulkan banyak kekeliruan di kalangan kita.



Dari perspektif agama Islam, golongan transgender digelarkan sebagai 'mukhannath' atau 'mukhannas'; ditakrifkan sebagai golongan lelaki yang cuba hidup bercanggah dengan jantina kelahirannya. Berbeza dengan golongan khunsa, Islam menggariskan beberapa garis panduan yang agak keras dalam menangani isu transgender.

Ini kerana amat jelas sekali Islam melihat fenomena transgender merupakan satu masalah atau satu kesalahan yang dilakukan, kerana seseorang itu melanggar tabiinya sendiri. Bagaimana kita mahu menyantuni mereka ini dan kenapa Islam mewujudkan sekatan bagi golongan seperti ini?


Dua Golongan Di Laknat



Tidak wujud jantina lain selain daripada lelaki dan wanita, dengan kumpulan orang khunsa atau mereka yang dilahirkan mempunyai dua organ seksual sekalipun perlu memilih salah satu daripada dua jantina itu.

Istilah moden yang kita gunakan bagi mewakili mereka seperti mak nyah, pondan atau transgender memang jelas merujuk kepada golongan ini, tetapi Islam mempunyai beberapa takrifan sendiri bagi menjelaskan kelompok ini dengan lebih terperinci; 'mutashabbuh' merupakan istilah am bagi merujuk kepada individu yang mahu menyerupai sesuatu jantina yang bukan jantina kelahirannya, tak kira lelaki atau wanita.

'Tashabbuh' membawa makna menyerupai sesuatu, jadi seorang al-mutashabbuh mewakili seorang individu yang mahu menjelma menyerupai sesuatu yang lain. 'Mukhannath' mewakili golongan lelaki mahu jadi wanita, sementara bagi wanita yang berusaha menjadi lelaki; mereka akan digelarkan sebagai 'mutarrajilat.'

Bagi kumpulan mukhannath atau transgender lelaki ini, mereka juga boleh dibahagikan kepada 3 kategori berbeza mengikut tahap perubahan yang mereka sanggup lakukan kepada diri sendiri, demi mencapai perubahan atau transformasi ke arah menjadi seorang wanita.

Kumpulan tahap rendah cukup dengan keinginan memakai pakaian yang sepatutnya hanya dipakai kaum wanita. Bagi kategori sederhana, mereka mula mempunyai keinginan mahu memiliki buah dada dan berjinak-jinak dengan perubahan fizikal. Kumpulan paling ekstrim pula adalah mereka yang sudah berani menukar alat kelamin mereka, agar membolehkan mereka mempunyai kemaluan mirip seorang wanita.


Beza Khunsa & Mukhannath



Tidak ada kompromi dalam Islam apabila isu berkaitan seseorang yang mahu hidup bukan sebagai jantina kelahirannya - disahkan haram berdasarkan kepada beberapa dalil yang ada. Antara hadis yang menjelaskan tentang status pengharaman ini adalah;

Dari Ibn ‘Abbas R.Anhuma; Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. Wujud beberapa dalil lagi yang mengharamkan tingkah laku serta perbuatan kumpulan ini, yang anda boleh rujuk daripada perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan di pautan ini.

Masih ramai yang keliru seterusnya menyamakan khunsa dan mukhannath, meletakkan kedua-duanya dalam kumpulan serupa - sedangkan kedua-duanya langsung tidak boleh dianggap sama.

Khunsa adalah individu yang dilahirkan dengan kondisi unik; sama ada mereka mempunyai kedua-dua alat kelamin ataupun langsung tidak mempunyai alat kelamin - membolehkan mereka memutuskan sendiri jantina mana yang akan menjadi pilihan mereka, berdasarkan kepada naluri sendiri.

Mukhannath pula adalah mereka yang mempunyai zakar tetapi mengalami masalah penyakit psikologi yang membuatkan dia mahu menjadi lelaki.

Tahukah anda, daripada perspektif undang-undang negara kita - baik dari undang-undang sivil mahupun undang-undang syariah; berkaitan hak transgender?


Undang - Undang Malaysia Berkaitan Golongan Transgender



Sebuah kes yang menjadi rujukan sehingga kini, menjadi kes pertama bagaimana mahkamah sivil negara kita membenarkan pertukaran jantina melibatkan seorang individu lelaki menjadi wanita.

Kes yang diputuskan pada tahun 2006 melibatkan pendakwa yang hanya dikenali dengan nama 'BGHL' (pautan PDF) yang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara, mencatat sejarah menjadi kes pertama kebenaran pertukaran jantina dibenarkan - selepas BGHL bertindak menyaman JPN apabila permohonannya mahu menukarkan nombor kad pengenalan kepada nombor yang berakhir genap, ditolak.

Laporan beberapa orang pakar perubatan didengar pihak mahkamah, dengan faktor kromosom, ketiadaan organ testis yang sudah pun dibuang serta ketiadaan zakat pada pendakwa menjadi hujah hakim untuk membenarkan permohonan itu diteruskan, seterusnya mengarahkan JPN meminda rekod pendaftaran beliau bukan lagi sebagai lelaki, tetapi sebagai seorang wanita.

Persoalan yang timbul berdasarkan keputusan ini adalah potensi untuk wujudnya kekeliruan besar, seandainya kes serupa berlaku melibatkan seorang individu Muslim - adakah dia akan dikira melakukan jenayah jika individu itu berkahwin?

Ini kerana dalam seksyen 27 Enakmen Jenayah Syariah, sudah diperjelaskan bahawa hubungan di antara dua orang yang sama jantina merupakan satu kesalahan jenayah, walaupun dia sudah direkodkan sebagai seorang wanita. Mahkamah syariah tidak mengiktiraf sama sekali status pertukaran jantina melibatkan mana-mana individu, selain daripada individu khunsa.

Jadi persoalan utama yang belum dapat dijawab dalam sistem perundangan kita - apa yang akan berlaku, bagaimana pandangan undang-undang sekiranya kes-kes keinginan bertukar jantina ini berlaku melibatkan individu beragama Islam?
 
Top
Log in Register