India rancang adakan lebih banyak sekatan ke atas Malaysia?

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,898
Reaction score
6,889
Points
1,746
India rancang adakan lebih banyak sekatan ke atas Malaysia?
By
Kasthuri Jeevendran
-
15 January 2020

PM-Modi


KUALA LUMPUR – Selepas sekatan terhadap import minyak sawit yang sudah mengundang kebimbangan di pihak Malaysia, kini ada pula ura-ura mengatakan India sedang menimbang untuk melaksanakan lebih banyak sekatan.

Perkara itu dilaporkan portal berita Times of India (TOI) yang menyebut sudah ada perancangan oleh negara itu untuk menyekat lebih banyak import eksport dengan Malaysia pada masa hadapan.

Terbaharu, India dikatakan sudah mengeluarkan arahan untuk menyekat kemasukan peralatan mikroproses dan telekomunikasi dari Malaysia malah pihak berkuasa negara itu juga telah mengeluarkan arahan kepada kastam untuk mematuhi arahan sekatan tersebut.

Ini juga mungkin antara tindak balas perdagangan pertama oleh India kepada Malaysia berhubung pendirian politik negara yang dikatakan ‘mencampuri’ urusan mereka.

Kata TOI, sebelum ini Dr Mahathir secara tegas telah berikrar untuk terus bersuara mengenai dasar kerajaan India yang bertentangan dengannya pada masa ini selepas New Dehli mengenakan sekatan ke atas import minyak sawit.

Selain daripada itu, Dr Mahathir juga mengkritik India kerana bertindak membatalkan status semi-autonomi Kashmir yang merupakan antara isu sensitif antara negara itu dan Pakistan.

Juga kritikan Dr Mahathir berhubung India memperkenalkan undang-undang kewarganegaraan yang dianggap anti-Islam yang kemudian di selar oleh pihak berkuasa India.

India juga dikatakan begitu kecewa dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang enggan mengekstradisi pendakwah berkontroversi, Dr Zakir Naik kembali ke India atas dakwaan penggubahan wang haram serta aktiviti keganasan.

Dr.Zakir Naik
Dr. Zakir Naik
Zakir Naik juga dikatakan telah menyinggung perasaan yang bukan Islam di negara ini kerana beberapa ucapan ketika sesi dakwahnya sehingga banyak laporan polis di buat selain kini sedang melalui proses perundangan.

Dalam pada itu, TOI yang memetik sumber juga melaporkan Kementerian Perlombongan India ketika ini sedang mengawasi import dan berkemungkinan besar akan ada tindakan seterusnya dalam sekatan dalam beberapa minggu ini.

Artikel berkaitan: https://timesofindia.indiatimes.com/india/india-plans-more-curbs-as-malaysia-pm-talks-tough/articleshow/73259108.cms?from=mdr

Katanya lagi minyak sawit Malaysia sudah dikenakan tarif import lebih tinggi sehingga mencecah 50 peratus kerana duti kawalan sebanyak 5 peratus jika hendak dibandingkan 45 peratus yang dikenakan kepada komoditi yang dihasilkan oleh Indonesia.

Minyak sawit dari dua negara Asia Tenggara itu merupakan kira-kira dua pertiga daripada import minyak sayuran tahunan India sebanyak 15 juta tan.

Perdagangan India dengan Malaysia dianggarkan lebih dari AS$17 bilion (RM69.20 bilion) dengan eksport pula sebanyak AS$6.4 bilion (RM26 bilion) sementara import dianggarkan AS$ 10.8 bilion (RM43.96 bilion). –MalaysiaGazette

 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
18,826
Reaction score
1,311
Points
201
lepas ni Anwar naik...mungkinkah Zaikir Naik diberikan kpd India?...India mesti demand nak Zakir kalau nak pulihkan hubungan dagang antara 2 negara...Kalau Malaysia berani sekat kemasukkan INDIAN PEOLE dari kerja kat sini.....aku pergi ke pasar je Mart yg bersepah sekarang...cashier pun org luar...Nepal..Bangla ..India...dah takde tempat utk rakyat Malaysia sekarang..
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,179
Reaction score
627
Points
161
biar jela negara india ni nak sekat ape yg boleh sekat..

sbb kalo kita susah, india kat Malaysia/Tanah Melayu ni kan turut sama rasa susah sbb tinggal kat negara yg sama..ibarat hukum anak sendiri gak ler..
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,706
Reaction score
388
Points
81
biar jela negara india ni nak sekat ape yg boleh sekat..

sbb kalo kita susah, india kat Malaysia/Tanah Melayu ni kan turut sama rasa susah sbb tinggal kat negara yg sama..ibarat hukum anak sendiri gak ler..
Xleh jgk ckp mcm tu.....india2 generasi br nie mesti xmau dh blk sana......dn depa pun rakyat Malaysia jgk bro
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,180
Reaction score
8,938
Points
2,226

India cadang sekat import pelbagai produk Malaysia selepas minyak sawit


NEW DELHI: India merancang memperluaskan penurunan import kepada produk minyak, gas dan produk lain dari Malaysia dan Turki selepas minyak sawit, kata pegawai kerajaan negara itu.

Langkah itu mensasarkan kedua-dua negara yang mana penduduknya majoriti Islam susulan kritikan terhadap dasar India ke atas Kashmir .

India, antara pengimport minyak makanan terbesar dunia, sebelum ini bertindak menghentikan pesanan minyak sawit dari Malaysia dan meminta pengimport untuk membeli sumber itu dari tempat lain.

New Delhi kini merancang untuk menyekat pembelian minyak mentah, jongkong aluminium, gas asli cecair, bahagian komputer dan mikroprosesor dari Malaysia, kata dua pegawai kerajaan negara itu yang enggan dikenali.

Kementerian Perdagangan India tidak membalas pertanyaan mengenai perkara ini yang dihantar melalui e-mel.

Kashmir, yang majoriti penduduknya beragama Islam, menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Ia juga terbahagi yang mana kedua negara itu memerintah sudah menguasai sebahagian daripadanya.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini berkata India telah "menyerang dan menduduki negara" Jammu dan Kashmir, manakala Presiden Turki, Tayyip Erdogan, mengatakan penduduk Kashmir ‘hampir disekat’.

Kerajaan India menarik balik autonomi Kashmir pada tahun lalu untuk mengetatkan cengkamannya di wilayah itu.

Ia juga menutup akses internet dan menahan aktivis dan ahli politik. Mahkamah Agung India minggu lalu memutuskan tindakan penutupan internet di Kashmir adalah tidak sah. - Reuters


 
Sponsored Post
Top
Log in Register