India kembali beli minyak sawit dari Malaysia

CG Sponsors

lelabah

Super Active Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,654
Reaction score
865
Points
121
India kembali beli minyak sawit dari Malaysia
India kembali beli minyak sawit dari Malaysia

Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan. - Gambar AFP

MUMBAI: Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Lapor agensi berita Reuters, pembelian baharu itu berlaku susulan peningkatan hubungan perdagangan Malaysia-India selepas Malaysia menandatangani perjanjian membeli 100,000 tan beras India pada minggu lepas.

Menurut laporan, minggu lalu, pengimport terkemuka dari India mengikat kontrak membeli 200,000 tan minyak sawit mentah dari Malaysia.

“Jumlah stok di pelabuhan berkurang dengan banyak kerana import yang rendah,” kata peniaga dari Singapura yang menjual minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia.

Berdasarkan data dikumpul Refinitiv, jumlah import minyak sawit India dalam empat bulan pada 2020 berkurang lebih daripada 50 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pembelian semula tersebut dijangka mampu membantu industri minyak sawit di Malaysia yang memperlihatkan peningkatan harga sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Awal tahun ini, India mengehadkan pembelian minyak sawit dari Malaysia berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara negara itu melayan minoriti Islam di sana.

Begitupun, hubungan kedua-dua negara semakin baik sejak pemerintahan baharu bermula Mac lepas, kata seorang pembeli yang telah menempah beberapa kapal untuk mengimport minyak sawit ke India pada Jun nanti.

“Saya berpendapat kerajaan India akan membenarkan perkara tersebut. Kita tidak boleh bergantung kepada satu penjual (Indonesia) sahaja, terutama bila anda mahu membina inventori,” katanya.

Harga minyak sawit Malaysia kini boleh dibeli pada harga diskaun namun pembeli Malaysia tetap berhasrat untuk menjualnya kerana menjangkakan stok dan pengeluaran akan bertambah pada Jun, kata seorang lagi pembeli di India.

India membeli lebih daripada 9 juta tan minyak sawit setahun dan pernah membeli sebanyak 4.4 juta tan minyak sawit Malaysia pada tahun lepas.

“Cukai eksport Indonesia membenarkan penjual Malaysia menawarkan potongan harga. Keputusan itu menarik pembeli dari India,” kata Anilkumar Bagani, Ketua Penyelidik Sunvin Group, broker minyak sayuran yang berpusat di Mumbai.
 
Sponsored Post

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,277
Reaction score
1,261
Points
101
India kembali beli minyak sawit dari Malaysia

India kembali beli minyak sawit dari Malaysia

Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan

MUMBAI: Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Lapor agensi berita Reuters, pembelian baharu itu berlaku susulan peningkatan hubungan perdagangan Malaysia-India selepas Malaysia menandatangani perjanjian membeli 100,000 tan beras India pada minggu lepas.

Menurut laporan, minggu lalu, pengimport terkemuka dari India mengikat kontrak membeli 200,000 tan minyak sawit mentah dari Malaysia.

“Jumlah stok di pelabuhan berkurang dengan banyak kerana import yang rendah,” kata peniaga dari Singapura yang menjual minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia.

Berdasarkan data dikumpul Refinitiv, jumlah import minyak sawit India dalam empat bulan pada 2020 berkurang lebih daripada 50 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pembelian semula tersebut dijangka mampu membantu industri minyak sawit di Malaysia yang memperlihatkan peningkatan harga sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Awal tahun ini, India mengehadkan pembelian minyak sawit dari Malaysia berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara negara itu melayan minoriti Islam di sana.

Begitupun, hubungan kedua-dua negara semakin baik sejak pemerintahan baharu bermula Mac lepas, kata seorang pembeli yang telah menempah beberapa kapal untuk mengimport minyak sawit ke India pada Jun nanti.

“Saya berpendapat kerajaan India akan membenarkan perkara tersebut. Kita tidak boleh bergantung kepada satu penjual (Indonesia) sahaja, terutama bila anda mahu membina inventori,” katanya.

Harga minyak sawit Malaysia kini boleh dibeli pada harga diskaun namun pembeli Malaysia tetap berhasrat untuk menjualnya kerana menjangkakan stok dan pengeluaran akan bertambah pada Jun, kata seorang lagi pembeli di India.

India membeli lebih daripada 9 juta tan minyak sawit setahun dan pernah membeli sebanyak 4.4 juta tan minyak sawit Malaysia pada tahun lepas.

“Cukai eksport Indonesia membenarkan penjual Malaysia menawarkan potongan harga. Keputusan itu menarik pembeli dari India,” kata Anilkumar Bagani, Ketua Penyelidik Sunvin Group, broker minyak sayuran yang berpusat di Mumbai.

Sumber : astro awani
kesimpulan: hidup ni janganlah berlagak.
this is real life. not tamil movie where 1 person can fight the whole gangster squad.

dunia hanya pinjaman.
make peace not war
 
Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Harga sawit kembali stabil

HUBUNGAN baik Malaysia-India sumbang peningkatan harga sawit.

PENINGKATAN harga minyak sawit di pasaran bukan saja melegakan puluhan ribu pekebun kecil, tetapi turut menguntungkan penggiat industri komoditi ini di Malaysia yang terkesan sejak beberapa bulan lalu.

Pengerusi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peningkatan harga ini adalah rentetan hubungan diplomatik Malaysia - India yang semakin baik di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil alih tampuk kuasa sejak Mac 2020.

"Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencecah RM2,300 hingga RM2,400 satu tan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

"Saya berharap harga sawit ini akan terus melambung tinggi supaya dapat dimanfaatkan terutama kepada pekebun-pekebun sawit di Malaysia bagi membantu menampung perbelanjaan keluarga ketika negara dilanda pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Menurutnya, perkembangan ini menjadi berita gembira MPOB dan kerajaan kerana komoditi sawit menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.76 peratus yang berjumlah RM64.84 bilion.

"Pekebun-pekebun dan penggiat industri boleh menarik nafas lega dan kami berharap agar harga ini terus stabil dan meningkat kepada momentum yang lebih memberangsangkan.

"Terima kasih kepada kerajaan India kerana tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis yang membantu meningkatkan eksport Malaysia ke negara berkenaan," katanya.

Sumber : hmetro
 
Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Harga sawit dijangka tinggi, eksport Malaysia dijangka meningkat - Penganalisis

LADANG_KELAPA_SAWIT_FELDA_SUNGAI_KELAMAH_1590896129.jpg

KUALA LUMPUR: Penanda aras niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka didagangkan lebih tinggi pada Jun dan Julai iaitu pada sehingga RM2,400 satu tan, kata penganalisis.

Ia susulan jangkaan Malaysia sebagai pengeluar minyak makan kedua terbesar di dunia dapat meningkatkan jumlah eksportnya, termasuk eksportnya ke India, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa.

Namun, apabila pengeluaran mencapai puncaknya dari bulan Ogos hingga Oktober, harga komoditi mungkin turun sedikit hingga RM2,200 satu tan.

"Jumlah eksport dari Malaysia ke India adalah positif pada bulan Mei, kita melihat sokongan terhadap niaga hadapan minyak sawit mentah pada dua minggu lepas," katanya pada sesi webinar global bertajuk "Is Covid-19 a Bull or a Bear for Veg Oils?" anjuran Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India.

India, pembeli utama minyak sawit Malaysia, telah menyambung semula pembelian minyak sawit selepas empat bulan, dalam persekitaran meningkatkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, kata Sathia.

Contohnya untuk bulan Mac, Malaysia hanya mengeksport 10,806 tan minyak sawit ke India, penurunan 97 peratus berbanding tahun sebelumnya dan jumlah bulanan terendah sejak tahun 2000.

Sathia berkata, bagi empat bulan pertama tahun 2020 eksport minyak sawit Malaysia turun sebanyak 25 peratus berbanding tempoh Januari hingga April 2019.

Mengenai pengeluaran, Malaysia dan Indonesia, akan menyaksikan pengeluaran yang lebih rendah ketika menghadapi cabaran penularan COVID-19.

Pengeluaran Malaysia dijangka turun kepada 19 juta tan pada tahun 2020 dari 19.85 juta pada tahun 2019 sementara pengeluaran Indonesia kemungkinan tidak akan berubah, iaitu sebanyak 45 juta tan.

Walaupun Malaysia mengurangkan cukai eksport MSM kepada sifar peratus pada bulan Jun dari 4.5 peratus pada bulan Mei dan Indonesia meningkatkan levi antara AS$5 hingga AS$ 55, eksport MSM Malaysia akan menikmati potongan harga.

Ini menjadikan MSM Malaysia lebih murah daripada Indonesia antara AS$10 hingga AS$15, katanya.

"Ini adalah perkara baik untuk Malaysia dalam jangka pendek. Namun, jika Indonesia memutuskan untuk membatalkan levi atau mengurangkan levi, maka segalanya akan berubah dan sebaliknya. (Sekiranya Malaysia memutuskan untuk mengubah cukai eksportnya, MSM Indonesia akan menjadi lebih murah di pasaran global).

"Sementara itu, tatkala perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) masih tidak menentu, China mungkin tidak akan meneruskan pembelian minyak kacang soya dari AS dan beralih ke Brazil. Tetapi ketika COVID-19 telah banyak memberi kesan di sektor pertanian, China mempunyai pilihan untuk membeli minyak makan dari Malaysia dan Indonesia. Dengan harganya yang lebih murah, Malaysia mungkin mendapat lebih banyak keuntungan," katanya.

Dr James Fry dari LMC International Ltd, yang turut serta dalam sesi webinar itu yang berlangsung selama tiga jam dengan jumlah sebanyak 12,000 peserta dalam talian, berkata permintaan biodiesel pasti merosot kerana penggunaan bahan bakar telah terjejas akibat penularan COVID-19.

"Namun, permintaan biofuel ditentukan oleh dasar kerajaan. Mandat sering diumumkan tetapi tidak selalu dilaksanakan. Di Malaysia, kita telah melihat mandat B20 (campuran 20 peratus biodiesel) ditunda beberapa kali, mungkin kerana kerajaan tidak mahu membayar subsidi yang lebih besar atau mahu pemandu (pengguna) membayar lebih banyak untuk bahan bakar.

"Indonesia, dengan mandat B30 yang jauh lebih besar telah menghadapi masalah untuk membiayai mandat tersebut dengan memerlukan pengeluar membayar levi eksport yang tinggi kepada satu dana untuk memastikan biodiesel kekal berdaya saing," katanya.

Sumber : bharian
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,630
Reaction score
1,965
Points
201
Harga sawit dijangka tinggi, eksport Malaysia dijangka meningkat - Penganalisis

View attachment 243427

mengarut jela program biodiesel ni. Harga biodiesel lagi mahal dari pure diesel.
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,174
Reaction score
871
Points
171
time mcm ni mtk sign aggrement gan india kontrak supply 100tahun... take or leave it .... bia india goreng pakai myk petrol.. haha
 
Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Harga sawit melonjak dirangsang permintaan India, China, Pakistan

Palm_oil_1591857770.jpg

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit melonjak hari ini dengan peningkatan keyakinan bahawa negara pengguna utama seperti India, China dan Pakistan akan meningkatkan pembelian selepas tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19.

Kontrak hadapan minyak sawit untuk Ogos meningkat sebanyak 1.4 peratus kepada RM2,381 satu tan, sebelum didagangkan pada RM2,378 pada waktu rehat tengah hari.

Import China dari Malaysia sebagai pengeluar kedua terbesar komoditi itu, meningkat sekitar 74 peratus berbanding bulan sebelumnya dalam tempoh 10 hari pertama bulan Jun, sementara itu pembelian India melonjak 163 peratus dan penghantaran ke Pakistan melonjak 250 peratus, menurut syarikat juru ukur kargo SGS Malaysia Sdn Bhd.

Jumlah eksport Malaysia meningkat hampir 64 peratus dalam tempoh berkenaan, katanya.

Angka itu selaras dengan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada Rabu yang menunjukkan simpanan minyak sawit di negara ini turun untuk pertama kalinya dalam empat bulan menjadi 2.03 juta tan bulan lalu daripada 2.04 juta tan pada bulan April.

Minyak masakan yang paling banyak digunakan di dunia itu berada dalam aliran kenaikan untuk minggu kelima, yang juga paling tinggi dalam tujuh bulan.

Prospek permintaan telah bertambah cerah ketika beberapa negara melonggarkan langkah kawalan pergerakan, sementara sekolah dan restoran dibuka semula secara beransur-ansur.

Kenaikan harga minyak sawit juga disokong oleh pemulihan harga minyak mentah, yang meningkatkan daya tarikan biofuel.

Sumber : bharian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register