BTC USD 43,440.1 Gold USD 1,763.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Individu Di Kesan Menyamar Sebagai Pengarah Urusan SKMM Di Platfom LinkedIn

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkanmereka telah mengesan seorang individu yang bertindak menyamar sebagai Pengarah Urusan SKMM melalui akaun LinkedIn beliau. kaun LinkedIn yang menggunakan nama Danta Kunye mengandungi gambar individu yang dimaksudkan selain memaparkan jawatan palsu yang disandangnya di SKMM dalam akaun tersebut.

Sehubungan itu SKMM menegaskan bahawa tidak wujud jawatan Pengarah Urusan dalam struktur organisasi mereka. Justeru SKMM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun yang mencurigakan kerana ia mungkin satu taktik penipuan. Bertindak ke atas akaun tersebut, SKMM telah memaklumkan insiden tersebut kepada pihak LinkedIn untuk tindakan selanjutnya.

1624936394760.png

Sumber asal https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/m...YAMAR_PENGARAH_URUSAN_MCMC_AMBIL_TINDAKAN.pdf
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register